Langkah 051 : Titik Tolak

Bismillah.

Ruhul Jadid, Semangat Baru

“Berda’wah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.

Mustahil itu ! Mustahil !

Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.

Jadi, para mad`u (pengikut da’wah) kita harus di-ri’ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasehati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali bepergian dengannya. Agar kita memahami betul watak kader da’wah kita sebenarnya……” - Allahyarham KH. KH. Rahmat Abdullah

Kem-kem motivasi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi tak semudah itu untuk meng’hijrah’kan orang. Terutama ahli keluarga sendiri. Pelik bukan? Kebanyakan orang mudah untuk menasihati dan membimbing rakan dan masyarakat, akan tetapi, untuk menasihati dan membimbing keluarga, hanya sedikit yang mampu.

Sedangkan Allah berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [At-Tahrim : 6]

Malah, RasulNya juga telah menyebarkan dakwah Islamiah kepada keluarganya terlebih dahulu.

Mari muhasabah bersama.

Kering tanpa tarbiah

Selepas menghadiri ceramah atau kursus, semangat kita makin berkobar-kobar. Tapi ia hanyalah seperti hujan lebat semalam dan tentu esoknya tanah kembali menjadi kering. Jika ingin membuahkan sebuah transformasi yang bersifat konsisten, kehendak individu itu untuk berubah perlulah menjadi akarnya. Kerana Allah sendiri pernah berfirman,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” [Surah Ar-Ra'd : 11]

Bahkan hadith 40 yang disusun Imam Nawawi telah di’kepala’kan dengan hadith tentang niat.

Cuba fikirkan.

Ada orang boleh tidak ‘sentuh’ nasi 2 tahun semata-mata kerana hendak kuruskan badan.

Ada pula orang telah keluarkan berpuluh ribu ringgit untuk kurus, tapi hasilnya tidak seberapa.

Kerana dengan kehendak yang sipi dan semangat yang bagaikan hujan semalam, esok tanah menjadi kering, kita takkan boleh berganjak.

Pembaca sekalian,

Untuk mewujudkan suasana berubah, sudah tentu perlu ada perkara yang perlu diubah. Fikirkan perubahan BESAR, mulakan dengan perubahan kecil.

Rakan, persekitaran, amalan dan banyak lagi perlu diubah untuk berubah.

Mungkin, dengan hanya renungan hadith dan bertadarus Al-Quran sekejap bersama keluarga selepas solat Maghrib berjamaah dapat menjadi titik tolak untuk lebih mengeratkan hubungan dan memulakan ‘bulatan gembira’ dalam rumah tangga.

Ianya ibarat melekukkan batu dengan titisan-titisan air yang kecil. Tak perlu keluar duit beratus-ratus untuk ‘membasuh’ dan ‘menggilap’ akhlak anak-anak.

Pembaca sekalian,

Adalah perlu jua disuburkan kehendak ini dengan disiplin untuk menjadi ‘hipokrit’. Orang kata ianya ‘hipokrit’. Tapi kita perlu jangankan. Filem Mihrab Cinta memaparkan kisah seorang pencuri yang berlakon menjadi ustaz. Akhirnya, kehidupan pencuri tadi berakhir dengan kerjaya sebagai seorang ustaz yang disanjung ramai.

Jika menuju ke arah fitrah, tak perlu takut dilabel sebagai ‘hipokrit’. Teruskanlah menjadi baik!

Jika selama 21 hari anda berlakon menjadi lemah lembut, hari ke 22 tentu anda akan kekok dengan keganasan!

Jadi, jangan segan silu untuk memakai tudung labuh pada 1 Januari hanya kerana anda tidak pernah bertudung pada 31 Disember dan tarikh-tarikh sebelumnya.

Pembaca sekalian,

Menginginkan sebuah perubahan dalam hidup ia tidaklah semudah kita mengupdate antivirus. Kononnya dengan update antivirus itu kita mampu melawan seluruh virus yang telah bersarang teruk dalam komputer. Tetapi, kita perlu mengformatnya, yang mana kita mungkin akan kehilangan banyak software dan dokumen-dokumen yang penting.

Sebab itu, cara untuk kita bergerak menuju sebuah perubahan itu adalah dengan mengorbankan banyak perkara yang kita biasakan. Kadang-kadang ia adalah bersangkut dengan perkara yang amat kita sayangi, tetapi itulah dia harga sebuah perubahan.

Pembaca sekalian,

Adakalanya perubahan itu tidak langsung kita ingini. Tetapi perlu kita harungi. Ianya sukar, tapi perlu jua ditempuhi.

Contohnya, selepas 16 Mei 2011 jam 4.15 pagi. Saya perlu persiapkan diri untuk menjadi ‘pelajar’ kepada perubahan. Apa yang perlu saya buat ialah MEMAHAMI perubahan yang berlaku, perlu redha abah telah meninggal dunia, dan perlu sedar akan tanggungjawab saya sebagai kakak sulung kepada 4 orang anak yatim. Jika saya tidak memahami situasi, tentunya saya akan enggan menerima perubahan. Sedangkan saya perlu berubah!

Saya perlu bersabar dan cuba belajar memahami dan mengadaptasi diri dengan momentum perubahan yang berlaku.

Ianya nampak sukar, tapi jika kita tidak cuba untuk belajar memahami perubahan, kita tidak akan mampu berubah!

Juga samalah jika kita dipaksa berubah, tapi tidak mengerti mengapa perlu berubah, maka perubahan yang kita lakukan itu takkan berpanjangan. Malah menyeksa diri sendiri.

Pembaca sekalian,

“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman.” [Al-An'am : Ayat 125]

Saya begitu lemah sekali.

Ada orang kata, saya cuba membina ‘hidup baru’ dan mencari titik tolak perubahan drastik dengan berkahwin dalam masa terdekat.

Saya berkata, perubahan tidak akan datang terjawab andai kita menunggu ‘SIAPA’ dan ‘BILA’. Kitalah hakikatnya jawapan bagi SIAPA dan BILA itu. Kitalah perubahan yang kita cari.

Saya tidak boleh menunggu untuk berubah. Kerana tak mustahil esok saya tidak dapat bernafas lagi.

Dan dia, takkan mampu mengubah saya jika saya enggan berubah kerana belum mendapat hidayah dan rahmat Allah swt.

‎”Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. [Surah An-Nahl : Ayat 93]

Wallahua’lam.

Fathirah Solehah~

Laila Laili (Tapak 2)

Babak 4

Laila : Assalamualaikum! Ya Allah!! Lama tak jumpa! Dah besar dah anak awak tu! Li apa khabar?

(Peluk)

Laili : Allahuakbar! Wa’alaikumussalam! Tulah, kita ni masing-masing sibuk doh.. Baik ja. Duk jauh lah katakan… Anok mu Alia tu baru kelik jugok ko? Ni ha.. Si Ali ni baru balik Jordan.

(Laila senyum tengok Ali. Ali senyum tengok Alia lalu tertunduk dan mengalihkan pandangan. Alia seperti cacing kepanasan kerana malu)

Laila : Ha, yo lah. Ni baru balik Australia ni… Next week nak mula kerja. Eh, Li.. Sebenarnya nombor telefon saya tukar. Dah tukar tu hilang pulak nombor awak. Berapa nombornya?

~

Laila : Hello. Assalamualaikum… Li, ni Laila.

Laili : Wa’alaikumussalam. Oh, Laila!! Timo kasih lah awok contact sayo. Rindu dok oh dekat awak.

Laila : Ha ah, tulah. Kita rumah jauh. Tapi nanti nak jumpa awak boleh? Ada hajat.

Laili : Ha, baguh la demo ni. Maghi sini la… Klate ni ado pasor besar Khadijoh. Hehehe. Shopping2! Eh, awak ni. Terasa muda pula saya. Apa hajatnya?

Laila : Hehehe. Eh ehem hm… Saya ni bukan apa. Risau tu ha, anak saya Alia tu belum nikah lagi. Katanya, umi carikanlah. Lia tak pandai cari. Kalau bercouple dulu, kentut pakwe tu wangi sokmo. Dah kawin nanti nampaklah belangnya… (maaf agak kasar hehe)

Laili : Hahahaha kelakar lah Alia ni! Molek lah tu. Ali pun ada beberapa kali tanya pasal Alia. Nampaknya saya keno maghi KL lah ni? Hehehe.

(Senyum dan meneruskan perbualan)

Anak mereka kawin!~

-bersambung-

Laila Laili (Tapak 1)

“Tidak ada suatu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh”

Alhamdulillah, hari terakhir saya di UIA PJ sangat menyeronokkan. Dapat kongsi muffin.. Dapat kongsi cerita.. Dapat hadiah! Perasaan rindu yang teramat dengan rakan-rakan seperjuangan tak dapat disorokkan lagi. Buktinya, walaupun cuti ini kami jauh di negeri masing-masing, tapi insya Allah masih ada program yang kami ikuti bagi mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah, bersama-sama berkumpul dan berkongsi pengalaman cuti yang menarik.

Insya Allah, saya doakan kita semua bersahabat kerana Allah s.w.t. Kan beruntung jika kita dapat sentiasa ikhlaskan diri dan perbaharui niat untuk bertemu dan berpisah keranaNya.

Nah, ini skrip drama saya, atas permintaan beberapa orang sahabat untuk dipublishkan di sini.

Skrip rekaan 15 minit ini taklah berapa nak kreatif sangat tapi mungkin setiap karakter telah dimainkan dengan baik sekali oleh rakan-rakan saya. Alhamdulillah dapatlah award sebagai Johan akhowat kategori IKRAM Subang Jaya. Nah, sila-sila saksikan gelagat watak-watak ini.

Nota : Skrip asal panjang, jadi telah diedit dan dipendekkan untuk kesedapan para pembaca sekalian.

SKRIP DRAMA LAILA LAILI

Watak :
1. Laila dan Laili sebagai sahabat karib.
2. Alia anak Laila, Ali anak Laili.

Babak 1

(Seorang budak tadika menangis)

Laila : Sob. Sob. Sob… Waa!! Sob. Sob. Sob.

Laili : Err… Em… Hm… Errkk.. Heh. Eh, awak.

(Laila jeling Laili buat seketika waktu lalu menekup muka dan meneruskan tangisan kuatnya)

Laili : Heh. Dah lah tu… Kenapa dengan awak ni?

(Laili pandang bawah, seluar basah)

Laili : Haila… Meh saya tolong bagitau cikgu. Nanti saya teman awak pergi bilik air tukar baju.

(Kedengaran esakan Laila semakin perlahan selepas dipujuk oleh rakannya. Berlalu pergi bersama)

Babak 2

(Budak bernama Laila duduk kebosanan)

Laili : Aik? Tak rehat?

Laila : Em… Hm. Tengah rehat lah ni.

Laili : Apela. Orang rehat makan. Dia rehat termenung.

Laila : Heh, meh sini.

(Bisik)

Laili : Lah, tak cakap awal. Saya ada ni ha, banyak roti dalam tupperware… JOM share!

Laila : Huhuhu malu la. Terima kah-say! (sambil tunjukkan dua jari PEACE!)

Laili : No problem! Sharing is inspiring!

(Senyum)

 Babak 3

Laila : Ya Allah, sungguh hamba ini sangat berdebar nak ambil keputusan SPM……. (monolog)

Laili : Allahussomad.

(Tangan mereka saling memimpin, genggam dan sama-sama masuk ke dewan untuk mengambil slip keputusan)

Laila : Terima kasih sangat-sangat. Saya susah belajar, awak bantu. Saya tertidur, awak kejutkan. Saya ..

Laili : No problem! Remember, if you ever need a helping hand, it’s at the end of your arm, as you get older, remember you have another hand: The first is to help yourself, the second is to help others.

(Laila senyum dan genggam lebih erat)

Laila : OK. Jom tengok nombor giliran. 

-bersambung-

Kekasihku

[http://www.youtube.com/watch?v=NPbWHmlVTQ8]

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang

Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

http://www.4shared.com/get/CC5gWUcO/08_Engkau_Insan_Sempurna_-_Hij.html

Solehah

Dialah pasangan
pengaruh kelembutan
bimbinglah dengan bimbingan
cetusan membahagiakan
Kau wanita
terbilang tabah cekal bertandang
kerana kau lahirlah penerus jasa
Kau solehah
Bahkan nyawa kau pertaruhkan
Agar nur iman terpelihara
Kau wanita
terbilang tabah cekal bertandang
kerana kau lahirlah penerus jasa

Langkah 050 : Produk Yang Akan Saya Iklankan! (Intro)

Bismillah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!

Tak sangka. Perjalanan yang sukar kini, telah menemukan hikmahnya. Perjalanan yang mudah juga, kini telah menemukan hikmahnya. Allahu Allah.

Hari ini tanggal 20/11/2011. Tarikh yang cantik sekali, juga bersejarah. Alah, kalau dulu orang cakap fasal bertunang, saya tak ambil endah pun. Kerana dalam fasa itu, pasangan hanya berada dalam ikatan khitbah dan belum sah hubungannya kerana belum akad nikah.

Maka dengan prinsip yang ada, saya telah memilih untuk membuat majlis kecil-kecilan, tetapi masya Allah, punya semangat keluarga kedua belah pihak, lebih 20 kereta mari.

Saya, bersyukur dan gembira. Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, saya akan jawab, saya sudah berada di awan.

Angau? Heh, belum lagi.

Kegembiraan saya ibarat kepulan awan yang cantik di udara. Mengapa?

Luasnya awan jika dilihat dari bumi, kerdilnya awan jika dilihat dari angkasa yang luas. Perasaan bahagia saya seakan menjulang tinggi ke langit, tapi kebahagiaan itu saya kawal sampai takat awan. Cinta pertama untuk Allah, kedua untuk Rasulnya, ketiga untuk Umi saya. Tolong ingatkan saya andai saya lupa.

Kerana saya tahu, akan takdir Allah itu belum pasti dan cantik sekali. Semoga bila saya gembira, saya melayan kegembiraan yang sederhana. Semoga bila saya sedih, saya melayan kesedihan dengan kadar sederhana. Semoga bila saya marah, saya berpada-pada. Semoga bila saya geli hati, saya pandai mencari noktah untuk berhenti ketawa. Semoga kita semua dapat menjaga hati menuju ke arah kesederhanaan itu insya Allah amiin!

ANAK KECIL MENJADI SAKSI

“Ha… Kak Azah nak kawin dengan ammu A***** eh…?”, tanya Fateh.

“Hey, mana tahu?”

Tiga beradik tu menggelakkan saya. Tengah korek gambar dalam phone

“Main game jela. Jangan tengok gambar”, jawab saya.

“La… Fateh kenal ke ammu A*****?”, tanya ibu mereka dan juga naqibah saya

“Mestilah kenal!!”

“Ha, kalau kenal sangat, cerita la sikit macam mana orangnya??”, cabar Ustazah Wan, naqibah saya tu.

Mereka terkekeh-kekeh gelak sambil menunggu pesanan nasi goreng sampai. Saya cuba merampas telefon dari Zubair, adik Fateh. Read more

Iman Islam Ehsan

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz

http://liriknasyid.com

Bersaksi dua kalimah
Lafazkan dengan sepenuh keyakinan
Tiada Tuhan selain ALLAH
Nabi Muhammad pesuruh ALLAH

Berikrar dengan syahadah
Iktikad dengan seluruh kebulatan
Bersandar pada Al-Quran
Sunnah RasululLah itulah panduan

Iman, Islam jua ehsan
Kesatuan rumpun Islam
Aqidah, Syariat, Hakikat
Jangan terpisah

Tidak sempurna keimanan tanpa keIslaman
KeIslaman tanpa Iman kan jadi rapuh
Ehsan itu penghayatan
Rasa takut dan kehambaan
Beribadah bagai melihat ALLAH

Sungguh indah kehidupan dengan bersyariat
Rukun Iman, Rukun Islam asas ajarannya
Amalan hati dizahirkan
Dengan budi dan kemuliaan
Islam itu rahmat seluruh alam

Download 

SALAM MAAL HIJRAH

~1433H~

Langkah 049 : Aku Diuji (Tapak 2)

Bismillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ahlul bait.

Seringkali kita dengar nasihat dari ustaz, dari lirik nasyid, dari ceramah-ceramah, dari tazkirah, dari artikel, dari kata-kata hikmah dan sebagainya, seringkali kan kita dengar bahawa jika ujian melanda, perlulah kita bersabar dan elakkan daripada berputus asa dari rahmat Allah.

Hm, tapi ada pula satu kes, orang langsung tak makan saman. Ha. Itu lah bahayanya bila kita sering diuji dan rasa macam dah ‘kebal’ sangat.

KISAH MENARIK

Gambar Hiasan

Dulu Ustaz Hafiz suka suruh kami tafsir kisah lucu Juha dalam kelas Bahasa Arabnya. Jadi, adalah sebuah kisah si Juha ni yang ingin saya kongsikan.

Di sebuah perkampungan Arab dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri bahagia sekali. Suatu hari, isteri Juha telah meninggal dunia. Pada hari itu semua orang menasihati agar Juha bersabar dengan mehnah yang melanda. Juha kelihatan tenang dan redha.

Tapi tiba-tiba pada suatu hari yang lain pula, unta si Juha telah mati. Juha menangis tak henti-henti. Semua orang kehairanan.

“Hai Juha, aku lihat kamu ni macam sayang unta dari isteri”, sindir jirannya.

“Ah, engkau apa tahu”, jawab Juha dengan sinis lalu sambung menangis.

Melihatkan Juha asyik menangis, seorang demi seorang penduduk kampung menjenguk keadaan Juha dan rasa serba salah.

“Hai Juha, ceritakan kepada kami apa yang terlalu menyedihkan sangat sehingga kamu menangis teruk kerana kematian unta dan langsung kelihatan tenang pada hari kematian isterimu”, tanya jirannya.

“Hmm….”

“Kalau engkau nak tahu, pada hari isteriku meninggal dunia, semua orang pujuk aku supaya bersabar dan redha. Tapi bila unta aku mati, aku berasa amat sedih tapi tiada orang yang menasihati aku supaya bersabar”, jawabnya.

Heh. Entah apa-apalah pakcik Juha…

Dari kisah ini, mungkin kita boleh faham yang Juha itu seorang manusia seperti kita, diciptakan bersama perasaan. Yang ada waktu, kita rasa kita kuat dan ada waktu kita rasa amat lemah.

BERASA AMAN

Hikmahnya mehnah atau ujian ini ialah rasa kebergantungan kita dengan Allah itu akan semakin kuat. Lagi diuji, kita akan dapat rasai jiwa kita semakin tabah dan dalam masa yang sama, kita akan sentiasa beringat dan merasakan bahawa kerdilnya diri kita jika nak dibandingkan dengan kuasa Allah s.w.t

Tapi kan, ada orang, yang tak mustahilnya kita juga (nauzubillah), kekadangnya lupa. Kita berasa TERLALU AMAN dengan ujian-ujian yang Allah beri. Alah bisa, tegal biasa. Sesungguhnya, itulah perkara yang perlu sangat dielakkan. Contohnya sekecil ujian tak jumpa tempat parking kereta pun, sekecil itu juga sepatutnya kita beristighfar dan berdoa.

Buruklah jika kita berasa aman dengan ujian. Kerana sombongnya sikap kita, kerana kerasnya hati kita untuk menangis dan mendambakan pertolonganNya.

REDHA

Gambar Hiasan

Suka untuk dikongsikan juga dengan pembaca.

Pada waktu abah sedang nazak, saya di sisi peluk abah dan ucapkan kalimah syahadah. Saya telah memilih untuk tidak menangis walaupun peritnya perpisahan dengan orang yang sangat saya sanjungi. Alhamdulillah, dengan tenang, saya masih kuat menguruskan jenazah abah. Pagi itu saya tolong mandikan jenazah, bersama bapa-bapa saudara menguruskan laporan polis, isu pembedahan siasat, mencadangkan tanah perkuburan sebagai lokasi pengebumian, bersama-sama solat jenazah, membaca surah AlMulk 3 kali bersama keluarga di kubur, sehinggalah tahlil pada malam itu.

Mesti pelik kan? Alhamdulillah, syukur Allah campakkan perasaan tenang dan redha menghadapi ujian ini. Bukan berasa aman, tetapi redha yang mana bila kita fikir panjang dan merenung lebih jauh, pasti akan nampak sinar di hujung destinasi. Itulah HIKMAH.

Semoga bila kita diuji, lebih mendekatkan hati kita dengan Allah, bukan menjauhkan lagi. Wallahua’lam.

Akan Ku Jumpa

Mencari Sampai MATI

[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/a/azfar/akan_ku_jumpa.html ]

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

- Azfar

Download 4shared

Langkah 048 : Aku Diuji (Tapak 1)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur lillah. Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad SAW.

Para pembaca sekalian, perasan tak?

Kekadang, bila kita diuji dengan pekara yang berat dan pada waktu itu orang lain rasa ujian kita terlalu berat, tetapi alhamdulillah, kita rasa ujian itu masih ringan.

Ada masa pula sahabat-sahabat, kita diuji dengan perkara yang remeh temeh aja, dan orang sekitar kita langsung tidak beri perhatian kepada masalah yang kita hadapi. Tapi tatkala itu kita merasakan bahawa ujian dan masalah kita itu sangat berat, terlalu menekan dan kita keseorangan.

Allahu Allah, Allahussomad.

Pembaca sekalian, teruskan membaca kisah di bawah ini. Semoga kita mendapat ibrah darinya.

KISAH HUSNA DAN FATHY

Husna lari dan terus memeluk Fathy. Lama, tidak ada satu patah kata pun yang terpancul dari mulut mereka. Haya bunyi esakan dan tangisan.

Kemudian, pelukan erat mereka dilepaskan.

“Innalillah Fathy. Innalillahi wa inna ilaihi roji3un”, bisik Husna.

Air mata dikesat.

“Anti tak layak menangis depan ana, Fathy. Menangislah depan Allah”, sambungnya lagi.

“Simpan tangisan sebenar itu hanya untuk Allah, Fathy. Solat malam Fathy. Ana sentiasa mendoakan anti agar anti tidak putus asa dari rahmat Allah…”

Masya-Allah!

Seronok andai kita ada rakan begini. Yang bukan cuba menyelak tepi kain kita, yang bukan memaksa kita meluahkan perasaan, yang tidak cuba mencuri masa kita untuk mendengar keluhan dan membuatkan pahala bersabar kita semakin berkurangan.

Bukan ertinya mereka tidak endah tentang hal kita. Mereka bertanya khabar dan kemudian hanya banyak membantu secara praktikal dan menyiram kata-kata penuh hikmah, mengelakkan kita dari terlalu bergantung kepada manusia dan membimbing kita untuk terus meraih cintaNya.

Allahuakbar. Kadang-kadang, kita tak terfikir pun cara terbaik untuk memberi nasihat kepada orang yang mendapat ujian.

Mungkin saya sendiri juga tidak reti nak menasihat orang kerana saya sendiri bukan orang yang hebat. Semoga kita diberi ilham untuk menyusun kata, memberi apa yang terbaik buat orang di sekeliling kita. Hanya orang yang memiliki boleh memberi, bermaksud, hanya orang yang ada iman, yang dekat dengan Allah akan dapat memberi untaian hikmah yang cantik sebegini.

Marilah sama-sama kita muhasabah dan membuat persediaan mental agar, kita sentiasa menjadi orang yang bersabar, orang yang bersyukur, orang yang tidak putus asa dari rahmat Allah. Sebagai penutup, mari renungkan firman Allah dalam surah Al-Ma’arij,

Firman Allah SWT, dalam Surah Al-Ma’arij, ayat ke- 19-21.

“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.”

“Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,”

“Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir”

Sedikit huraian ayat ini daripada ringkasan tafsir oleh Prof Dr Wahbah Zuhaili:

Sememangnya manusia itu diciptakan bersifat SUKA BERKELUH KESAH bila ia mendapat sesuatu yang ia sendiri TIDAK SUKAI, dan bila ia mendapat sesuatu yang ia SUKAI pula yang berupa kebaikan, ia menolak untuk memberi (RAKUS). Jika ia ditimpa kemiskinan, sakit, atau bencana lain, dia TIDAK BERSABAR dan TIDAK MENCARI PAHALA melaluinya di sisi Allah SWT. Sedangkan, bila dia mendapat kecukupan, berupa KEMAKMURAN dan KELUASAN REZEKI atau berupa ladang tanaman dan yang semakna dengannya, dia sangat KIKIR.

3 sifat ini: RAKUS, KELUH KESAH dan KIKIR atau KEDEKUT adalah sememangnya tabiat manusia.

Huraian Imam Ibnu Kathir tentang ayat 19-21 , surah ke 70 ini:-

Dari ayat-ayat ini, Allah SWT menceritakan tentang manusia dan akhlak tercela yang diciptakan kepadanya. Jika manusia ini ditimpa sesuatu hal yang menyusahkan mereka, maka ia akan gusar dan mengeluh. Hatinya jadi hancur kerana rasa takut luar biasa yang menyeramkan dan kerana putus asa dari mendapatkan kebaikan. Bila ia mendapat nikmat dari Allah SWT pula, dia sangat berkira untuk beri kepada orang lain, dan menolak daripada memberikan hak Allah dari nikmat yang diperolehnya itu.

P/s : Bolehlah lihat sambungan ayat 22 hingga akhir Surah Al-Ma’arij (cadangan) untuk mencari siapakah mereka yang akan berjaya dalam menghadapi ujian dan nikmat yang Allah timpakan kepada kita semua.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.