Langkah 009 : Seperti Harimau Beranak Muda

Bismillah.



“Mana medal untuk acara ***? Ha, ada pun. Kenapalah you all decide last minute?!! Budak-budak tu dah berlatih untuk acara ni tau. Tengok, medal dah ada dah. Tapi kenapa dalam buku ni tak ada acara tu?!!”, kata seorang wanita yang baru datang ke kaunter hadiah dan terus marah-marah. Sinis.

Kami terdiam.

Muallimah ‘baru’ yang sedang berdiri disebelah saya terkesima.

“Buku tu memang banyak typing error. Banyak tentatif yang tak dimasukkan. Cuba..”, terang muallimah. Tetapi, kata-katanya terputus dengan bebelan wanita tadi.

‘Kasihan… Tak pasal-pasal dimarahi.’

PIBG jemputan yang duduk di atas kerusi turut menonton drama entah dari mana skripnya. Lepas lama mendengar bebelan, saya tersenyum.

‘Wow. Lagi garang dari umi. Ceh, takdela. Umi pun tak garang macam ni…’

Walaupun saya sukarelawan dan tiada kena mengena dengan masalah tentatif majlis temasya sukan hari ini, tetapi saya turut dimarahi. Yang lebih membuatkan saya ingin tergelak ialah wanita yang berpurdah itu rupanya seorang guru… Adeh.

“Em, apa kata muallimah cuba rujuk AJK Aktiviti ke… Kami kat sini memang kerja susun hadiah jela. Maaf ek…”, saya berani bersuara kepada wanita yang saya tak kenali itu setelah melihat muallimah yang berdiri di sebelah saya terdiam dalam kesedihan. Mata pun dah merah-merah basah. Sudahlah kami kerja dari pagi sampai tengah hari. Dimalukan pula di khalayak ramai. Ades.

Wanita itu terus bersuara dan saya sudah tidak fokus dengan bebelannya. Takpalah, malas nak layan.

‘Siapa kamu yang layak marah-marah dan siapa kami yang patut dimarahi.’ Saya rasa itulah persoalan yang paling tepat dan membantu diri saya agar tidak bersedih dan ambil hati dengan kata-kata beliau.

Apa yang cuba disampaikan di sini ialah mengapa tidak kita cuba mengawal emosi? Emosi marah dan panas baran yang jika dibiasakan oleh individu, boleh membawa kepada serangan sakit jantung pada usia muda lagi.

Bagi yang cepat naik angin, mengawal emosi akan menjadi mudah jika kita banyak berdiam dan menjadi susah jika mulut kita mudah melepaskan perkataan-perkataan sinis. Tidak hairanlah jika hadith turut menekankan tentang orang yang paling kuat ialah orang yang pandai mengawal kemarahannya!

PASTIKAN KITA BERTANYA SEBELUM…

Seperti dalam prosedur mahkamah, segala hukuman tidak akan dijatuhkan selagi tiada bukti yang mampu menyokong sesuatu tuduhan.

Saya mengimbas kembali kenangan silam. Semasa memegang jawatan sebagai pustakawan di sekolah rendah, saya pernah ditampar dan dicubit sehingga lebam oleh seorang guru. Padahal ketika itu saya memang tidak faham dan tidak tahu mengapa saya dihukum sebegitu teruk. Oleh kerana tidak berani bersuara, saya diam seribu bahasa dan merelakan diri dihukum sebegitu.

Selepas beberapa hari, ibu bapa saya menulis surat kepada Tuan Pengetua dan saya telah dipanggil ke pejabat untuk dibicarakan. Guru itu menuduh saya membenarkan murid-murid meminjam lebih daripada sebuah buku. Kebetulan ketika itu ada pertandingan membaca buku sehingga ramailah murid yang berlumba-lumba meminjam buku.

Setelah beberapa minit dibicarakan, emosi yang dilepaskan oleh guru tersebut berakhir dengan suatu penyesalan. Rupa-rupanya guru itu ‘tersilap orang’.

Bayangkan, jika guru itu masuk perpustakaan dan cuba bertanya dahulu sebelum bertindak. Tidak akan berlaku perkara sebegitu.

Sebuah kes yang dilaporkan di dalam akhbar menceritakan tentang seorang suami telah mengamuk lalu terpotong beberapa jari isterinya menggunakan pisau dapur. Isterinya yang sedang sarat mengandung dan baru pulang dari klinik telah dilayan sebegitu rupa kerana pulang lewat pada pukul 11.00 malam. Semuanya gara-gara emosi yang tidak dapat dikawal. Yang menyedihkan, rupanya isterinya pulang lewat kerana terpaksa ke balai polis setelah tingkap keretanya telah dipecahkan dan komputer ribanya telah dicuri di hadapan klinik. Kebetulan pula telefon bimbitnya juga tidak boleh digunakan.

Lihat, segala emosi yang tidak dapat dikawal akan berakhir dengan suatu penyesalan yang tidak dapat diubati lagi kecuali kita boleh memutar kembali masa seperti dalam cerita Doraemon. Namun, perkara itu mustahil boleh dilakukan.

Cubalah kita lebihkan bertanya daripada membebel atau utamakan pertanyaan sebelum melakukan sesuatu, agar tidak tersalah jalan ketika bertindak. Mungkin bayangan menampar seseorang akan berakhir dengan suatu kelegaan bila sudah bertanya. Mungkin dendam kesumat akan berakhir dengan kemaafan setelah bertanya. Bertanyalah terlebih dahulu!

Kita ada akhlak, jangan jadi seperti harimau beranak muda~

8 thoughts on “Langkah 009 : Seperti Harimau Beranak Muda

  1. kilat menyambar tanpa diduga…tiada kesempatan utk bertanya….. sesiapa yg terleka, lalai, atau terlalu lembab akan disambar hahahahahaha. Maka berhati-hatilah terutam wkt hujan ribut. jgn berada di kawasan lapang jika tidak mampu mengelak panahan wahahahaha~~~~ (ini ayat yg abstrak. tafsirannya pelbagai)

  2. Hahahhaa salam@anak muridku, 2 Hassan al-Basri.
    (TT_TT) Terharu nih.. Hehe.

    Baca kisah ni sampai habis tak? Ada cerita menarik lepas tu. Hehe. Ni la perumpamaan yang kita belajar tadi kan? Kan? Hehehe. Ok selamat skor A dalam ujian BM nanti. Salam sayang~

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s