Peringatan Buatku
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-Saff : 2)
Ahmad Ar-rasyid berkata :
“Di antara sesuatu yang pelik dalam tarbiyah ialah, anda mampu memberi peringatan dan mengajak golongan baru dan remaja meninggalkan riya’, takabbur dan menunjuk-nunjuk. Mereka menggangap perkara itu sebagai bimbingan, tarbiyah dan taujih daripada anda. Sedangkan mereka yang telah lama dan telah tepu, jika anda memberi peringatan yang sama dia akan menggangapnya sebagai tuduhan, dia menolak nasihat dan angkuh seolah-olah Rasulullah saw tidak pernah taubat tujuh puluh kali sehari di akhir-akhir hayatnya.”
10 SAHABAT DIJAMIN SYURGA
1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar Al-Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
5. Zubair bin Awwam
6. Thalhah bin Ubaidillah
7. Saad bin Abi Waqqas
8. Said bin Zaid
9. Abdurrahman bin Auf
10. Abu Ubaidah al-Jarrah
4 WANITA DIRINDUI SYURGA
1. Mariam binti Imran
2. Aisyah binti Muzahim (isteri Fir’aun)
3. Khadijah binti Khuwailid
4. Fatimah binti Muhammad
Indahnya Alam
"Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-ganang dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran (Al-Hijr : 26)
10 Amalan
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.
Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman
Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati
Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
No trackbacks yet.