Arkib untuk Kategori ‘ Di Kaki Gunung ’

Langkah 011 : Guna Jangan Biar

Bismillah dan salam ‘alaikum.       Tidur bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.        Rugi. Memang rugi jika kita tertunggu-tunggu  masa lapang,  tetapi kemudian kita hanya menganggur, bertenung, melangut dan menidurkan diri. Seolah-olah kita tidak meletakkan apa-apa matlamat untuk mengisi masa lapang dengan sebaik-baiknya.     Bukankah tidak merancang itu sama seperti orang yang tiada matlamat hidup? Mereka seolah-olah kaya kerana memiliki berbidang-bidang tanah, tetapi membiarkan sawang dan lalang liar menyerang. Bukankah hidup tanpa matlamat seolah-olah membiarkan masa berlalu tanpa berkat?     Sungai yang mengalir akan sentiasa bersih seperti seorang yang memanfaatkan cutinya. Manakala pengaliran sungai yang bertakung akan menjadi semakin kotor senasib dengan orang yang tidak berbuat apa-apa. Ada pula satu situasi di mana pengaliran air sungai itu baik, tetapi tercemar di tengah jalan. Itu lebih bahaya~ [Nurazah berkata]     “Bosan! Hidup aku bosan!”, status di facebooknya.     Membiarkan cuti yang kaku dan statik daripada apa-apa aktiviti seakan-akan membiarkan cermin tingkap terus malap. Sedangkan tingkap yang jernih itu perlu selalu digilap.     Sepatutnya sebagai lepasan SPM yang penuh dengan hari-hari lapang, [ READ MORE ]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.