Langkah 001 : Mari Bersama

Rabbit Step, Skytrek (Halangan ke-14)

Semalam Nurazah makan ubat panadol kanak-kanak. Umi gelak. Haha.

Tapi hari ini, beliau sudah mula berani mengatakan bahawa telah tiba masanya beliau patut mengambil dos ubat sebagai seorang dewasa. Mungkin dulu beliau masih belum yakin tentang kedewasaannya, tetapi hari ini beliau telah menerima hakikat. Bukan setelah baru tumbuh jerawat, tetapi setelah hidup dalam persekitaran serba matang dan terasa diri amat kerdil sekali. Terima kasih rakan-rakan.

MUQADDIMAH

Dari dalam sebuah gaung, dia mula memanjat. Dah berapa kali dia tersungkur. Tapi akhirnya, berjaya juga dia menjejak  tanah rata. Setelah lama berjalan di atas tanah rata, dia terasa amat senang dan selesa. Namun begitu, bila terlihat akan keindahan gunung-ganang, dia terfikir pula untuk mendaki.

Dia mencari kaki bukit.  Apabila sudah dijumpainya, dia mulakan langkahnya sebagai seorang pendaki.

“Semalam mungkin jahil, hari ini tidak boleh lagi. Semalam mungkin telah gagal, hari ini perlu dapat markah penuh!”

Ketika ekspedisi Gunung Hijau, pendaki perlu berkasut. Bunga kasut yang tebal membantu pengembaraan di atas tanah tinggi yang licin. Selain itu, pendaki juga terpaksa berpaut pada dahan-dahan dan akar-akar pokok.

Semasa menyertai ekspedisi Gunung Angsi pula, pendaki terpaksa berkali-kali memanjat tembok bukit dengan bantuan tali setebal diameter duit syiling 50 sen.

Pano, Skytrek (Halangan kelima)

Dan baru-baru ini, segala rintangan sepanjang perjalanan skytrek selama 1km yang sangat menguji tahap keberanian itu berjaya ditamatkan apabila diri pendaki sudah berkeyakinan. Itu pun setelah melihat rakan di hadapan tidak jatuh menjunam tetapi tergantung di udara. Pendaki juga rela terjun setelah benar-benar pasti dan percaya akan kekuatan peralatan seperti langyat, puli dan carrabiner.

Fikirkan.

Segala perjuangan penuh dengan cabaran. Tetapi kita mampu mengharungi perjuangan dengan jayanya apabila kita bergerak bersama. Kita perlukan bantuan dan iringan. Kita perlukan Allah dalam setiap pergerakan. Kita perlukan tunjuk ajar orang lain untuk menjadi qudwah kepada diri kita. Kita perlukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Kita perlukan motivasi dan bimbingan. Dan semestinya, hidup kita perlukan teman.

Begitu juga seorang penulis. Kita bergerak bersama.

Jika seorang penulis hanya menulis diari dan tidak ada seorang pun yang membacanya, sudah pasti potensi dirinya susah berkembang.

Penulis perlukan pembaca. Penulis menghargai pembaca. Pembaca ialah rakan penulis.

Jika seorang penulis tersilap ketika berpendapat, mungkin seorang pembaca boleh membetulkannya. Jika pembaca seorang yang mengamalkan manfaat yang telah diperolehi daripada hasil penulisan seorang penulis, pembaca dan penulis telah berkongsi kebaikan.

Dan kini, penulisan blog ini masih di kaki gunung.

Mari, ayuh! Kita mulakan!

AWAS

Perkara pertama yang perlu diawasi sepanjang pendakian ini ialah mengetahui matlamatnya. Pendaki takut jika esok lusa pendaki tertanya-tanya, “Sekarang sudah tiba di puncak, apa yang perlu digapai ya?” atau “Eh, apa sebenarnya tujuan kita mendaki? Dan betulkah gunung ini yang perlu didaki?”

Menulis dan membaca mungkin salah satu medium untuk kita melaksanakan fardhu ain iaitu menuntut ilmu. Tapi apa yang penting ialah menggapai redhaNya.

Moga kita sama-sama ingat dan sentiasa berdisiplin dengan komitmen lain. Syukran kerana menjadi pembaca. Saya cuba menjadi seorang penulis yang baik dan komited dengan kerja lainnya. Maaf jika membebankan beberapa pihak yang terpaksa mengubah link blog Nurazah di blog masing-masing. Wassalam.

[Menulis sebelum lelap; hamba abdi]

4 thoughts on “Langkah 001 : Mari Bersama

  1. bukan nurizzahfathariah.blogspot.com?????

    nurazah @ azizi : sejak bila? errk! rasanya lah.. masuk dewan periksa haritu bubuh nama nurazah fathirah. masih azah🙂

  2. dalam quran yang mulia.

    allah byk sbut pasal gunung. itu byk sainsnya..dan bagus!

    tapi..saya tertarik pd ayat ini.. dari surah albalad :11 dan 12. cepat gi cek.

    surah ini memang signifikan dgn obstacle dan gunung (dulu..gunung adalah obstacle yg jelas)

    tapi.. baca dulu full satu surah. kalau boleh baca dgn terjemah satu2 per perkataan ikut kamus..OK jugak. kalau tafisr, kebanyakannya terjemah secara keseluruhan..dan kita kurang nikmati kepoweran perkataan dalam quran tu.

    1) surah al-balad mengisahkan ttg, fitrah manusia ini hidup dalam penuh kesusahan. maksudnya lemah dan sentiasa perlukan bantuan utk bangun. (rujuk situasi mendaki gunung.. mmg begitu relevan)

    2) kemudian dlm keadaan lemah macamtu pun, manusia ni angkuh. yang dia telah berusaha sedaya upaya dgn dirinya sendiri utk bangunkan kemuliaannya. (rujuk situasi kita sentiasa dibantu ketika mendaki, tapi kita riak kata aku hebat mendaki tanpa fikirkan bantuan asal itu–apa perasan kita yg bantu tu?–)

    3) kemudian allah perli manusia yg macamtu… Allah kata, macam mana kamu boleh dakwa kamu hebat, sedangkan kamu tak pon bersusah payah mengatasi OBSTACLE itu? (rujuk situasi, kita dah bengang..pastu kata.. weh, mat.. ko apesal riak sangat..macam mana kau boleh dakwa kau hebat, tapi..yang nak daki bukit ni pon aku yg tolong.. ko bukan buat sendiri)

    4) pastu allah jelaskan lagi..sebenarnya apa yang allah nak maksudkan daripada OBSTACLE tu… Ia adalah ujian beri makan org miskin, ujian merdekakan hamba abdi..dll~

    ~~ketika kami diskus surah ni.. memang rasa begitu tersentuh. sebab kami orang2 jenis suka lasak. kita faham benar betapa susahnya ketika mendaki dan melalui obstacle.

    dari situ kita yakini, yang tak mudah nak kata kita ni hebat..dan dah berusaha keras bagi mencapai kemuliaan.

    Allah Maha Besar! Semoga berjaya. Kalau berjaya pintas saya, jangan lupa tegur dan bantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s