Langkah 002 : Mak Lebai Yang Malang

Tazkiyatun Nafs

Mak Lebai hari ini balik rumah dalam keadaan letih. Katanya, maklumlah, baru lepas siram pokok bunga di sekeliling garden rumahnya. Tetapi yang sebenarnya, dia bukan penat menyiram, tetapi penat membebel dan mencari kesalahan si tukang kebun.

Selepas ditutupnya rapat-rapat pintu rumah, dia terlihat Pak Lebai sibuk melayan handset-nya di bahagian ruang tamu.

Business konon!”

Mak Lebai masuk ke dapur dan meneguk secawan teh yang dihidang oleh Bibik Sari. Habis minum, Mak Lebai masuk bilik dan memasang pendingin hawa. Dalam perjalanan ke tandas, Mak Lebai terpijak seekor lipas, lalu menjerit lintang pukang satu rumah. Padahal lipas itu sudah terpenyek dan tidak bermaya. Disalahkannya Bibik Sari.

Sudah masuk tandas, Mak Lebai baring di atas katil. Dia pusing ke kiri dan ke kanan, masih tidak dapat melelapkan mata. Dia segera menghidupkan laptopnya dan meng-update status Facebook. Lepas bergelak tawa, Mak Lebai jadi lalai. Bukan lali, tapi lalai.

Sudah tiga jam Mak Lebai menghadap laptop.

Tiba-tiba, Mak Lebai terasa kakinya kebas. Dialihkan posisi badannya supaya selesa. Lama duduk, berpindah pula ke ruang keluarga. Kemudian, berpindah dan berpindahlah dia sampai maghrib, di bilik Bibik Sari. Entah macam mana.

Sedang asyik melayan rakan-rakan di ruangan chatting, tiba-tiba Mak Lebai terasa ada satu beban jatuh di atas bahu kanan.

‘Mungkin seekor cicak. Mungkin seekor lipas lagi.’

Mungkin dan mungkin…. Mak Lebai terus berdiri dan memantulkan imej bahagian belakang bahu kanannya ke cermin kelabu Bibik Sari. Dia perhati dengan teliti.

Tiada apa-apa.

Bayangan lipas merayap di lehernya akhirnya tidak menjadi kenyataan. Lega dan tidak endah lagi.

Mak Lebai menyambung episod kelalaiannya sehingga tiba-tiba, dia ternampak seekor lipan besar berjalan-jalan di atas gulungan wayar charger laptop-nya yang serabut. Mak Lebai terperanjat dan terus membawa lari laptop-nya keluar dari bilik. Akibat tergopoh dan terlalu panik, Mak Lebai jatuh tersembam. Dagunya terhempap ke lantai. Laptop-nya sudah terpelanting.

Bibik Sari yang berkejar-kejar dari dapur datang rela membantu, telah dimarahinya.

Mak Lebai bangun sendiri dan terus pergi ke dapur seperti tidak ada apa-apa yang berlaku tadi. Diteguknya segelas air susu yang terbiar di atas meja. Minum sambil berdiri. Habis tegukan terakhir, Mak Lebai terperanjat dan terus melepaskan gelas apabila terlihat ada seekor lalat sudah tenggelam di hujung titisan susu.

Kerana terlalu geli, Mak Lebai menghentak-hentakkan kakinya dan mengerutkan wajahnya tanda menahan kejijikan. Semasa menghentak kaki dan bergerak ke sana ke mari untuk menghilangkan perasaan meluat, Mak Lebai tidak sedar, kakinya sudah terpijak kaca. Habis berdarah. Disalahkannya lagi Bibik Sari.

Pak Lebai yang melihat nasib malang isterinya itu, hanya tersenyum.  Pak Lebai muhasabah kembali, “Apa kena dengan isteriku? Mungkin hari ini memang Allah nak beri pengajaran buatnya. Biar dia fikir dalam-dalam. Memang Tuhan maha adil. “

Hanya Allah tempat kita bergantung dan memohon pertolongan…

Hidup anda serba tak kena? Fikir-fikirkan~

[Kisah dongeng oleh Nurazah yang geli pada lipas, lipan dan lalat, 3 Januari 2010, 2.56 – 3.43 pagi]

3 thoughts on “Langkah 002 : Mak Lebai Yang Malang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s