Langkah 003 : Neofilia

Hommage to Escher's Drawing Hands (1989) by konderminator.

Menjauhi Stereotaip

Seorang kanak-kanak yang sedang asyik melukis dan menconteng di atas sekeping kertas pasti tidak akan pernah puas hati dan berasa ingin memperbaharui lukisannya dengan mendapatkan kepingan demi kepingan kertas yang baru.

Mempelajari ilmu baru juga adalah suatu yang menarik. Memulakan penulisan di atas sebuah buku kosong juga lebih memberi inspirasi berbanding menulis di atas sebuah buku yang sudah dipalit dengan tinta sebanyak seratus muka surat. Kadang-kadang, jika kita perasan, setiap kali kita beli buku baru, kita lebih bersemangat menuntut ilmu. Tidak hairanlah jika seseorang yang peka dengan isu semasa lebih suka membincangkan isu terkini, bukannya isu basi dengan huraian serta idea lapuk.

“Abah beli piano!”

“Hah, sudah, bergaduh lah nanti… Semua nak berebut main.”

Itulah lumrahnya manusia, tidak kira tua atau muda, kita sebenarnya suka akan sesuatu yang baru.

FITRAH

Neofilia merupakan salah satu cabang fitrah manusia iaitu perasaan gemar akan pembaharuan.

Bagi saya, setiap perkara yang dikatakan seperti suatu pembaharuan pasti akan memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan lebih baik daripada apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

Contohnya, ketika setiap kali kita menyambut Ma’al Hijrah, tahun baru masihi, hari kelahiran dan sehinggalah di pagi hari ketika kita baru bangkit dari lamunan tidur, waktu-waktu inilah sebenarnya mendorong kita untuk memulakan semangat baru, azam baru dan cara hidup baru.

Kerana itu Islam mengajar umatnya agar bermuhasabah di malam hari dan kemudian memulakan pagi dengan azam yang baru seperti yang sering kita dengari, “Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini”.

Menanam azam sudah pasti menjadikan diri kita lebih semangat untuk meneruskan kehidupan atau secara psikologinya, kita seolah-olah bebas daripada kekangan sebelumnya dan cuba untuk memandang diri secara positif . Dengan ini, kita akan meletakkan segala kegagalan sebagai suatu pengajaran dan tidak lagi menjadikan kegagalan paling besar dalam hidup sebagai mimpi ngeri buat selama-lamanya.

Saya amat tertarik dengan huraian sebuah penulisan tentang hikmah mengapa Allah menjadikan insan itu pelupa. Jika manusia itu tidak boleh lupa, barangkali mereka susah untuk tidur pada malam hari, bukan? Dan mungkin juga mereka akan cepat putus asa dalam kehidupan…

MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN

Sedar atau tidak, sebenarnya pembaharuan ini berkait rapat denga fitrah menusia yang mengejar kualiti hidup yang baik, takut akan kejahatan, kegelapan dan suka akan pembaharuan dalam kehidupan untuk menjadi insan yang berguna.

Sejarah kegelapan di Eropah telah membuktikan bahawa tidak suka akan pembaharuan sebenarnya telah menutup paradigma masyarakat yang hidup ketika itu. Sejarah berulang lagi ketika golongan tua membantah golongan muda dalam beberapa hal.

Semua ini berlaku kerana mereka enggan atau takut untuk menerima pembaharuan dan saintis telah mendefinisikan ia sebagai cainotofobia.

Tidak suka akan pembaharuan amatlah bertentangan dengan fitrah manusia. Namun begitu, ianya tidak berlaku dalam semua hal.

Contohnya, di dalam bab akidah dan syariah, umat Islam tidak memerlukan pembaharuan dari segi prinsip akidah dan hukum-hakam kecuali dalam perkara-perkara baru. Namun begitu, pembaharuan dari segi kaedah penyampaian perlulah signifikan dan relevan dengan masa kini seiring dengan fitrah manusia yang cepat bosan berhadapan dengan stereotaip.

Wallahua’lam.

————————————————————————————————————————————–

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Rakan mesir sedang tonggang langgang, marilah sama-sama kita doakan.

[Menulis setelah memaksa; assistant suri rumah sepanjang masa]

Saya suka klik ini🙂

5 thoughts on “Langkah 003 : Neofilia

  1. Salam..

    Azah..cube kaji tentang Multiple Intelligence..Best!

    ttb teringat tajuk ni time baca post kali ni..(mcm xd kaitan ngn post ni lah)~ sori..😀

    haa, kenapa tulisan x penuh..kat tepi2 jer..patu x nampak dah..

  2. salam, emh, susa btul nk jd penulis yg istiqamah dan rajin… blog penuh manfaat. blg lama kasi sy lah~ hehe, ..ana dh xde mood nk update blog, >_<

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s