Langkah 004 : Bersyukur kepada Allah

MENSYUKURI NIKMATNYA

“Sesiapa yang memandang kepada dunia dengan melihat orang yang kurang daripadanya dan dia memandang agama dengan melihat orang yang lebih daripadanya, Allah (meletakkannya) dalam golongan yang sabar dan bersyukur” – hadith riwayat Imam Tirmizi

“Setiap hari kita menikmati hidangan lazat dan mewah.”

“Yakah? Siapa yang berani kata begitu? Di mana kayu ukurnya?”

“Ya! Sebenarnya kita telah menelan makanan yang sedap-sedap belaka jika dibandingkan dengan anak-anak jalanan yang sibuk mencari makanan di tong sampah dan juga jika kita dibandingkan dengan sahabat-sabahat rasul yang terpaksa mengikat batu-batu di perut mereka untuk menahan kelaparan.”

“Apa yang perlu kita katakan?”

“Alhamdulillah….” (Segala puji bagi Tuhan)

“Itu sahaja?”

“Oh, itu masih belum mencukupi”

BERSYUKUR KEPADA YANG MEMBERI

Naseem As-Sobah

Hermanstorfer iaitu suami kepada Tracey, sudah pasrah. Jantungnya seakan-akan hilang degupan apabila doktor telah mengesahkan kematian isteri dan anak lelakinya yang baru dilahirkan. Namun begitu, peristiwa aneh telah berlaku apabila separuh keluarganya yang telah disahkan mati itu, tiba-tiba kembali bernafas. Begitulah keajaiban yang telah berlaku sehingga menyebabkan mereka terasa begitu berterima kasih kepada Tuhan. [Berita ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3]

Seorang lelaki telah berlari dengan bersungguh-sungguh dalam satu perlumbaan. Di garisan penamat, dia merupakan pelari pertama yang sampai. Sepatutnya dia pulang membawa piala atau hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan itu. Namun, apa yang dibawa balik hanyalah kemengahan, bukan kemegahan. Yang dibawa pulang juga hanyalah kekesalan sambil berjalan dengan berkaki ayam kerana kasutnya telah koyak rabak.

Tahukah anda mengapa dia pulang dalam keadaan sehelai sepinggang?

Kerana pelariannya tidak berdaftar.

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam…” (Ali-Imran : 19)

Alangkah indahnya jika Hermanstofer dan keluarganya mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. dengan kesyukuran yang sebenar-benarnya. Alhamdulillah, sekali lagi, kita perlu bersyukur, kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam. Kita berpeluang mensyukuri nikmat dengan melakukan ruku’ dan sujud kepada Dia yang Esa, Tuhan yang sebenar-benarnya.

Kecil-kecil dulu aku sikat rambut dengan rapi. Aku lihat bulu keningku pendek berbanding rambutku. Padahal masing-masing tumbuh tidak jauh jaraknya. Pagi itu aku lihat embun di atas permukaan daun. Dan aku berfikir lama, dari mana datangnya air embun itu. Dan ketika mendongak ke langit, aku hairan mengapa langit itu tenang biru sentiasa, sedangkan di ruang angkasa warnanya gelap. Ketika aku dibelai angin, aku terlihat akan bulu yang melekat pada lalang mula berterbangan serta daun-daun kering dan bunga-bunga pada dahan pokok-pokok besar pula berguguran. Dalam fikiranku, ia hanyalah lukisan alam. Indah dan tersirat.

Di zaman persekolahan, aku berasa amat seronok. kerana soalan-soalan lalu telah terjawab di dalam buku Sains.

Ketika aku semakin dewasa, aku benar-benar ta’ajub, kerana di dalam kitab yang aku telah lafaz sejak aku tidak reti  mengeja bahasa rumi itu terkandung rahsia saintifik, antaranya ialah “Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.” (Al-Hijr : 22)

Moga dengan kesyukuran ini, bukan kenduri kesyukuran yang perlu diadakankan, tetapi, utamakanlah dengan melakukan amal soleh seperti kata Imam Muhammad bin Ka’ab  Al-Qarzi, “Bersyukur ialah bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal yang soleh”. Moga dengan kesyukuran ini, kita dijauhi sikap kufur nikmat atau  ingkar kepada nikmat Allah dan jumud seperti kisah kaum di negeri Sabak (Saba’ : 14-19). Nauzubillah…

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). – (Ibrahim : 34)

————————————————————————————————————————————–

Suka dan gembiranya kita berlatih Choral Speaking mengucap “thank you Allah”. Syukur dan gembiranya kita menyanyikan lagu, “Thank You Allah”. Padahal ketika itu solat  Asar kita dilambatkan. Aduh… Aduh… Mari muhasabah.

Menulis untuk menggapai redha-NYA. Menyampai tidak berniat untuk memberi sahaja. Berkongsi dengan apa yang telah dikongsikan.

Rujukan saya ialah Quran Sunnah serta perkongsian ilmu melalui rancangan Usrah di TV9. Err, kisah lari-lari itu telah diceritakan oleh rakan Mesir. Mohon izin laluan darinya. Sekian. Wassalam.

4 thoughts on “Langkah 004 : Bersyukur kepada Allah

  1. Salam..

    Azah, erm, akak ada sorang kawan yang juga mengalami hidup-mati-hidup semula..

    dan dia kembali kepada agama fitrah ~Islam.. Seronok beliau dan kami serta kita semua..

    mari doakan agar seluruh ahli keluarga n seluruh umat manusia kembali kepada Fitrah n Kesuciaan Islam ini..

    ~

    Ingatkan cerita ttg lari2 tu kiasan dari cyclng Azah di tengahari buta uh..huu..

    ~

    Terima Kasih Tuhan kerana segalanya..😉

  2. Hahaha..

    Salam @ Kak Nik Afra’,
    Tidak hairan lagi. Incident hidup semula dilaporkan telah banyak kali berlaku. Malahan nenek azah pun sempat melihat sendiri seorang budak mati dipatuk ular, bangkit semula dr kain kapan di Kota Bharu.

    Cuma sains tidak dapat prove kan perkara ni. Lebih kepada spiritual dan perkara2 ghaib~

    Amiiin.

    Hm, kisah cycling tu… shhh~

  3. Pingback: Langkah 024 : Cantiknya Dirimu 3 « Pendakian Penuh Makna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s