Langkah 006 : Dan dia perlukan pintu

~Bismillah dan assalamualaikum w.b.t.~

Islam sebagai penyelesaian

 Diri ini rupanya yang sakit tatkala HATI dan mulut mudah sungguh mengata orang yang melakukan maksiat.  

Janganlah kerana kita sahaja yang tahu atau kerana kita lah antara golongan yang sedar, maka kita mula merasakan diri kita hebat lalu memandang rendah terhadap orang lain. Kata guru saya, jari telunjuk yang dihalakan kepada orang lain sebenarnya menyimpan baki empat lagi jari yang dihalakan kepada diri kita.      

Kita sebenarnya yang sakit jika kita sedia menghadap cermin, tetapi terlihat imej orang lain.    Tok Belalang kawan Pak Lebai, berjalan-jalan di atas sebuah bukit sambil menghirup angin malam seorang diri. Tiba-tiba, di kaki bukit, beliau terdengar suara manusia bergelak tawa. Ramai. Tok Belalang terkesima apabila melihat sekelompok manusia sedang asyik menonggang botol-botol hijau. Mereka mabuk sehingga tergolek-golek di atas tanah. Ada yang terjatuh ke dalam sungai sehingga dibawa arus. Akal sudah tiada dan diri mereka sudah tidak terkawal lagi. Keadaan malam tenang sudah dicemari perbuatan maksiat mereka.    

Tok Belalang resah gelisah.      

Begitulah kisahnya… Siapakah yang sedang diuji dan merasa dirinya teruji?      

TAHU ITU BEBAN, TIDAK TAHU ITU JAHIL      

Orang yang jahil diibaratkan sebagai katak di bawah tempurung. Orang yang tidak mendapat taufiq diibaratkan seperti katak di bawah telangkup gelas. Orang yang sedar diibaratkan seperti orang yang melihat katak-katak yang terkurung. -Nurazah  

Islam terbahagi kepada tiga asas. Aqidah, syariah dan akhlak.      

Jika saya kata anda tahu Islam itu indah, dan anda yang hebat-hebat ni memahami tentang keindahan Islam, maka, hanya andalah yang dapat merasainya. Anda ada izzah dalam diri. Anda sendirilah yang faham dan diri anda sahaja tahu setakat mana keindahan itu. Lain orang, lain level imannya. Macam makan buah limau lah, tahap masam manis itu otak anda sahajalah yang dapat tafsir daripada taste bud anda. Kekadang, ada orang terlompat-lompat menahan pedas sedangkan yang lain siap jilat jari~      

Tidak semua manusia tahu membaca Al-Quran. Lebih-lebih lagi memahaminya. Anda pembaca kitab suci? Anda faham? Andalah dalam kalangan golongan mereka yang tahu syariah itu. Anda tahu yang mana haram dan yang mana halal. Alhamdulillah, bersyukur kerana dianugerahkan hidayah. Moga hidayah itu bersama taufiq dan kita mengamalkan segala yang kita tahu.      

Rakan-rakan, percayalah, di luar sana, masih ramai yang berpegang pada definisi ‘HALAM’ [1].      

“Psst! Ini pesakit dan mana doktornya? Pantas! Ada emergency!”      

AKHLAK NABI      

“Innama bu’ith-tu liutammima makarimal akhlak” dan “Innama bu’ith-tu liutammima solehal akhlak” -hadith      

Kesucian dan keindahan akhlak itu benar-benar ada kuasa melembutkan hati para sahabat seperti Bilal bin Rabbah dan ramai lagi yang akhirnya membawa mereka kembali kepada agama fitrah mereka. Rasulullah itu akhlaknya terlalu terpuji dan patut dipuji-puji bukan dihina-hina seperti yang berlaku pada zaman kini.    

Saidatina Khadijah mengahwini Rasulullah, bukan kebanyakan lelaki yang kaya kerana akhlak. Aisyah r.a.h. juga ada menggambarkan akhlak Nabi Muhammad itu ibarat Al-Quran yang bergerak.    

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Rasulullah juga mencegah setiap kemungkaran itu secara beradab, kata lainnya ialah berhikmah. Akhlak itu sentiasa ada di dalam diri baginda sehingga setiap teguran menjadi sesuatu yang diingati.      

PERLUKAH MEMBENCI?      

Dalam hadith Amar Maaruf Nahi Mungkar, selemah-lemah iman itu ialah mencegah dengan hati. Mencegah dengan hati memerlukan perasaan ‘benci’.      

Persoalannya, kita perlu membenci siapa?       

Segolongan manusia kejar-mengejar dalam mengambil satu jalan iaitu mengutuk pembuat maksiat dari belakang dan dari hadapan. Menghebohkan keaiban orang seperti media yang sibuk membicarakan hikayat artis terkini. Mencaci, mengherdik, mengumpat dan semberono memboikot rakan-rakan. Inilah perbuatan keji yang memberi peluang kepada syaitan untuk berbisik-bisik ke dalam hati manusia agar fitnah turut ditaburkan dan ramuan akhlak-akhlak manusia juga akan semakin jauh dari ke’karim’annya, jauh dari fitrah dirinya…      

Kata mereka, patut menghukum orang yang melakukan kemungkaran. Sebelum itu, dengarkan ini.      

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujjurat)      

Rasulullah pernah memboikot 3 orang sahabat yang tidak turut serta dalam perang Tabuk padahal ketika itu Abu Bakar r.a.h telah menyerahkan segala hartanya demi berkorban di jalan Allah. Dan dalam kisah ini, saya dapat merasakan tindakan dan hukuman itu tidak terlalu zalim malah amat setimpal, selari dengan perintah suami mengasingkan tempat tidur dengan isteri yang nusyuz. Semuanya berlandaskan syariat Allah s.w.t dan amat berhikmah.      

Maka, saya terpanggil untuk menjawab persoalan membenci itu perlu. Tetapi tindakan membenci itu perlu ditujukan ke arah kemungkaran dan bukannya sahabat yang hanyut dalam kegelapan. Membenci itu hanya melibatkan hati yang perlu membina benteng kepada diri kita sendiri, bukannya menggunakan lisan untuk dihebohkan.      

Tindakan mengutuk, mencaci dan memperkecilkan diri mereka adalah suatu yang tidak berhikmah malah mampu menjauhkan mereka daripada kebenaran.      

Anggaplah kejahilan dalam diri seseorang itu bagaikan seorang yang berjungle trackking sambil matanya diikat. Anggaplah mereka yang jahil dan meluatkan diri anda ini ialah mereka yang sakit. Perlukan bantuan dan bukannya cacian. Mereka perlukan bimbingan bukannya perkara yang boleh menambahkan kesakitan. Diri yang sedar seperti seorang doktor. Jadilah doktor yang bukan setakat bertauliah tetapi berhikmah!  

PENUTUP      

Mempersonakan mereka dengan akhlak terpuji kita mampu menarik minat mereka untuk ke pintu taubat dengan sendirinya. Kita tidak perlu menjadi seorang yang menyelesaikan tetapi cukup sekadar menunjukkan jalan penyelesaian. Dan dia perlukan pintu untuk keluar dari kepompong kejahilan. Dan dia juga perlukan doa agar telangkup gelasnya mudah pecah.  

Moga tarbiyah terus berkekalan dalam diri kita dan diri mereka yang juga turut mendaki ke arah pelaksanaan Islam yang syumul.     

Wallahua’lam.    

[1] ‘HALAM’ : Halal campur haram. Sesetengah orang menjadikan sesuatu yang haram itu halal, dan menjadikan halal itu haram atas prinsip sendiri tanpa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Campur baur tentang syariah rekaan ini disandarkan pada hujah atas angin dan akhirnya, hukum halal-haram sudah menjadi suatu kekeliruan dalam kehidupan mereka sehingga definisi HALAM wujud. Golongan ini dikecam hebat oleh Allah s.w.t. Saya gelar mereka golongan yang pandai-pandai kerana memandai.    

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (An-Nahl : 116)    

2 thoughts on “Langkah 006 : Dan dia perlukan pintu

  1. semoga insan yg sedar membuat pintu-pintu dan kedua kuncinya, al-Quran dan hadith’

    dan Allah jua lah yg mendetikkan rasa utknya melangkah..
    doalah…dan amieeen…

    Respon : Semoga dan amiieen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s