Langkah 008 : Aku cinta sama kamu, kuda!

Bismillah dan assalamua’laikum.  

Aku mengira. Kiranya, ada 9 lafaz kuda disebut di dalam Al-Quran. Dan satu surah yang dinamakan sebagai Al-A’diyat yang bermaksud “kuda perang yang berlari kencang”.  

File:Horse-and-pony.jpg

Ibu kuda yang agresif melindungi anaknya~

 

 Wah! Indahnya bermain dengan kuda. Berinteraksi menggunakan aura, jantung, mata, lisan dan telinga.  

Ku usap lembut dada kuda yang sedang berpeluh.  

“Aku cinta sama kamu, kuda!”  

Lalu ku dakap dan cuba merasai setiap degupan jantungnya. Dia tidak takut lagi. Aku pun begitu.  

Hai kuda, hari ini aku dapat merasakan bahawa engkau cuba mendahului aku semasa kita berta’aruf [1]. Kau datang kepadaku dan cuba mengekori ke mana sahaja aku berjalan. Aku menemanimu sambil berborak-borak di tepi jalan. Tidak mengapa jika aku bercakap seorang diri, kerana aku tahu, engkau sahabatku yang amat memahami. Kuda, ta’aruf kita hari ini sungguh indah. Aku akan menunggangmu lagi dan cuba memastikan yang engkau tidak akan menunggang seorang manusia yang kau anggap “stranger”. Aku akan berlatih memahami sikap dan personaliti kamu. Kau sahabat ku…  

Hai kuda, setiap dari kamu ada pelbagai personaliti. Yang putih itu namanya Tasnim. Dia tua dan jalan sesuka hati tidak mahu ikut arahan. Tasnim, rupanya kau kuda lumba. Aku kata “walk, girl”, tapi kau pecut lagi laju. Lebih tua bukan alasan untuk lebih ego daripada tuan.  

Yang baru dilahirkan itu namanya Asyqar. Kata tuan, sebaik sahaja ia dilahirkan, Asyqar akan terus cuba berdiri dan berjaya setelah 45minit kemudiannya. Kau yang tabah! Aku kagum bagaimana engkau bangkit dari kegagalan.  

Yang sedikit nakal itu namanya Asrar. Kata mereka, kau suka menggigit. Tapi aku usap saja kepalamu dan cuba untuk tidak takut berhadapan denganmu. Sebenarnya, ramai lagi di kandang itu. Tapi belum semuanya ku kenali.  

Sejujurnya, aku terlalu kagum sama kalian sehingga aku anggap kalian seperti sahabatku yang patut ku gelar ‘ramai’ bukan ‘banyak’.  

Kamu yang unik. Kamu tahu jika aku gembira, sedih atau marah. Katty yang gah berjalan, kau berjalan mengikut pandanganku. Engkau tahu arah tujuanku. Dan engkau akan membawaku entah ke mana jika aku tiada arah tujuan.  

Jika aku fokus pada satu tiang, kau akan pergi ke arah sana. Jika aku pandang pada pokok kelapa, engkau akan sentiasa jalan lurus sehingga ke pokok kelapa itu. Engkau yang sungguh memahami! Engkau yang ada mata hati yang seakan-akan boleh melihat pandanganku serta membaca emosiku. Engkau yang mengajarku untuk merancang dan meletakkan sasaran pada setiap saat yang berlalu!  

Hai kuda, aku tahu engkau manja dan penat. Tuanmu tidak mahu engkau menjadi seekor kuda yang muda tetapi pemalas. Aku tidak sanggup melihat kamu dipukul lagi. Kau kuda cantik, perang gelap dan memantulkan sinar pagi. Katty, aku nampak ketegasan dalam dirimu. Disiplin. Namun kekadangnya, kau cepat putus asa bila mentari sudah terik. Hai kuda, kau janganlah berdegil! Kau kuda tabah, perlu berkhidmat dan tunduk pada arahan tuanmu!  

Kuda, aku sedih. Sebenarnya, aku juga hamba seperti kamu….  

Al-A’diyat : Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya), dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi, maka ia menerbangkan debu, dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh, sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, dan sesungguhnya dia sangat bakhil karena cintanya kepada harta. Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur, dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada, sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.  

[1] ta’aruf : saling berkenalan.

10 thoughts on “Langkah 008 : Aku cinta sama kamu, kuda!

  1. sebenarnya jika difikirkan balik, tiada kuda yg boleh lari sepantas kilat muahahahaha

    Respon : Err, nak jugak thundaga al-barq~ dan jika anda bijak, kilat mmg tidak boleh ditunggang. malah memusnahkan~

  2. Ketahuilah tanah yg telah disambar kilat menjadi lebih subur sebelum ia disambar

    Respon : Ya, tapi fungsinya bukan untuk ditunggang manusia. Berhati-hatilah dengan kilat haha.

    Masing-masing ada kelebihannya~ Wallahua’lam

  3. barq – buraq….. tunggangan Rasulullah bukan???? wahahahaha…. yes!!! mng gak

    Respon : Cis, anda kata buraq itu sejenis kilat? atau sejenis makhluk tunggangan yang bergerak dengan kelajuan seperti kilat??

  4. kilat bukan bende~

    mahu penjelasan?

    sudah2. gaduh2 terminalogi ini..gaduh2 org tak rasional

    Respon : Penjelasan? Sila-sila. Ilmu bermanfaat.

    Alah, kadang-kadang saja =) Gaduh lawak-lawak dan bawa otak berfikir alasan demi alasan. Walaupun tabiat berbantah-bantahan tidak bagus, tapi sekurang-kurangnya dapat ubat rindu pada debat~

  5. Ingin tambah mesej~

    Kuda jika dipandang dari sudut positif memang banyak kelebihan dan bersama membantu manusia mengukir sejarah. Tapi sesetengah golongan telah memandang kuda dari sudut negatif iaitu kuda adalah sebagai lambang perjudian bangsa arab dan harta mewah seseorang untuk ditunjuk-tunjuk. Seperti dalam filem THE BLACK STALLION terbitan Walt Disney.

    Tapi hari ini saya dah belajar sesuatu. Menunggang kuda dan memilikinya bukanlah suatu yang perlu dibangga-banggakan. Saya terpanggil untuk ke sebuah kandang kuda yang dimiliki oleh seseorang yang setiap perkataannya berhikmah dan cara dia memberi makan kepada kuda, tersangatlah zuhud. Rumput ditanam sendiri. Najis kuda cantik dan tidak tercemar dengan apa-apa bahan kimia. Err. Memang natural dan cara menjinakkan kuda juga natural. Kandang bersih tidak ada pepijat. Kuda cantik.

    Hah apa lagi? Pasang niat betul-betul dan belajarlah dengan alam. Sila isi borang di Taman Melewar hahaha~ Parents budak Al-Amin punya kandang. Sila2.

  6. [ABAIKAN KOMEN INI JIKA ANDA TIDAK MAHU MEMBAZIRKAN MASA ANDA!]

    Kudaku gagah berlari~
    (Teringat satu lagu yg abang slalu nyanyi time men earthworm gym)

    ana komen jelah…dah azah suroh..tatau nk komen ape..kepale ana penuh dengan nombor2 nih.singgah utk ‘menghirup udara segar’~
    DAH KOMEN

    Respon : Haih devil~ Saya suruh anda komen via YM cukup

  7. Lerh…ye ke?aduyai…maknenye ana pengomen yg x diundang la ni…sobsob
    xpoahkalogituh.selamat menulis wahai ‘Izzah!

    p/s:i’m not devil anymore.i’ve cast the name aside far far awayyy.i’m a good person now.ecep.(not that i’m that bad before…i think so~)

    Respon : Adoyai, bukan ‘pengomen paksaan’, tapi ‘pengomen bebas’. Tak salah mengomen jika tidak dijemput. Ceyp, ‘Izzah hahaha. Sweet memories. Anyway, syukran for your comment my friend…

    p/s : Oyeh, alright dear. By the way, ‘devil soul’ is not a genuine name. Now i would like to call you “fghijklmnop…” hehe. Ok dear~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s