Langkah 011 : Guna Jangan Biar

Bismillah dan salam ‘alaikum.      

Tidur bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.    

Passion Fruits

Kalau ada banyak barang, guna-gunakanlah bakul yang berdebu di belakang rumah~

 

 Rugi. Memang rugi jika kita tertunggu-tunggu  masa lapang,  tetapi kemudian kita hanya menganggur, bertenung, melangut dan menidurkan diri. Seolah-olah kita tidak meletakkan apa-apa matlamat untuk mengisi masa lapang dengan sebaik-baiknya.    

Bukankah tidak merancang itu sama seperti orang yang tiada matlamat hidup? Mereka seolah-olah kaya kerana memiliki berbidang-bidang tanah, tetapi membiarkan sawang dan lalang liar menyerang. Bukankah hidup tanpa matlamat seolah-olah membiarkan masa berlalu tanpa berkat?    

Sungai yang mengalir akan sentiasa bersih seperti seorang yang memanfaatkan cutinya. Manakala pengaliran sungai yang bertakung akan menjadi semakin kotor senasib dengan orang yang tidak berbuat apa-apa. Ada pula satu situasi di mana pengaliran air sungai itu baik, tetapi tercemar di tengah jalan. Itu lebih bahaya~ [Nurazah berkata]    

“Bosan! Hidup aku bosan!”, status di facebooknya.    

Membiarkan cuti yang kaku dan statik daripada apa-apa aktiviti seakan-akan membiarkan cermin tingkap terus malap. Sedangkan tingkap yang jernih itu perlu selalu digilap.    

Sepatutnya sebagai lepasan SPM yang penuh dengan hari-hari lapang, banyak perkara boleh dilakukan. Banyak kemahiran boleh diceburi. Banyak seni  boleh diterokai. Banyak ilmu boleh dipelajari. Sedangkan diri kita tidak membuka pintu hati untuk mencari apa yang terhidang di dalam peti. Silakan. Saya pasti, ramai lagi lepasan SPM yang sentiasa berebut-rebut menggarap mutiara-mutiara ilmu yang ada di dunia ini. Gilap dan berlumbalah! Jangan ketinggalan.    

“Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak (sempat) memancung ia, ia akan memancung kamu” [pepatah arab]      

PEKA DENGAN KEMAJUAN ORANG LAIN    

Ketika meng-‘usya-usya’ bibliografi Maulana Muhammad Ilyas Khandalwi, iaitu seorang ulama’ agung yang telah mengasaskan Tablighi Jamaat, saya terbaca kisah ibunya, Bibi Safiyyah yang telah menghafal seluruh Al-Quran selepas beliau berkahwin. Beliau merupakan seorang ahli Al-Quran yang sentiasa membaca sepuluh juzuk dalam sehari dan berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam solatnya di bulan Ramadhan. Dengan cara ini, beliau mampu mengkhatamkan 40 kali bacaan Al-Quran dalam setiap bulan Ramadhan.       

Apalah nak dibandingkan dengan lepasan SPM yang bercuti panjang?       

Hendak seribu daya.       

Yang berlari mengejar 10 batu akan tiba ke destinasi 6 jam kemudiannya. Yang berlenggang  akan mengambil masa 15 jam. Yang merangkak dan tersungkur-sungkur mungkin memakan masa 3 hari 3 malam malah jika di tengah perjalanan itu dia mengambil masa untuk berehat terlalu lama, perjalanan yang membolehkan dia meluangkan masa hanya 6 jam tertangguh hingga seminggu.    

Kerana itu kita perlu merancang hidup, meletakkan prioriti dan sentiasa peka dengan sekeliling yang penuh dengan cabaran!    

Imam Syafie khatam Al-Quran 30 kali sehari. Pada bulan Ramadhan, beliau berjaya khatam Al-Quran sebanyak 60 kali dalam sehari. Tugas sebagai mufti masih di bahu. Bebanan sebagai guru tidak pula dilupakan. Masih sempat beliau menulis kitab. Masih sempat beliau bermuhasabah diri di hadapan matahari yang terbenam.       

Imam Nawawi juga menulis berbukit kitab pada usia muda. Kitabnya pula dibuat pengkajian oleh orang Barat sehingga kini.    

Bagaimana rakan kita yang aktif sana-sini-sinun boleh berjaya juga dalam akademiknya?       

Bagaimana pula rakan kita yang tidak ‘study hard’ mampu menyerap lebih maklumat berbanding dengan rakan kita yang belajar ‘tonggang-langgang’?       

Hal ini mengingatkan saya tentang teori relatif masa oleh Albert Einstein.    

Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)       

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).       

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.       

Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.       

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini. [Artikel oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin]       

NOTA KAKI; Episod 146 : Lepasan SPM Lepas Ini Nak Buat Apa?     

Wallahua’lam.       

Menulis untuk membantai diri sendiri sebelum membantai orang lain.    

Seribu kemaafan kerana sudah lama tidak menulis. Sengaja membiarkan idea-idea berlalu tanpa mengukir sepatah frasa pun.    

Saya sedang mencari peluang untuk mengenali alam dengan lebih dekat. Doakan saya. Pengembaraan masih jauh. Moga setiap hari saya mendaki dengan pendakian yang penuh makna.    

Sengaja mendahulukan prioriti sebagai seorang guru yang terpaksa menyiapkan banyak tugasan. Walaupun baru beberapa minggu bekerja sebagai guru, saya sudah belajar banyak perkara. Mungkin saya akan berkongsi dengan lebih mendalam pada langkah akan datang. Sentiasa mencintai kalian. Wassalam!

6 thoughts on “Langkah 011 : Guna Jangan Biar

  1. Ya,Menulis untuk ‘Membina diri dn membangun yang lain’

    Rasa ‘terpancung’ bila baca yg awal “Tidur bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.”adeih..terkesan juga nasihat nih.

    Lama dh ana tggu new post yg membina ni..teruskan k!😀

  2. nampaknya kali ini si kilat pula yang kena sambar…..pedih juga rasanya…..masa dihabiskan dgn ‘menanam anggur’ atau meng”grape” haha

  3. banyak sungguh analoginya.hrm…terasa seribu kali terasa.hari-hari rasa macam robot yang azah kawal. tapi, oklah jugak. sekurang-kurangnya tak diprogramkan kumpul habuk kat rumah. -trit tritt- bateri dah nak habis.pergi dulu.ana doakan azah selalu sebab telah diprogramkan.amien~

  4. Salam.
    Azam – Tunggu? Wah, terasa dihargai…
    Thaaqhib – Mesir dikecualikan🙂
    al-Barq – Ana lampi, tak faham bab anggur. Adakah menganggur? =)
    Farahfghjklmnop – Oh yeah? Nice comment tentang susunan analogi. Thanks =) Btw, di saat anda komen, anda pakai lappy azah, kerusi azah, meja azah… Idea azah? Huahua. Hey, sama-sama guru! Selamat maju jayalah~

  5. huu..analogi dari nurazah uh sedap jugak..

    terus program kan diri sebagai seorang guru yang hebat!

    i.allah, anda masih ada ruang mahu pilih belajar di mana. ke 3 3 negara tu pun xpa..
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s