Langkah 012 : Kembang Kempis

Bismillah dan salam. Hari ini saya sempat menulis sesuatu untuk dikongsikan dengan para pembaca sekalian. Moga dapat ibrah dari langkah 011 : Kembang Kempis.

ARNAB PERLU SENTIASA FOKUS

CUBA MENDEKATI

Gambar kenangan - Arnab di rumah saya~

Ingat lagi tentang kisah arnab dan kura-kura berlumba lari?

Potensi diri arnab sangat tinggi. Dia dianugerahkan kelebihan dalam seni pelarian. Namun begitu, potensi dirinya terbantut akibat tersilap memakai ‘kaca mata’. Tentunya jika arnab itu tidak sombong, angkur, takabbur atau berbangga diri, tidak akan terjadinya kes kegagalan yang memalukan dirinya sendiri.

Ya, kaca mata yang perlu dipakai ialah melihat seseorang pada kelebihannya bukan kelemahannya.

Malangnya, arnab telah mengalah terlebih dahulu kerana kesombongan dan kebodohannya itu. Malah, apabila dia telah disahkan tewas dan terkandas akibat TERTIDUR, dia pasti tidak dapat menerima hakikat. Arnab masih merasakan dirinya hebat  dan perlu mengadakan perlumbaan sekali lagi.

Mungkin juga arnab akan terfikir untuk memberi ALASAN demi alasan kegagalannya itu setelah melihat haiwan lain menepuk tangan dengan gemuruh sekali kepada kura-kura sambil mentertawakannya.

Jika masa boleh berpatah balik, bayangkan. Arnab fokus dalam pelariannya dan merasakan dirinya tercabar dengan sikap kura-kura yang tidak pernah mengalah jika dicabar. Tentunya tidak akan terjadi peristiwa pahit seperti itu. Arnab sepatutnya berasa ‘takut’ dengan semangat kura-kura yang sedang membara. Dia perlu sensitif dengan setiap gerak-geri si kura-kura yang berjalan lambat!

Namun, semuanya telah berlalu. Arnab sudah bermuka biru…

Hidungnya yang kembang, menjadi kempis.

3 thoughts on “Langkah 012 : Kembang Kempis

  1. yeah! terus menyahut cabaran~

    huu.. teringat arnab kat rumah.. kami pun da sembelih.. buat sup arnab..daging yang lembut.. tulang yang halus dan kecil.. uhhhh.. amat cumel..

    lepas ni boleh buat citer sang arnab dan sang myvi..
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s