Langkah 013 : Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Tak Merah

Bismillah dan assalamualaikum ^_^

Katakanlah:” Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki “.
QS. al-Falaq (113) : 1-5

Suatu hari, seekor burung gagak hitam terbang di awan mencari air. Kemarau. Dilihatnya tanah kering kontang dan merekah-rekah. Semasa merendahkan ketinggian penerbangan, si burung gagak itu ternampak sebuah botol kaca di atas tembok Sekolah Al-Amin.

“Ada air!”, kata si burung gagak.

Lalu burung gagak yang bijak ini telah berusaha keras mengambil batu-batu kecil untuk dimasukkan ke dalam botol air kerana paruhnya tidak dapat mencapai air yang hanya memuat sesuku botol itu. Burung gagak berulang-alik mengisi batu. Air yang muat sesuku menjadi separuh.

Tentu anda juga kenal dengan kisah si burung gagak yang mencari air, bukan? Tapi kali ini saya akan bercerita tentang kisah si burung gagak yang bergaduh…

Tanpa disedarinya, ada seekor lagi burung gagak yang sedang menghinggap di sebuah pokok ru asyik memerhati. Setelah lama mengintip dengan sifat cemburu dan dengkinya, si burung gagak itu pun terbang ke tanah, mengambil batu-batu kecil dan memasukkannya ke dalam botol.

GAGAK YANG BERGADUH

Pada mulanya mereka seakan-akan bekerjasama dan saling membantu menyelesaikan masalah agar air itu lebih cepat boleh dinikmati. Namun beberapa pusingan kemudian, kedua-duanya semakin laju berebut-rebut memasukkan batu ke dalam botol. Lama kelamaan, paruh mereka mula berlaga. Batu mereka tersumbat di tengah-tengah muncung botol dan botol mula bergoyang-goyang tidak stabil. Akhirnya, botol jatuh pecah dan air mengalir tumpah di atas tanah menjadi basah. Tanah yang kering segera ‘menghirup’ air dan cacing-cacing yang kepanasan segera membasahkan badan mereka.

Begitulah nasib kedua-dua ekor burung gagak.

SESAMA SENDIRI BERGADUH, YANG LAIN AMBIL ALIH

Bayangkan jika sebuah organisasi itu dipimpin oleh golongan lelaki manakala ahlinya ialah golongan wanita. Setiap hari, golongan lelaki bertengkar sesama mereka. Lama-kelamaan, golongan wanita menjadi pening. Agak-agaknya, esok lusa pimpinan itu akan masih tetap dikendalikan oleh golongan lelaki lagi kah?

Begitulah yang kita katakan sebagai sesama sendiri bergaduh, yang lain akan ambil alih.

Mungkin inilah sikap kebanyakan orang Melayu; suka berdengki dan berkhianat sesama mereka.

Bila sesama sendiri sudah bergaduh, bangsa lain pula akan mengambil kesempatan. Bukan kerana pihak lain turut berdengki, tetapi rimas melihat suasana yang tidak terurus. Dengan peluang yang ada, mereka bertindak sesuka hati mereka.

Jika hari ini anak Melayu sibuk berfoya-foya, masih meneruskan budaya malas, tidak berdaya saing, tidak bertindak secara profesional, tidak dapat menerima kritikan, asyik bergaduh hal politik, masih bermanja dengan keistimewaan yang ada, tidak berubah dan tidak melakukan sesuatu, mereka lama kelamaan akan mundur dan terus mundur.

Bukan kerana berpatah balik, tetapi tidak melangkah ke hadapan, lalu ketinggalan. Sedangkan bangsa lain terkejar-kejar dengan agenda mereka tersendiri.

Saja saya kemukakan kisah si burung gagak, agar semua pembaca boleh bayangkan yang akhirnya, tanah yang dipijak-pijak itulah akan mendapat keuntungan bila gagak yang boleh terbang bergaduh sesama mereka. Cacing juga dapat menari kegembiraan sedangkan gagak telah berusaha keras mendapatkan air.

Suatu hari, saya pernah terdengar khutbah Jumaat di Masjid UIAM Gombak. Kata khatib, bila bangsa Melayu masing-masing mengutamakan kepentingan diri dan asyik bergaduh sesama mereka kerana hal politik, maka beruntunglah golongan minoriti iaitu bangsa selain bangsa Melayu kerana kita sama-sama berebut untuk memuaskan hati mereka. Sehingga suatu hari nanti, golongan minoritilah yang akan menentukan nasib negara kita. Nauzubillah…

[Mungkin idea agak panas kerana sedang menaip di dalam bilik guru yang panas. Panas panas pun ada hikmah. Lapar lapar pun dapat peringatan~]

11 thoughts on “Langkah 013 : Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Tak Merah

    • Kelajuan petir dianggarkan sejauh 1 kilometer bagi setiap 2.9 saat. Dalam 5 saat yang sama, cahaya boleh mengelilingi bumi sebanyak 37 kali. Kilat laju. Kalau sekilas pandang pun, imej tak akan nampak dengan jelas. Hm~

  1. Al-Haqeer atau wah banyak nama samarannya, hehe. Tak ada stok sangat. Tulis main-main sebelum masuk kelas. Tapi akak tak nafi bahawa akak banyak aktifkan daya imaginasi. Pernah baca buku NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR karya Ust Pahrol Juoi? Buku tu menyebabkan para pembaca berimaginasi/berfikir sejenak disamping menggalakkan para penulis macam akak untuk mereka lebih banyak kisah teladan. =)

    Mariam, salam ukhuwwah. Saya dapat gambar melalui link ini; http://kertaz.net/just-saying/best-ker-gaduh-ni/

    Harap membantu. Wallahua’lam~

    • Hmm, baguslah, dgn bercerita, para mad’u akan lbh menarik tuk mendengar. Mesej dakwah mudah terkesan pada sesiapa saja. Lagi2 para anak2 kecil. Mmg murobbi! Mabruk.

      Tak perna lg baca buku tu,belikan satu lah~🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s