Langkah 013 : TAHNIAH

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamua’laikum.

Alhamdulillah, setelah 6 hari menemani adik-adik dalam pertarungan hebat, kali ini saya ingin mengucapkan TAHNIAH buat semua pendebat-pendebat sekolah yang telah menyertai The 9th Interschool Debating Championship 2010 atau Kejohanan Debat Antara Sekolah-Sekolah 2010 Yang Ke-9 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kalian memang hebat!

Ucapan khas tahniah saya yang pertama ialah buat para pendebat SMI Al-Amin Gombak yang telah bersungguh-sungguh bertarung di medan persidangan. Mereka sangat cekap dan telah ‘mengajar’ saya ‘sesuatu’. Syabas! Kalian telah berjaya menaikkan nama Al-Amin di mulut-mulut pendebat universiti dan sekolah-sekolah hebat seluruh Malaysia apabila telah mendapat ranking pertama dalam debat Bahasa Inggeris dengan kemenangan yang berterusan dalam 7 persidangan dan telah meragut dua piala 10 pendebat terbaik seluruh Malaysia 2010.

Kedua, saya ingin mengucapkan tahniah buat SMI Hidayah Johor yang berjaya meragut tiga piala pendebat terbaik dan satu piala Tun Sri Lanang bagi debat  kategori Bahasa Arab. Kalian bukan sahaja pulang bersama duit RM2000 pada tahun ini, tetapi juga telah berjaya membawa imej Islam semenjak menjadi Johan bagi kategori Bahasa Melayu dan Naib Johan bagi kategori Bahasa Inggeris pada tahun 2009.

Ingat, kejayaan dan kegagalan tidak pernah bernoktah. Kita perlu berusaha dan tidak putus asa!

Berikut adalah maklumat pencapaian Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak bagi sesi 2010;

ANUGERAH 10 PENDEBAT TERBAIK

Khalilah Alhuda bt Kamilen mendapat tempat keenam bagi kategori Bahasa Melayu.

Adibah Bahiah bt Awang mendapat tempat ketiga bagi kategori Bahasa Inggeris.

KATEGORI BAHASA MELAYU

Sidang 1 vs STAR (naib juara tahun ni dan tahun lepas)

Usul : Earth Hour satu hipokrasi

Posisi : kerajaan

Keputusan : juri 3-0, margin 2, kalah.

Sidang 2 vs SMS Kuala Pilah

Usul : Pasaran bebas : berdiri sama tinggi duduk sama rendah.

Posisi : kerajaan

Keputusan : juri 3-0, margin 8, menang. [ best speaker]

Sidang 3 vs MRSM Balik Pulau

Usul : masalah pengangguran : salah sistem pendidikan.

Posisi : pembangkang

Keputusan : juri 3-0, margin 2, menang. [best speaker]

Sidang 4 vs SMK Jitra

Usul : sudah tiba masanya perigi mencari timba.

Posisi : pembangkang

Keputusan : juri 2-1, margin 2, menang.

Sidang 5 vs MRSM Shah pekan

Usul : pembuangan bayi : kempen kami prihatin langkah terbaik.

Posisi : pembangkang

Keputusan : juri 2-1, margin 2, kalah. [best speaker]

Sidang 6 vs ASIS

Usul : krisis MCA tiada penghujungnya.

Posisi : kerajaan

Keputusan : juri 2-1, margin 2, menang.

Double-octo vs SAINA.

Usul : 1 Malaysia hanya satu slogan

Posisi : kerajaan

Keputusan : juri 2-1, margin 1, kalah.

 KATEGORI BAHASA INGGERIS

1ST ROUND vs Maahad Hamidiah

Motion : This House Would introduce sex education in Malaysian school (Government)

Result : Supreme judge, win

2ND ROUND vs SMS Rembau

Motion : THW give prisoners right to vote (Government)

Result : Supreme judge, win

3RD ROUND vs SMK Bukit Jelutong

Motion : THW allow host country of international sport event to introduce sport of their choice

Result : Supreme judge, win

4RD ROUND vs SMS Muzaffar Shah

Motion : THBT woman needs man as much as fish needs bicycle

Result : Supreme judge, win

5TH ROUND vs Sek Sultan Alam Shah

Motion : THW support online gaming curfew for minor

Result : Judge 2-1, win

6TH ROUND vs Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

Motion : THBT overweight airline passengers should be made to pay a weight surcharge

Result : Win

OCTO FINAL vs SEMASHUR

Motion : THBT maternity leave should be equal for both parents

Result : Win

QUARTER FINAL vs Kolej Yayasan Saad (KYS)

Motion : THW not allow parents to consent seperating conjoined twin when there is significantly high risk of one of them not surviving.

Result : Lose, split margin, judge 4-1

v(^________________________^)v  [.________________________.]

Alhamdulillah. Dengan kejayaan ini, moga kita sentiasa tawadhu’ dan ber’muhasabah’ dengan pencapaian yang telah diperolehi agar kejayaan di hari kemudiannya boleh digapai. Wallahua’lam.

5 thoughts on “Langkah 013 : TAHNIAH

  1. ahha..

    ticer..

    mabruk!

    saya gembira bagi pihak bunda saya! :)beliau amat gembira bila debate arab menang.seronok sangat.. ada jumpa beliau?

    dia kata, tahun demi tahun,bahasa arab kat SMIH da semakin meningkat. daripada ramai fail. terus jjadi 0 fail. ditambah lagi dapat juara debate arab.

    semoga bahasa arab terus menigkat dan tidak dipandang enteng oleh masyarakat dan pelajar.

    (saya lemah bahasa)
    🙂

  2. assalamualaikum,

    alhamdulillah, nak ucapkn tahniah pada adik2 sekalian,
    dah lama xdgr cite debat.. mantap sungguh kalian..
    alhamdulillah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s