Langkah 014 : Jika Hendak Sangat Jalan Pintas

Bismillah dan salam. Seperti biasa, menulis untuk menyekeh kepala sendiri.

Abah naik kereta, tutup pintu. Pakai tali pinggang dan memandu. Sampai di jalan besar, tiba-tiba, jalan makin sempit dan sempit. Kereta yang laju jadi perlahan. Sesak. Penuh kereta.

Abah jadi bosan. Dia terus berkata kepada penilai JPJ ujian memandu di sebelahnya, “Puan, saya tahu jalan pintas. Jangan risau. Jalan ini jalan lambat. Mari kita ikut jalan pintas!”

Abah memandu di bahagian lorong kecemasan. Bila dia lihat lorong kecemasan itu tersekat-sekat laluannya kerana ada kemalangan di hadapan, dia gunakan pula lorong pejalan kaki. Tak lama kemudian, dia melalui jalan larangan sehingga termasuk ke kawasan pembinaan.

Corong-corong radio tiba-tiba hangat dengan sebuah pengumuman agar pemandu di jalan raya berhati-hati dengan “pemandu gila”. Abah syok sendiri. Dia terus memandu di dalam bangunan yang masih dalam pembinaan itu. Naik tingkat atas dan keluar mengikut ‘jalan pintas’. Abah terus memandu walaupun puan di sebelahnya sudah terjerit-jerit memintanya memberhentikan kereta.

Walaupun telah dikejar pihak polis dengan bunyi siren yang kuat, Abah terus pecut laju kerana menyangka bahawa polis itu sedang dalam kecemasan dan memberi arahan “tolong laju sikit”. Setelah pecut laju, akhirnya, kereta Abah terlonjat-lonjat dan berhenti di dalam kolam air pancut. Kata abah, “inilah pengalaman memandu yang sangaaat indah!”.

Akhirnya, abah ditahan oleh pihak polis. Ujian memandu si Abah Mat Kampung Boy gagal buat selama-lamanya!

Hari ini semuanya nak laju-laju belaka.

Pos laju, bas ekspres, mee segera. Siapa yang tidak mahu bersegera? Semakin ramai manusia bertarung dengan masa. Tak pun, berkejar-kejar dengan teknologi moden agar semuanya nampak semakin mudah. Tidak perlu menunggu lebih lama dan tidak perlu berpeluh lebih banyak.

Di Korea pula, rakyat mereka terlalu mengejar masa sehingga kejadian terpijak-pijak kaki orang itu sudah biasa.

Ya, makin laju.

Saya teringat pepatah Melayu, “biar lambat, asal selamat”.

Kata saya pula, “biar laju asal tak gopoh”.

7 thoughts on “Langkah 014 : Jika Hendak Sangat Jalan Pintas

  1. ahha..

    kte ingt ni citer ayah awak. rupenya kampung Boy. terus teringat cerita dia. dengan kete cumelnya.

    bawa kereta bila tak biasa,dia akan rasa,itu jalan dia yang punya.

    mcm saya. pemandu yang tidak berkhemah. ikut suke je.
    😀

  2. erm…cerita yang menarik..

    ingatkan betol2 lah td abah anti yg dimaksudkn..

    rupe2nye Kampung Boy..nice story~..huhu

  3. off topic

    potongan hadis nabi riwayat Muslim;

    ….. Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa? Baginda bersabda : “Seseorang yang berdoa berkata, aku telah berdoa, aku telah berdoa, namun aku belum lihat ia dimakbulkan. Lalu dia berasa lelah dan tidak ingin berdoa lagi”

    Isti’jal = tergesa-gesa, gopoh-gapah.

  4. salam bkongsi ilmu! sudah baca. faham dan amalkan maksud 10 ayat awal surah al-kahfi(cave)?
    …bsegeralah ingat Allah & mnyelamatkan diri dari fitnah dajjal….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s