Langkah 015 : Tegur menegur ya!

Bismillah dan salam.

Entri spontan ini ditulis sejurus selepas tersedar akan kritikalnya kesan bermain internet. Penulis cuba untuk tidak menulis dengan emosi namun, di dalam lubuk hati penulis masih ada rasa penuh kesal dan hampa. Ya, kesal kerana penulis dulu pernah terlibat dengan masalah ini. Namun alhamdulillah, kini penulis berjaya mengawalnya. Moga dijauhi dan istiqamah . . .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A’raf : 179]

Penulis makin hampa dengan kelalaian yang telah menutup banyak mata sampai yang rabun menjadi buta. Entah kenapa makin hari makin RAMAI yang lalai. Mungkin akar umbinya ialah kita berdepan dengan JAHILIYYAH yang TERANCANG. Dalam keadaan begini, hanya yang benar-benar kuat sahaja akan bertahan. Sedangkan yang lainnya tidak sedar yang sebenarnya mereka makin hari makin membunuh potensi diri.

DEMI MASA

Pertama, kesal apabila MASA umat Islam banyak yang telah terbuang. Mungkin benar kata rakan, tonton filem 2 jam rasa tak lama. Main internet, baca blog, bergayut di YM dan ber’muka buku’ selama 4 jam pun tak rasa terlalu lama. Terperuk dalam bilik berjam-jam membaca novel juga dikatakan tidak lama. Tetapi membaca Al-Quran selama 15 minit dan solat tahajud 20 minit itu boleh terasa sangat lama!

Jika berkeinginan sangat membuang masa, buanglah masa itu pada kadar dan kondisinya yang sesuai. Selagi ada matlamat, iktibar dan pengajaran, salurkan segalanya pada NIAT yang benar agar kita tidak lari daripada landasan dan keuntungan untuk saham akhirat. Moga dijauhi dosa, amiien.

KOMITMEN

Kedua ialah terasa begitu hampa apabila melihat banyak TANGGUNGJAWAB telah terabai. Mana tidaknya, sekarang semua sudah maju. Tempat kerja pun penuh dengan ‘muka buku’ bukan ‘ulat buku’. Semua kaki ‘putih-biru’. Makin lama hati makin kelabu. Mata menjadi kabur dan ramai semakin lalai sehinggalah tanggungjawab pun terabai. Katakan TIDAK! kepada rezeki tidak halal. Kesan mengabaikan tanggungjawab ini terlalu banyak dan bersangkut paut sehinggalah melibatkan masalah hati dan lainnya. Ini hakikat. Ramai yang ter’lambat’ kerana terlalu lalai. Ramai yang berkata, “tidak mampu” kerana lebih mengutamakan hiburan semata-mata. Astaghfirullah hal azim!

“Kenapa dah lama tidak call umi?”, kata seorang ibu kepada anaknya. 

Jangan jawab ‘tidak sempat’ sebagai alasan! Bukan kerana tiada waktu, tetapi kita tidak mengutamakan prioriti. Jawablah di dalam hati, hakikatnya, “Abang tidak meletakkan umi sebagai keutamaan!”

(yaitu) orang-orang yang terbenam dalam kebodohan lagi lalai,
[adz-Dzariyat : 11]

MARUAH DIRI 

Ketiga, penulis terasa amat hampa apabila melihat keadaan AKHLAK mulia umat Islam makin hari makin hodoh. Tidak cantik! Pedih mata apabila terjumpa komen-komen dan gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah yang sangat besar. Sejujurnya, penulis amat hampa apabila ramai orang yang penulis segani dan hormati makin hari makin cacat pula penampilannya semasa ‘bermuka buku’. Walaupun penulis gembira dapat bersua dengan rakan-rakan lama dalam ‘muka buku’, tapi penulis ada perasaan lebih terkejut apabila yang labuh-labuh itu tersingkat-singkat dan terselak-selak sehingga ada yang sudah tercabut terus! Atau yang alim-alim dan hebat berkata itu bergambar bersama ajnabi. Masya-Allah!

Lebih memalukan diri penulis sebagai seorang muslimah, penulis amat terkesima lama apabila terlihat gambar-gambar orang yang berpurdah yang sepatutnya malu-malu itu, sudah jadi hilang ‘haiya’nya’ apabila berani ber’posing’ di dalam ‘muka buku’ dengan niqab labuh tapi bercelak pekat tebal dan ‘make-up’ TABARRUJ sangat. Aduh! Pedih betul.

PENUTUP

Pada saat ini, tolong jaga FIKRAH yang kuat-kuat, baik-baik dan benar-benar itu. Umat Islam ada prinsip dan harga diri. Doakan semuanya selamat daripada terlibat dengan kancah JAHILIYYAH yang dirancang. Nauzubillah. Jauhi GHAZWUL FIKR!

Penulis akan cuba sedaya upaya menegur kerana itulah TANGGUNGJAWAB seorang muslim.

7 thoughts on “Langkah 015 : Tegur menegur ya!

  1. 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

    1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

    2. Bacalah alQur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

    3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.

    4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

    5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

    6. Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

    7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

    8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

    9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

    10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

    [Sumber : http://hanifmnoor.blogspot.com/ ]

  2. eh.

    hanif tu cazen saya.

    hehe.

    ~

    tegur.teringin.tapi sll kata, “erm, nnti lah saya tegur, saya pun x lah reti mana nak tegur. nnti kne reject la plak”..
    😦

  3. zaman sekarang orang x hisap candu.
    kita skrg ketagih fb. mabuk.
    itulah melayu yang tiada hala tuju.
    saya juga begitu.

    alahai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s