Langkah 016 : Perkongsian Meraikan Guru

 
Bismillah dan salam~
 
Pagi itu aku bersiap sedia mengajar. Dengan komputer riba di dalam beg galas yang tersangkut di bahu kanan, aku menuruti anak tangga. Sampai di tingkat satu, aku ditahan oleh dua orang anak muridku, lalu dibawa ke tingkat atas sekali sambil kelopak mataku dikatup kemas. Aku senyum lebar penuh makna. Ya, aku faham dan monolog hatiku dapat mengenalpasti apa yang bakal berlaku selepas itu. . .
 
Langkahku semakin perlahan dek kerana perasaan curiga dan kurang yakin dengan saiz anak tangga yang tidak konsisten. Hampir-hampir aku tersungkur tapi aku tetap meneruskan langkah sambil memejamkan mata. Akhirnya, aku dibawa masuk ke dalam kelas 1 Ibnu Kathir.
 
Tiba-tiba, terdengar bunyi letupan belon-belon berdentuman. Kertas lembut halus berwarna warni berterbangan di hadapan mukaku telah memaksa aku bertindak spontan membuka mata yang tadi asyik terkatup kemas.
 
Lengkung senyum gembiraku tidak pernah lurus.
 
Belon 1 Ibnu Kathir
 
Seluruh kelas menyanyikan lagu “Allah selamatkan cikgu”. Aku begitu terharu. Dua buah kek terhidang di atas meja bersama makanan berat, ringan dan minuman. Di atas permukaan kek tertera namaku dan Cikgu Tengku Farhanah. Aku terkesima lagi apabila kelas yang biasa berselerak itu hari ini kemas semacam. Ya, aku tidak sangka mereka boleh bekerjasama menguruskan majlis seperti ini!

Bersama Tg Farhanah dan Kak Bee

 

Di akhir majlis, aku dipakaikan sehelai selendang arab. Cantik. Bersama gelang tangan yang dihiasi manik-manik hijau dan mutiara dari Sabah. Aku sangat berterima kasih kepada mereka!   

Minggu seterusnya iaitu setelah tamat tugasku sebagai guru pengiring pasukan debat sekolah ke UIAM, perkara yang sama telah berlaku ketika aku dalam perjalanan ke kelas aku, 2 Sufian At-Thauri. Mataku diikat dan kemudian aku dipimpin sehinggalah sampai di hadapan pintu kelas.
 
Meletup-letup! Kelas itu meriah. Aku lihat ada sebuah kek Secret Recipe terhidang di atas meja bersama makanan ringan dan minuman. Aku menyampaikan ucapan perpisahan sebagai guru kelas mereka dan sedikit tazkirah ‘subuh’ buat pengubat hati kepada anak-anak murid. Ya, semua diam mendengar. Mereka anak muridku yang paling “sami’na wa ato’na”.
 
Aku suka!
 
Hadiah-hadiah yang ku terima semuanya besar dan mahal belaka! Sekeping kad besar bertanda tangan anak-anak murid, sebuah beg yang diperbuat daripada kain jeans, sehelai kain sutera, diari dan banyak lagi! 
 
 
Aku terasa sangat segan untuk menerimanya kerana jasaku kepada sekolah hanyalah dua bulan sebagai seorang guru ganti sahaja. Alangkah sedikit benar jasaku itu jika nak dibandingkan dengan guru-guru tetap yang sudah bertahun-tahun lama mendidik . . .
 
Inilah langkah perkongsian daku tentang majlis perpisahan sebagai seorang guru ganti. Walaupun sebenarnya aku telah melalui empat kali majlis jamuan sempena hari perpisahan aku, aku rasa cukup dua majlis sahajalah yang perlu aku kongsikan.
 
Dengan ini, aku mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak murid yang banyak mengajar aku dan mendidik aku ketika aku mendidik dan mengajar mereka.
 
Terima lah hadiah ini daripada aku, seorang guru ganti . . .
  

Wallahua’lam.    

7 thoughts on “Langkah 016 : Perkongsian Meraikan Guru

  1. Selamat Hari Guru..🙂

    akak dapat merasakan anda tak ubah seperti pelangi..kehadiranmu seketika cuma tp keindahanmu hingga kini mereka dapat rasai..

    buktinya,gambar2 ceria spt di atas..

  2. wah.

    da post dah.

    rupenya awak tggu hari guru ka.haha.

    best jugak jadi cikgu.

    (uhh,masih cube hayati jiwa cikgu)

    p/s:gambar yg last aritu x letak ke?? YM..
    😛

  3. Salam Tukang Kata, syukran. Cantik analoginya.

    Salam Huda, sepanjang ana jadi guru, ana suka bersama murid kerana ‘ukhuwwah’. Itu yang membuatkan ana rasa seronok. Tapi adakalanya ana berasa takut andai apa yang ana ajar itu salah dan andai ana pesan itu tidak pula ana lakukan.🙂 Hehe. Kejarlah, tapi jangan terburu-buru.

    Salam Ust Idris Saleh yang banyak berjasa, SELAMAT HARI GURU!!! Berkat ustaz sebagai guru Bahasa Melayu ana, alhamdulillah dapat A+. Jazakallah🙂

    Salam Nik Afra’, tak lah. Tunggu semangat menulis yang hilang kembali. Hehe! Gambar akhir sekali yang “selamat kawen cepat dapat jodoh hensem” tu ke? Itu nasihat ‘kurang asam’ dari anak murid. I segan la nak letak . . . Ada lagi satu; “Cikgu, cikgu boleh tak jadi guru buat selama-lamanya?” Ini nasihat yang buat saya tergamam, terpaku dan terkesima. [Boleh bayangkan perasaan guru-guru tetap yang dah lama mengajar. Mesti lagi berat nak lepaskan anak-anak muridnya]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s