Langkah 018 : Bila mulut sedap meng-ADUH!

“Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat Imam Majah)

Sekhatam sahaja buku Travelog Seorang Dai’ minggu lepas, saya dapat merasai terlalu bezanya perjuangan diri saya dan diri penulis novel tersebut iaitu Abdul Rahman Mohamed.

UBAT MENGELUH IALAH SABAR

Dua tahun yang lepas, saya dan rakan-rakan pernah berniaga di Bazar Ramadhan sempena kerja amal mengutip dana untuk program anak angkat di Lenggong, Perak. Selepas waktu persekolahan, kami berempat terus berjalan kaki jauh dari sekolah. Kami menjual agar-agar, biskut raya dan kurma. Pelanggannya pun tidaklah ramai mana kerana gerai kami terpencil di hujung sekali. Tapak lokasi perniagaan kami memang kurang strategik. Petang-petang begitu, badan mula rasa panas dan rimas! Kebetulan pula, kami berempat tidak ada apa-apa bekalan untuk berbuka puasa.

Alhamdulillah ketika itu Ustaz Idris dengan baik hatinya telah menawarkan air sirap bandung sejuk percuma buat kami. Perh. Nikmat! Tetapi tidak lama selepas itu, kami tersangkut pula dengan masalah surau yang agak jauh dari tempat berniaga. Macam-macam masalah yang kami hadapi.

Saya dapat merasai kehidupan yang serba susah pada hari itu. Saya mula merungut dan merengek seperti kanak-kanak kerana terlalu penat sehinggalah terpancul dari bibir Ustaz Idris, “Antunna ni kena banyak bersabar dan bersyukur… Sebenarnya ustaz lihat perniagaan hari ini lebih laris berbanding hari-hari sebelum ni.”

Ya Allah!

Sejak peristiwa itu, nasihat ustaz asyik terngiang-ngiang di telinga…  Mungkin perkataan sesuai yang boleh mendeskripsikan perasaan saya ketika itu ialah “rasa terpenyek”. Apa yang saya fikirkan ketika itu ialah segala pahala amalan saya semuanya lenyap kerana tidak ikhlas, sabar dan tenang… Astaghfirullah!

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah – buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang – orang yang sabar, (yaitu) orang – orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 – 156)

Hal ini mengingatkan saya juga tentang sepotong lirik nasyid yang pernah saya dengar dalam radio IKIM; ‘Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaan-Nya. Lalu diberi sedikit ujian, untuk menguji kekuatan iman…’

Ya, sabar kuncinya. Sabar menguatkan manakala mengeluh hanya melemahkan. 

Sedapnya mulut hendak mengeluh sedangkan hukum mengeluh itu adalah HARAM di sisi Tuhan. Malah perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda;
” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.”

6 thoughts on “Langkah 018 : Bila mulut sedap meng-ADUH!

  1. Benar. syukrn atas didikan ini.
    mengeluh sememangnya sering dianggap perkara kecil, tetapi hakikatnya besar sekali. Ikhlas itu dihakis habis dengan keluhan walau sedikit.

    selamat menyambung pelajaran!
    Rasa sunyi bila tiada lg murabbi diri, 2thn lg perlu tggu…hmm.

  2. salam ziarah. perkongsian yang sangat menarik. dah lama ingin dicoretkan, tapi tak terjumpa kata-kata. boleh tak di copy paste ke blog saya? link empunya cerita akan diletakkan di akhir post…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s