Langkah 019 : Banyak cakap vs mesra

Bismillah.

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaithan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
QS. al-Isra’ (17) : 53

Kata orang, orang yang peramah banyak bercakap. Ya, boleh jadi. Tapi saya pasti ramai lebih suka peramah yang ramahnya kerana senyuman, sapaan, bertanya khabar, bertanya pendapat orang ramai dan banyak mendengar daripada berkata. Apabila dia menasihati, dia menasihati dengan cara yang sangat berhikmah. Dia memberi tepat pada masanya. Ya, itu definisi peramah dari kamus prinsip saya.

Saya tidak suka kepada pemesra yang tidak reti berdiam diri dan terus menerus bercerita tanpa belas kasihan lantas langsung tidak memikirkan tentang gangguannya ke atas hak orang lain. Saya rasa anda juga tidak selesa bersama mereka sepanjang masa. Hak masa, hak telinga yang didesak dan terpaksa menunggu lama mendengar segala hujahnya itu seolah-olah satu pengorbanan yang sia-sia jika input yang kita perolehi tidak berapa membina. Kita terganggu. Boleh jadi perspektif kepada golongan peramah juga akan tercemar gara-gara sikapnya yang terlalu banyak cakap dan kurang berhikmah.

MENGETENGAHKAN IDEA

Zi memberi pandangannya secara melulu. Panjang lebar dan tergesa-gesa sampai membuatkan Hani terkebil-kebil. Laju dan lantang sahaja suaranya. Cikgu angguk-angguk dan mendengar terlebih dahulu, sedangkan di dalam hatinya sudah banyak perkara yang ingin diberi keterangan. Namun, Zi terus bercakap dan memberikan pandangannya. Dia bercerita lama dan asyik berulang-ulang pada kepompong yang sama. Cikgu tidak mampu menyelit dialognya. Perbincangan menjadi bosan. Tidak lama selepas itu, masa untuk sesi kaunseling telah tamat dan Hani hanya dapat mengucapkan sepatah dua kata sahaja.

Akhirnya, cikgu dan Hani dapat membuat kesimpulan, orang yang matang itu lebih banyak mendengar dan berdiam. Apabila dia memberikan pandangan, dia menghormati terlebih dahulu pandangan orang lain. Kemudian, menyusun kata-katanya dengan ringkas, jelas dan tidak meleret.

Begitulah perbualan yang berkualiti.

Hal ini mengingatkan saya tentang watak-watak hero yang banyak disiarkan dalam media massa. Kebanyakan hero tidak kecoh tetapi banyak berdiam. Dalam diam, mereka bermonolog. Dalam monolog kalbu, mereka banyak berfikir. Mungkin memikirkan tentang strategi atau lebih kepada menghayati keadaan sekeliling. Tenang dan banyak memerhati. Oleh yang demikian, merekalah golongan yang dapat berfikir dengan lebih waras dan lebih matang. Lebih bagus strateginya dan lebih mudah untuk menjadi seorang hero!

Ibarat diam-diam ubi berisi. Imbaslah kembali buku teks Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3, antara kata-kata yang saya kagum ialah, “Jika sempurna akal, maka kuranglah bercakap”.

Di dalam ayat Al-Quran yang telah saya petik di atas, saya pasti orang mukmin ialah merupakan golongan yang tidak mudah melepaskan kata-kata semberono. Kata keji, dusta, dan lagha atau sia-sia. Mereka berfikir sebelum bercakap. Mereka banyak berfikir daripada bercakap. Mereka banyak berfikir dan berzikir sehingga mereka mampu menyusun kata-kata yang sangat indah. Cantik bahasanya. Indah akhlaknya. Ya, mereka itulah golongan yang menghampiri tahap kesempurnaan dalam kata-kata mereka!

Kerana itu jugalah kata-kata hikmah yang sependek dua tiga saja frasanya berjaya membawa pengajaran yang amat bermakna!

6 thoughts on “Langkah 019 : Banyak cakap vs mesra

  1. “Kenapa Allah mengaruniakan kepada kita dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, jutaan syaraf otak, tapi hanya mengaruniakan kepada kita satu mulut saja? Jawabnya, karena Allah menginginkan agar kita lebih banyak bekerja, lebih banyak beramal nyata daripada bicara.

    Maka ada ungkapan, man katsura kalamuhu katsura khatauhu. Siapa yang banyak bicaranya maka banya dosanya! Dan karenanya Rasulullah Saw. Menasihati kita semua, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata yang baik atau diam saja!’ Umat dan bangsa yang besar adalah umat dan bangsa yang lebih banyak kerjanya daripada bicaranya. Orang orang besar sepanjang sejarah adalah mereka yang lebih banyak bekerja daripada bicara!” kata Syaikh Muda itu.

    [dipetik daripada novel Ketika Cinta Bertasbih]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s