Langkah 020 : Syaitan yang memberi tazkirah

Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaithan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaithan-syaithan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. QS. Fathir (35) : 5-6

Saya menggalas beg yang penuh dengan buku. Dari tadi tercegat menghadap pintu lif, menunggu pintu itu terbuka. Lif masih di tingkat 7, sedangkan saya di tingkat 1. Lambat lagi.

Niat saya ialah untuk menziarahi seorang rakan di tingkat 9. Kami telah berjanji untuk menyiapkan soalan tutorial 1 Mathematics  Algebra bersama-sama. Suasana lepas maghrib itu memang sunyi dan menyeramkan. Mungkin perasaan itu mula menyelubungi diri setelah dua orang roommate saya keluar meluangkan masa bersama keluarga. Jadi, alkisahnya, hari ini, malam ini, sampailah ke hari esok, saya terpaksa bersendirian di bilik 145. Umi dan abah ajak saya balik ke Gombak. Namun, saya menolak tawaran itu dengan baik kerana saya ada banyak soalan tutorial yang perlu dibincangkan bersama rakan-rakan yang lain.

Umi tanya, “tak takut ke?”. Saya kata, saya ada Allah, buat apa nak takut, kan? Insya-Allah, saya berdoa kepada Allah agar tiada apa-apa yang akan berlaku walaupun sebenarnya pada minggu itu telah berlaku kes kecurian misteri hampir setiap hari.

Semasa menunggu pintu lif terbuka, saya terdengar bunyi laungan azan beramai-ramai oleh beberapa orang sister UIA PJ. Saya menjeling-jeling mencari sumber suara azan itu. Kelihatan ramai orang sedang mengerumuni sebuah bilik. Saya tersenyum. Boleh diagak apa yang sedang berlaku. Baru beberapa saat menjeling, tiba-tiba, lif terbuka. Saya terpaksa masuk dan mengabaikan kejadian tadi. Berada di dalam lif lama-lama seorang diri memang menyeramkan. Tapi, tak mengapa, saya ada Allah!

Kemudian, saya jalan-jalan seorang diri mencari bilik rakan di tingkat 9. Rupanya, dia tiada di bilik kerana baru saja keluar bersama keluarganya. Esok baru pulang. Mula-mula saya nak mengeluh, tapi teringat akan pesanan dalam dua entri yang lalu, saya buat muka biasa saja. Saya faham, akhir bulan pertama ni ramai keluarga nak ziarah dan ajak anak kesayangan keluar makan. Jadi, terpaksalah saya berpatah balik dan masuk ke lif untuk ke tingkat 1.

Huh. Lif ialah tempat yang saya tidak suka. Entah kenapa tempat itu memang menarik bulu roma sampai berdiri tegak. Mungkin cas manusia dan jin berbeza sampai perkara-perkara pelik berlaku ketika itu. Saya masih mengekspresikan muka macam biasa. Saya sudah warning awal-awal pada jin-jin itu supaya janganlah mengganggu saya. Lagipun saya sudah baca Al-Ma’thurat dan yakin, tidak akan diganggu sampai ke pagi esoknya. Insya Allah.

Alhamdulillah, mereka memang tidak menganggu saya. Sampai saja di tingkat 1, lif terbuka, tiba-tiba suara kasar menjerit sekuat hati membingit gegendang telinga saya.

Saya jeling ke arah bilik itu. Ramai orang kerumun. Ramai juga yang bertempiaran lari, pindah ke bilik lain kerana takut melihat orang yang sedang dirasuk. Saya, saya dah biasa tapi belum cekap menguruskan keadaan. Jadi saya rasa saya tak perlu tolong.

Masuk bilik, letak beg, saya masih dapat rasakan keadaan masih belum beres. Kesian. Memandangkan biliknya dekat saja dengan bilik saya, saya mengalah dan berpatah balik untuk membantu sister-sister DQ membacakan Manzil dan ayat-ayat pendinding untuk memanaskan jin tadi.

Saya bantu dari luar bilik saja. Saya berdiri di tepi pintu bilik, membaca ayat dan terus membaca. Tapi tiba-tiba wanita itu memandang ke arah saya lama-lama dan menjerit, “siapa kau?”. Saya tergamam. Tapi saya cuba lawan balik pandangannya sambil membaca ayat kursi sampailah dia menjerit sekali lagi. Ketika itu kami berperang tenaga.

Saya yakin, setiap kata-kata yang dilafazkan oleh wanita itu hanyalah kata-kata syaitan belaka. Tidak lama selepas itu, syaitan itu berkata, “jangan kamu bacakan ayat-ayat Al-Quran pada perempuan ini kerana dia sudah kafir! Dia sudah tidak percaya kepada Allah. Allah itu tiada!!”

Astaghfirullah hal azim! Tidak pernah saya dengar ayat ini. Terkejut. Saya jadi marah. Tetapi saya terus membaca ayat kursi tanpa mengendahkan kata-katanya. Kakak DQ yang berdekatan telah bertanya, “mana kamu tahu? Allah yang lebih mengetahui tentang iman seseorang”.

Lalu syaitan tadi menjawab, “aku dekat dengannya. Aku tahu. Aku dengar. Aku menjadi saksi! Aku telah menyaksikan dirinya telah menjadi kuffar! Tiada siapa yang dapat menghalang pertalian ini.”

Kami semua terkejut dan cuba ber’husnu dzon’ atau bersangka baik. Dari situ saya tahu ini saka. Syaitan itu telah memaksa wanita ini berasa ragu-ragu tentang keimanan. Aku berasa amat kasihan. Tidak lama selepas itu, wanita itu mula membaca ayat-ayat Hindu-Buddha sambil bersila seperti sedang bertafakur. Dia masih dirasuk, malah lebih agresif. Dirinya menjadi kebal. Setelah menghembus ayat-ayat syaitan, lalu badannya tidak lagi panas apabila dibacakan ayat Al-Quran.

Matanya tajam menghadap kembali kepadaku lalu senyum. Dia mencabar aku. Aku masih tidak berubah wajah.  Dia mula membuka langkah mahu bersilat. Cantik langkahnya. Aku yang sedang memakai kain batik berundur. Aku masih memandang tajam pada matanya. Aku tidak mahu gerun. Dia terus menjerit dengan suara yang keras, “Aku akan pastikan wanita ini mati di dalam kekufuran!”

Aku tersentak. Kata-kata itu melukakan hatiku. Hatiku menangis. Aku teringat hadis riwayat Ahmad, ketika “Iblis berkata : ‘Wahai Tuhanku, demi kemuliaanmu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka’. ” Betapa bersungguh-sungguhnya musuh kita ini ingin menyesatkan kita.

Kemudian aku teringat sambungannya hadith tadi, “Allah menjawab : ‘Demi kemuliaan dan keagunganku, aku tetap memberi keampunan kepada mereka selama mereka memohon ampunan kepadaku”.’

Habis membantu, aku terus pulang dengan jiwa yang insaf, baru mendapat tazkirah direct dari syaitan, hidayah direct dari Allah. Alangkah buruknya nasib manusia jika mereka tertipu dengan syaitan. Rugilah manusia jika mereka mati dalam kekufuran.

Alhamdulillah, tazkirah ini sentiasa mengingatkan aku agar aku sentiasa offline dengan syaitan! Shuh kamu! Benar pesan ustaz, bila tidak kenal, maka tidak benci… Jom kemas kini ‘perisian’ anti-syaitan! Wallahua’lam.

3 thoughts on “Langkah 020 : Syaitan yang memberi tazkirah

  1. wah. tazkirah dari syaitan.. hidayah dari Allah. hebat anak cik kamal nih. anak buah pak cik hasan.

    semua yang berlaku dengan izin Allah kerana Allah tahu batas kemampuan hambanya. Allah menguji hambanya mengikut kadar kemampuan. moga sister itu terus dibantu-selamatkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s