Langkah 022 : Cantiknya Dirimu 2

I can't stop to enchanted by ~DocBudie~ [Toba Series-Part 2]
“Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa” – Beauty queen of Medan city 2009; Cut Nabila. Captured by ~DocBudie~

SITUASI 2 : Bukan milikku   

Seusai solat maghrib berjemaah, Aisyah Solehah bersalaman dengan senior-senior yang duduk di sebelah kanan dan kirinya. Indah sungguh bacaan doa yang dibacakan ukhti tadi. Aisyah dapat merasakan gerataran jiwa penuh syahdu apabila mendengar setiap bait dalam doanya. 

Selesai bersalaman, Aisyah terus bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke arah rak Al-Quran untuk menggapai Al-Furqan. Ya, Al-Furqan itu nama lain bagi Al-Quran. Maksudnya ialah pemisah antara hak dan batil. Dia amat suka membacanya dengan nyaring kemudian meneliti tafsirnya yang indah. Dari situ dia dapat menghidupkan jiwanya yang larut, mencari nur untuk hati yang termalap, malah sebagai rujukan utama ilmu agama. Dia peluk kitab itu. Sebelum Aisyah duduk bersila menyandar ke dinding surau, dia sempat menguntumkan senyumannya kepada senior-senior dan rakan-rakan yang dikenalinya bahkan juga kepada mereka yang tidak pernah dia kenali. Mereka amat senang dengan akhlak Aisyah.   

Seorang ukhti tiba-tiba datang menyapa, “Aisyah, awak apa khabar? Macam mana periksa baru-baru ni?”. Aisyah senyum gembira dapat bertemu kakak angkatnya. Mereka mula bersembang.   

Namun perbualan itu tidak lama kerana ukhti menyapa hanya sekadar ingin bertanya khabar dan tidak mahu mengganggu Aisyah yang ingin membaca Al-Quran. 

Sebelum ukhti pergi, tiba-tiba dia memuji, “Aisyah Solehah, putihlah muka awak. Awak begitu cantik.” Aisyah tergamam, berkerut dahi dan kemudiannya terus menjawab, “Eh, pakai telekung putih kot. Reflection lampu surau ni… Apapun alhamdulillah, haza min fadhli rabbi…1”.  

Tatkala itu, dia campak jauh-jauh jarum syaitan yang cuba menyuntik rasa riak dan bangga diri. Ukhti tadi terus berlalu. Aisyah mula beristighfar dan berta’auz sebelum membaca Alquran.  

1 Haza min fadhli rabbi : Ini daripada kurniaan Tuhanku.

2 thoughts on “Langkah 022 : Cantiknya Dirimu 2

  1. nama dia pn nabila~ hehe..

    “haza min fadhli rabbi”, tringat tazkirah kak sharifah amina time zohor kt AA..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s