Langkah 023 : As-Sabr itu SABAR

“Dan untuk Rabbmu hendaklah kamu bersabar” (QS Al Muddatsir: 7)

Ya, sabar itu indah, kekuatan dan perlu. Tetapi tiba-tiba . . . kelas diam.

‘Dush-dash!’

“Eh. Kenapa tidak lawan balik?”, tanya musuh.

“Dia sabar tu…”, perli kawan kepada musuh mempermainkan mangsa sambil bergelak tawa.

‘Dush-dash-dush!’

Mangsa masih diam. Pulang dengan mata yang lebam. Bila ditanya, dilapik-lapikkan jawapannya. Dia pendam. Diam dan terus diam. Hatinya cuba untuk tidak berdendam.

Esoknya, dia diugut lagi. Duit di dalam poket kosong.

“Apalagi? JOM!!”, kata kepala pembuli.

‘Dush-dash!’

Imam ghazali berkata, “Sabar itu tiga kali. Kali keempat bukan dinamakan sabar, tetapi pengecut”.

Itu yang berlaku kepada segelintir anak-anak masa kini. Sabar dikatakan dengan tidak berbuat apa-apa.

2 thoughts on “Langkah 023 : As-Sabr itu SABAR

  1. Teringat pula drama-drama stereotaip di televisyen. Watak protagonis dikatakan banyak bersabar sehingga si suami menjadi dayus, rakan merelakan diri diracuni, sahabat membiarkan diri difitnah-fitnah, sedangkan kudrat yang mereka ada hanyalah menangis, menangis dan menangis. Seolah-olah orang baik itu lemah dan merelakan diri mereka berada di tahap yang sangat lemah dengan bertopengkan sabar.

    Aduh.

    Petang tadi saya sempat singgah perpustakaan dan saya terjumpa kata-kata ini, “Apa yang perlu untuk kemenangan kejahatan adalah hanya untuk orang-orang baik yang tidak melakukan apa-apa”. Kalau kecil sudah jadi begini, besar nanti apalah nasib bangsa Melayu~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s