Langkah 024 : Pendakian Penuh Makna

Bismillah.

“Tahukah kamu apakah jalan mendaki yang lebih sukar itu?” (Al-Balad : 12)

Rujuk komentar Thaaqhib.

DI KAKI GUNUNG

Analogi 1 :

Sampai sahaja di kaki gunung, pendaki memejamkan mata. Bunyi bulu-bulu pada sayap burung dan dedaun di hutan bergeseran. Pendaki berzikir. Anak sungai mengalir jernih menuruni gunung. Pendaki berjalan melawan arus, menuju puncak. Batu-batu besar yang tersusun, lutong-lutong yang bergayut, koloni semut yang merentas semuanya menjadi perhatian seorang manusia bernama pendaki. Pendaki terlalu kagum. Mungkin, di puncak nanti, lebih indah lukisan alam yang dapat pendaki tontoni.

“Subhanallah! Di kaki gunung sudah nampak kehebatan-Nya, apatah lagi di puncak nanti”, bisik hati seorang pendaki.

Mungkin, bila lihat lebih banyak kebesaran Allah, lebih banyaklah peluang untuk pendaki bertafakkur nanti. Maka, dia pun meneruskan pendakiannya.

PUNCAK YANG TIADA PENGHUJUNG

Analogi 2 :

Sampai di puncak, memang benar. Subhanallah! Maha suci Allah! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah! Allahu akbar! Allah maha besar!

Pendaki itu terus bersujud syukur.

Tidak lama selepas menikmati keindahan alam, dia kemudian tersedar bahawa rupa-rupanya gunung yang telah didakinya itu ialah sebuah banjaran yang sungguh panjang. Lebih memeranjatkan, terdapat gunung-gunung lain yang terpacak lebih tinggi berbanding puncak yang telah dijelajahinya.

Maka, dia pun terus bersiap sedia untuk mendaki gunung yang lebih tinggi. Apabila sampai di puncak gunung yang lebih tinggi itu, dia bertasbih dan bertahmid lagi. Dirinya terasa amat kerdil sekali. Kemudian, dia mendaki pula gunung yang lebih tinggi daripada gunung itu. Seperti yang dia lakukan sebelum ini, dia akan sentiasa kembali berzikir sebelum perjalanan, sepanjang pendakian, dan ketika di puncak nanti. Pendakian berulang lagi dan dia  meneruskan pendakiannya sampailah ke akhir hayatnya…

PENDAKIAN PENUH MAKNA

Begitulah analogi-analogi yang ingin saya maksudkan dalam tema “di kaki gunung” dan “pendakian penuh makna” blog ini.

Dalam setiap pendakian, semoga segalanya dapat dikembalikan kehebatannya kepada Al-Khalik. Moga dalam setiap langkah kita, kita sentiasa bertafakkur.

MENDAKILAH TEPAT PADA PERKARA, TEMPAT DAN MASANYA

“Jom! Petang ni aku nak kumpul lagi ramai orang. Kau join la. Dengar je. Best. Boleh buat duit lagi. Kau datang tau. Dekat perpustakaan lepas kelas Matematik. Rugi kalau tak datang”, kata Siti kepada Shila.

Siti mengajak rakan-rakannya untuk bersama-sama terlibat dalam urusan perniagaan. Pelaburan mereka ialah dalam sekitar RM600 untuk seorang. Dengan mencari ahli baru dalam perniagaan itu, mereka boleh mendapat semula jumlah keuntungan berlipat kali ganda.

Sejak terlibat dengan perniagaan ini, Shila berubah menjadi seorang yang pemalas. Ya, pemalas dari segi pembelajaran dan terasa ingin mendaki gunung perniagaan pula. Pendapatannya dalam sebulan sudah mencecah RM1,200.00. Dia ingin cepat-cepat jadi kaya. Bila sudah jadi kaya, dia tidak berminat lagi untuk meneruskan pembelajarannya. Walaupun sudah kaya raya, ibu bapa Siti tidak suka dan tidak redha dengan hasil kerjanya.

Kesannya, dia gagal dalam mendaki gunung yang sebenar!

Bezakan antara mendaki gunung kelalaian dengan mendaki gunung yang sebenar. Gunung kelalaian ialah ibarat persatuan-persatuan yang menghantui mata-mata para pelajar. Memang berpersatuan itu bagus, namun terlalu aktif dalam persatuan pula ialah suatu yang melalaikan sehingga kita lupa akan hadaf sebenar kita dalam menuntut ilmu.

Malangnya, masih ramai pelajar universiti yang tidak fokus. Daripada terlalai dengan cinta monyet, internet, drama, movie, game sampailah kepada menguasai ilmu lain secara kritikal. Soalnya, bukan kerana lalai atau leka dengan perkara yang berfaedah atau tidak, namun, gunung yang terletak di hadapan itulah yang masih belum didaki-daki.

Contoh lain ialah saya berangan ingin menjadi seorang penulis. Hari-hari saya minat membaca dan menulis. Saya membaca dan menulis tanpa henti sampaikan seolah-olah hobi saya sudah menjadi ‘duty’. Pada satu tahap nanti, kerja saya yang lain akan terbengkalai dan kemudiannya saya terkandas dalam pelajaran. Nauzubillah.

Oleh yang demikian, sebagai seorang pendaki yang mendaki pelbagai jenis gunung, bersiap sedialah merancang. Fikir dahulu sebelum mendaki, adakah perlu saya berbuat begini? Andai tersilap, tidak perlu sibuk-sibuk nak mengundur diri, tapi cepat-cepatlah mencari gunung yang sebenar dan teruskanlah pendakian hingga ke puncaknya! Bermakna, tidak perlu berputus asa bersedih-sedih menyesal tentang kesilapan kita, tetapi, berusaha untuk meneruskan perjuangan sebenar.

Saya teringat pula komentar mentor saya di entri Pendakian Penuh Makna sebelum Langkah 001, katanya, “Pastikan tidak tersilap gunung, tidak tersilap alatan.”

Selamat mendaki dengan pendakian penuh makna. Sama-sama merancang untuk mendaki tepat pada perkara, tempat dan masanya. Wallahua’lam.

2 thoughts on “Langkah 024 : Pendakian Penuh Makna

  1. asssalammualaikum..
    setiap kita ada pendekatan tersendiri. pelbagai analogi digunapakai. namun matlamatnya tetap sama. semoga terus suksess..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s