Langkah 025 : Kanta Sentuh OK ke KO?

Bismillah.

Ustaz yang sedang sibuk mengajar tiba-tiba terdiam dan memandang sesuatu. Semua murid tercari-cari apakah puncanya. Ustaz mendekati seorang anak murid perempuannya lalu bertanya, “Awak ni robot ke manusia?”

Perempuan tadi terpaku. “Errkk. Kenapa ustaz?”

Ustaz jawab, “Mata awak tu hijau kuning-kuning kelabu macam mata robot la”.

Seloroh. Semua gelak.

~

Saya pemerhati yang kekadang cepat melatah. Untuk tidak ragu-ragu, jadi saya telah menanyakan tentang hukum pemakaian kanta sentuh bewarna-warni kepada Akhi Mujahid di dalam blog Teratak Mujahid pada tempoh hari. Kebetulan pula blognya sedang membincangkan tentang Rambut Palsu Hanya Penutup Yang Asli?

Soalan saya lebih kurang bunyinya begini; Apa hukum memakai kanta sentuh? Melihat wanita-wanita kini yang mengenakan mata berwarna biru hijau dan ungu sering mendatangkan rasa tidak selesa. Bolehkah kita qiaskan dengan hukum rambut palsu ini?

Ha… Nah. Saya kongsikan dengan anda komen beliau.

Ada dua jenis kanta sentuh ini:

1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan atau menggantikan cermin mata bagi yang rabun. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini syaratnya tidak memudahratkan dengan mendapat nasihat dari pakar.

2) Kanta sentuh berwarna :

terdapat kakhilafan(perbezaan) ulama’ pada hukumnya;

ada ulama’ yang tidak mengharamkannya dengan berhujjah bahawa ia :

memakai kanta sentuh berwarna ini adalah tidak haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya ini bermaksud tidak mengubah ciptaan Allah. Tetapi dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

ada juga ulama’ yang mengharamkan memakai kanta sentuh berwarna ini & saya berpendapat ini pendapat yang lebih rajih(kuat) dan patut diamalkan.

Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias).

Firman Allah s.a.w. yang bermaksud:

“Janganlah menampakkan perhiasan” surah an-Nur, ayat 31

pengertian ‘perhiasan’ ini bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita tu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki ajnabi, maka perbuatan ini juga dinamakan TABRRUJ.

walaupun terdapat ulama’ yang tidak mengharamkannya kerana tidak termasuk dalam perkara mengubah ciptaan Allah,

tetapi ia diharamkan kerana ia termasuk dalam perhiasan yang diharamkan Allah kerana untuk menarik perhatian orang lain & berlaku fitnah.

Jika dia memakainya untuk suami atau mahram, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

Wallahu a’lam bisshowab..

Terima kasih kerana membaca. Moga kita sama-sama ambil iktibar. Renung-renungkan dan jauh-jauhkan. Wassalam.

2 thoughts on “Langkah 025 : Kanta Sentuh OK ke KO?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s