Langkah 026 : Cantiknya Dirimu 3

Bismillah.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah maha melihat apa yang kamu perbuat. (Al-baqarah : 265)

Pada Langkah 004, saya telah menulis tentang syukur. Ya, Allah telah, sedang dan akan beri kita banyak nikmat yang tidak terkira… Dan saya benar-benar percaya kepada apa yang telah dituliskan di dalam Al-Quran. Tapi ada satu perkara tentang nikmat yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Mungkin tidak kerap, tetapi masih ada. Nah. Sila baca situasi 3.

SITUASI 3

Ana ditakdirkan hidup kaya raya. Namun begitu, adakalanya dia berasa rendah diri apabila orang mula menyakat-nyakat kekayaannya. Heh. Kes mudah. Takpa, mari kita selami topik ini~

Respon :

Kepada Ana, jangan bersedih, malah berasa segan atau rendah diri kerana kekayaan. Tidak salah memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, telefon bimbit yang canggih atau kasut yang gilap. Itu semua kurniaan Allah untuk kamu gunakan sebaiknya. Memiliki kemewahan itu bukanlah suatu yang salah. Saya ingin berkongsi sepotong ayat dari hadis yang pernah saya talaqi, “Allah itu cantik dan Dia suka akan kecantikan”.

Bahkan apabila kita  mengenakan penampilan diri dengan sesuatu yang kemas, cantik dan bernilai tinggi itu sepatutnya membantu meningkatkan motivasi dalaman bukan sebaliknya. Dah. Usah berasa malu lagi.

“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)” – Adh-Dhuha ayat 11

– – – – – – – –

Surah Adh-Dhuha ayat 11 tadi memang jelas. Perlakuan menyorokkan wang, menampilkan diri sebagai seorang yang miskin sedangkan tanah dan harta bersepah adalah tidak disarankan di dalam Islam.

Mari kita renungi kisah bapa Abu Ahwash.

“Dengan berpakaian buruk, aku menemui Nabi Muhammad,” kata bapa Abu Ahwash.

“Apakah kamu mempunyai kekayaan?” tanya Nabi.

“Ya!”

“Seperti apa?” tanya baginda lagi.

“Macam-macam seperti unta, hamba, haiwan ternakan dan kuda”, jawab ayah Abu Ahwash.

Kemudian Rasulullah berkata kepada beliau, “Apabila Tuhan memberi kamu harta, tunjukkanlah pengaruhnya pada diri kamu!” – riwayat Nasa’i.

Pun begitu, masih ada. MASIH ADA segelintir manusia yang tidak mahu menggunakan wang mereka. Simpan, simpan dan terus simpan sehinggalah harta mereka itu hilang akibat ditipu dan sebagainya. Uh, sungguh malang~

Bayangkan anda ada sebuah rumah besar dan mewah. Itu harta. Anda biarkan rumah itu tanpa penghuni. Lama kelamaan rumah itu akan bersawang, cat mula tertanggal, rumah sudah ‘berhantu’ dan yang berlaku hanyalah pembaziran.

Hm, ada kemudahan, sila gunakan. Janganlah perapkan.

Sepatutnya nikmat itu digunakan dan disyukuri. Seperti pesan rakan-rakan saya ketika mereka menyakat, “Azah, jangan tolak rezeki. Tak baik… “.

UCAPKAN SYUKURMU DENGAN MENGGUNAKANNYA UNTUK KEBAIKAN

Tulisan Hasan Al-Basri turut menegaskan sekiranya kita menunjukkan nikmat Tuhan yang melekat pada diri kita, bermakna kita sedang mengungkapkan rasa syukur. Sebaliknya jika kita sembunyikan nikmat Tuhan yang melekat pada diri kita itu, bermakna kita tergolong dalam golongan orang yang ingkar. Nauzubillah.

PENUTUP

Hampir setiap bulan saya sering diingatkan dengan ayat ini, 

 “La’in syakartum la azidannakum, wa la’in kafartum inna … ??” [7:14]

Silalah sambung, cari dan renungkan maksudnya. Wallahua’lam bissowab.

7 thoughts on “Langkah 026 : Cantiknya Dirimu 3

  1. oh, begitu.. nak tanya, apakah situasi ini sama dgn muawiyah abi sufian yang menunjukkan kekayaannya ketika pemerintahan khalifah usman affan?

    • Wallahua’lam. Soalan kontroversi. Maaf, akak tak mampu menjawabnya. Tapi adalah lebih baik kita berhusnu dzon saja =)

      Teringat pesan Dr HM Tuah, “Motivasi boleh dibangkitkan dengan apa saja yang kita kenakan pada badan kita”.

      Rasulullah juga pernah menyarankan para mujahidin yang berjihad di medan perang mewarnakan rambut dengan warna hitam. Agar diri tampak lebih muda dan bersemangat walaupun usia telah lanjut. Pihak lawan pun akan terkejut.

      Itulah konsepnya, timbulkan keyakinan diri kita dengan terus menggunakan nikmat yang diberi sambil bersyukur. Kata lainnya ialah jenamakan diri. Bukan bermewah untuk tinggikan hidung. Kalau sombong, bukan lagi keyakinan diri, tapi tak sedar diri…🙂

      • oh,ok.. so, kita kena gunakan sesuatu yang ada pada badan kita sebagai motivasi tp bukankah ia trlalu brisiko? sbb takut lama2 perasaan trsebut akan brtukar mnjadi riak.. bagaimana utk mencegah prasaan riak trsebut?

      • Mesej dari seorang rakan DQ, “Jangan bangga dengan pakaianmu kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan~ Jangan bangga dengan mobil dan motor, kerana kenderaan kita yang terakhir adalah keranda~ Jangan bangga dengan rumah dan istanamu kerana tempat peristirehatanmu yang terakhir adalah kubur~ Jangan bangga dengan kecantikan dan ketampananmu kerana akhirnya kita hanya jadi santapan cacing tanah~”
        Saya hargai soalan dan cuba menjawab setiap soalan sebaiknya. Namun saya juga manusia yang turut berada di ‘medan perang’ itu setiap hari. Hanya beristighfar dan buang jauh-jauh. Dari teks ini, pengajaran jelas ialah sentiasa ingat mati dan ingat asal usul diri. Hamba itu statusnya bagaimana? Wallahua’lam.

  2. Orang kaya mesti tak segan nak menderma. begitu juga orang miskin..perlu juga berlumba2 utk menderma. Allah suka orang miskin yang tak rendah diri dengan kemiskinan – ops..ini tajuk lain

    utk tajuk of 024. setuju! cuma..sedikit sentuhan professional dalam penulisan. kalau nak tulis ayat quran dalam bahasa selain arab.. gunakan teknik yg betul. kalau x mahir..gunakan saja bahasa arab, atau terjemahan.

    • Ya Allah. Punya lama ana fikir apa kekurangan ayat Al-Quran ni… Baru perasan. “Waiz ta’azzana rabbukum lain syakartum la azidannakum. Walain kafartum inna azabi lasyadid”. Bahagian depan tu terpotong~ Ok syukran.

  3. oh.. begitu. syukran di atas perkongsian yg akak berikan..secara tak langsung menambahkn sedikit sebanyak pemahaman saya akan hal ni..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s