Langkah 027 : Segan Membaca Al-Quran?

Bismillahirrahmanirrahim.

“Bacalah Al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa ‘at bagi pembacanya. “ (HR. Muslim dari Abu Umamah)

Anak-anak muridku semua berkumpul duduk di atas lantai membentuk bulatan. Kemudian seorang demi seorang membacakan ayat Al-Quran secara tilawah manakala aku tasmi’ dan membetulkan bacaan mereka. Rakan-rakan mereka yang lain turut membetulkan kesalahan bacaan rakan mereka jika aku terlepas dengar. Ya, aku latih mereka agar sentiasa komited dan menegur atau mereka akan menanggungnya di akhirat kelak.

Aku pesan pada mereka, baca jangan terkocoh-kocoh seperti mengejar bas. Baca dengan penghayatan. Baca kuat-kuat dan nyaring. Biar tartil dan bertajwid. Mereka mendengar dengan penuh semangat. Aku turut menceritakan beberapa sirah dan memberi tazkirah berpandukan Al-Quran dan hadith agar mereka tidak membaca hanya sekadar untuk melengkapkan prosedur yang digariskan untuk kelas tilawah. Ternyata, mereka sentiasa bersemangat datang ke kelas tilawah dan hafazan.

Dalam ramai-ramai murid yang saya ajar untuk kelas tilawah, hanya ada seorang dua sahaja yang masih tergagap-gagap membaca Al-Quran. Yang lain laju malah ada yang pandai bertaranum. Apabila kami berkumpul sebegini, rutinnya, sentiasa orang yang samalah yang gagap, orang samalah yang suaranya merdu, orang yang samalah membaca laju. Oleh itu, segelintir mereka yang sudah ‘hebat’ membaca Al-Quran malah sudah jauh hafalannya cepat bosan.

Jadi kami banyak mempraktikkan hukum tajwid yang pernah dipelajari dan menjadikan diri lebih berdisiplin dalam menyebut setiap makhraj huruf dengan betul. Yang laju mula berhati-hati. Kami turut adakan kuiz. Setiap hukum tajwid kami ulangkaji dan sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain sehinggakan apabila masuk ke dewan peperiksaan nanti, tidak perlu lagi buat revisi. Semua sudah lekat di dalam kepala. (Idea Cikgu Zaimah)

MALU MEMBACA, SESAT TAJWIDNYA, MAKIN GAGAPLAH JAWAPNYA

Saya nasihatkan buat mereka yang tersangkut-sangkut membaca agar berani. Jangan takut melakukan kesalahan kerana takut ditegur.

Saya sungguh kagum dengan salah seorang anak murid saya yang membaca Al-Quran dengan nyaring dan berusaha mengeja satu per satu ayat walaupun dia memakan masa yang panjang untuk membaca satu muka surat. Tiada masalah di sini. Rakannya yang lain juga tidak bosan malah semakin berusaha untuk menjadikan dia lebih fasih membaca Al-Quran. Kerana dia bersemangat.

Saya berinya tugasan membaca Al-Quran beberapa muka surat dalam sehari sambil ditasmi’ oleh mana-mana rakan yang dia suka. Ternyata, ada peningkatan. Dia suka. Saya pernah bertanya andai dia malu atau tidak, tapi katanya dia memang tidak malu malah bersemangat setelah mendengar hadith dari Aisyah radhiallahu ‘anhu, katanya: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang membaca Al-Qur’an dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala. “ (Hadith Muttafaq ‘Alaih).
*Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.

Oleh itu, saya rasa tidak ada masalah untuk mereka yang gagap membaca Al-Quran. Nyaringkan dan kuatkanlah. Andai kata di sekeliling kita ada pelajar tahfiz, mereka boleh perbetulkan bacaan yang salah. Seeloknya bertadaruslah sesama rakan. Minta rakan anda yang fasih menyemakkan bacaan anda. Natijahnya, ukhuwwah rapat, bacaan makin tartil. Lebih manfaatnya~

Teringat kenangan lalu pada bulan Ramadhan. Sekolah menetapkan setiap hari perlu diluangkan masa selama satu jam untuk semua murid bertadarus di dalam kumpulan kecil yang ditetapkan. Tidak kira umur lebih tua atau jauh lebih muda, kami diajar untuk tidak malu menegur bacaan dan membimbing antara satu sama lain.

Indahnya! (Rindu sekolah😦 )

Firman Allah :
“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an … “(Al-Baqarah: 185)

4 thoughts on “Langkah 027 : Segan Membaca Al-Quran?

  1. haha teringat pulak waktu jd fasi kem pemantapan hafazan. Muka berkerut-kerut cuba nk mghafal ayat2 hafalan. motivasinya adalah stiap kali hafalan mereka mdapat satu hadiah….. hahaha mmg mcm2 ragam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s