Langkah 028 : Pelbagai Bahasa

Bismillah.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)

Satu keajaiban yang telah Allah jadikan di muka bumi ini ialah berbagai keturunan manusia yang membentuk beratus-ratus jenis bangsa dan berjuta-juta jenis budaya. Kepelbagaian ini menjadikan kita tertarik untuk mengenali antara satu sama lain.

Ketika menjadi fasilitator untuk 3 buah program di Kem Rebutia Gombak baru-baru ini, saya berminat untuk mengenali sebuah sekolah yang keseluruhannya ialah pelajar berbangsa Cina. Antara sebabnya ialah saya sangat kagum dengan guru-guru dan rakan-rakan bangsa Cina saya sewaktu kelas Mental Arithmetics kira-kira 12 tahun yang lalu. Bangsa Cina sangat berdisiplin. Saya suka.

Namun begitu, ketika sedang menghidang makanan untuk mereka, saya jadi sangat marah. Ada satu perkataan Mandarin iaitu perkataan menghina yang saya terdengar dari mulut mereka. Saya faham apa yang mereka perkatakan. Heh, biasalah budak-budak sekolah yang nakal. Cukup saya berikan satu tenungan tajam, terdiam sudah mereka.

Apa yang ingin saya perkatakan ialah tidak ada seorang pun di antara fasi-fasi yang bersama saya ketika itu sedar akan situasi yang berlaku. Hal ini kerana kita memahami bahasa mereka.

Itu baru dihina, belum ditipu.

Alangkah baiknya jika dalam mesyuarat nanti, kita tidak meminta mereka bertutur dalam bahasa kita ketika mereka berbincang dan berbisik-bisik sesama mereka. Kan lebih canggih jika kita sendiri yang tahu dan memerhati -Nurazah.

KAGUM

Ketahuilah manusia yang dapat bertutur lebih daripada enam jenis bahasa dikenali sebagai ‘hyperpolyglot’. Berapa ramaikah di antara kita dalam kalangan itu?

Manusia bernama Mezzofanti berjaya mencipta rekod dunia kerana telah mendalami 72 jenis bahasa. 39 daripadanya adalah bahasa yang fasih untuk beliau tuturkan.

Antara nabi yang diberi kelebihan dari segi penguasaan bahasa ialah Nabi Sulaiman AS kerana Allah telah mengurniakan beliau pemahaman terhadap bahasa haiwan seperti yang disebut di dalam Al-Quran,

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: ‘Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.'” (QS. an-Naml: 16)

Rasulullah SAW pula boleh mendengar dan berdialog dengan alam seperti batu, pokok malah tongkatnya sendiri.

Subhanallah! Begitulah kebesaran-Nya…

Saya tertarik dengan kisah seorang senior saya yang fasih berbahasa Mandarin, sedangkan keluarga mereka langsung tidak mempunyai pertalian darah dengan bangsa Cina. Saya mengambil kesempatan untuk mendekati keluarganya dan saya dapati mereka sebenarnya belajar sendiri bermula daripada ‘tidak tahu apa-apa’ sehinggalah mampu mengaplikasikan bahasa Mandarin dalam dialog seharian mereka.

Yang menariknya, keluarga mereka amat mementingkan disiplin bahasa. Mereka turut mempelajari beberapa frasa dan perkataan-perkataan penting dalam bahasa-bahasa lain. Saya berasa amat kagum lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu beliau telah menghafal satu per satu perkataan Bahasa Arab dalam kamus yang tebal dan memperoleh CGPA 4.0 dalam bidang Usuluddin!

FAKTOR YANG MEMUDAHKAN PENGUASAAN BAHASA

Tentulah persekitaran. Jika hanya bergantung kepada kamus dan hafal satu-satu, saya rasa, kita mengalami sedikit kesukaran dalam pengaplikasiannya. Belajar bahasa tidak seperti belajar Matematik, Geografi atau subjek-subjek seangkatan dengannya.

Selama dua minggu SMI Al-Amin Gombak menjalankan program penukaran pelajar, saya rasa bertuah kerana telah melalui pengalaman manis belajar di sebuah sekolah, bawah kedutaan Arab Saudi di Ampang .

Sejak hari pertama sampailah tamat program, saya belajar semua subjek akademik seperti Matematik, Sains dan Geografi dalam bahasa Arab. Bukan saja equation dalam nombor Arab, bahkan, matapelajaran bahasa Inggeris yang kami pelajari juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab!

Selama dua minggu saya telah hidup dalam suasana tiada orang Melayu dan bahasa Melayu. Seperti terdesak sahaja, nak bergurau pun perlu menggunakan bahasa Arab. Perkara yang mencabar ialah menguasai kemahiran mendengar dan bercakap. Sudahlah laju, berloghat dan pelik saja bunyi soalannya. Saya pula terketar-ketar nak menjawab soalan-soalan mereka kerana saya merasakan kosa kata saya sangatlah lemah. Tidak dapat dinafikan, untuk bersosial sesama mereka amat mencabar kerana rata-rata, mereka datang dari pelbagai negara seperti Afghanistan, Lubnan, Palestin, Iraq, Syria dan pelbagai lagi negara Arab. Jadi, bahasa Arab yang mereka gunakan dalam dialog seharian sangatlah lain daripada apa yang telah saya pelajari.

Apapun, prinsip sebagai seorang pelajar yang mahu belajar, tidak perlu malu untuk membuat kesilapan lah. Saya hentam taram saja dari ‘hamam’ menjadi ‘laham’. Hehe. Manis-manis. Dalam sehari dua sahaja, saya berjaya menyesuaikan diri. Ya, kita perlu berani mencuba.

Ketika saya menulis di papan hitam, barulah saya tahu saya salah eja nama saya selama ini. FAT-HIRAH yang dieja dengan huruf tha’ diikuti dgn ha’ simpul itu maksudnya roti canai. Habis pecah perut mereka sekelas gelakkan saya.

Kami turut ‘melancong’ sambil belajar di Petrosains secara percuma dan sempat melihat aksi orang Arab bergaduh. Boleh tahan hebat.

Saya teringat pula pada kakak-kakak UIA Gombak dari Sudan dan pelbagai negara lagi. Saya pernah berborak dengan mereka menggunakan bahasa Arab skema semasa beriktikaf di masjid UIA tahun-tahun yang lalu. Mulalah otak saya aktif untuk menyusun kata-kata. Sangat melucukan.

Lama-lama jika diasah kemahiran ini, lancarlah insya Allah.

Kajian dari pakar Neurolinguistik Loraine Obler dari City University of New York mendapati CJ yang lambat membaca dan mempunyai IQ rendah seperti murid-murid tahap biasa di sekolah boleh bertutur dalam lima bahasa dan berjaya skor tinggi dalam Modern Language Aptitude Test.

Apatah lagi bagi mereka yang bijak pandai, kita sebenarnya mampu. Sehingga kini masih banyak lagi kajian yang sedang dilakukan tentang kemampuan bertutur dalam pelbagai bahasa. Selain faktor persekitaran, mereka turut membahaskan tentang faktor keturunan dan tahap memori bahasa yang kuat.

Mengenang saat-saat bayi mula pandai menyebut “mi” , “bah”, “yah”, “ma” membuktikan kebesaran Allah. Subhanallah. Daripada tidak tahu apa-apa, kita tahu banyak perkara. Itulah pendakian penuh makna.

Wallahua’lam. Menulis di UIA PJ sebelum pulang ke rumah. Salam ramadhan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri… ^_^

6 thoughts on “Langkah 028 : Pelbagai Bahasa

  1. Bagaimanapun Bahasa Arab tetap bahasa yg terkaya dan terbaik. Juga merupakan bahasa yg paling sukar, tetapi seronok dipelajari.

    Azam pernah juga sekolah di kawasan duta2 arab di Ampang tu selama 4 bulan. Apa nama sekolah yg akak masuk tu?

    Ada lagi satu ayat yg sesuai dikongsikan:

    ” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. ” (Ar-Rum:22)

  2. huhu. Bukan satu sekolah, tapi memang dekat dengan sekolah ana. Mula2 memang nak masuk situ tapi tak jadi. Nama sekolah ana Madrasah Al-Iraqiyah. Dekat je duta Saudi dgn Iraq.. at least sekolah berjiran,

  3. Org yg baru belajar BM akan ckp BM dgn baku dn kita yg dah biasa dgn bahasa pasar akan rasa janggal.

    Mcm tu lah bila ckp BA dgn org arab. Tapi, tebalkn saja muka.
    bagi saya yang ‘belum’ mahir lagi ni.

    “You talk in formal sentences, we do not talk like that”
    “Because I learned it in formal :)”

  4. Pingback: Hyperpolyglot | Kembara Bersama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s