Langkah 029 : Tersilap Langkah

“Tiap-tiap anak Adam itu berbuat banyak kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan itu, ialah orang-orang yang banyak bertaubat”. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Selalunya hidup penuh dengan konflik. Kita jadi mudah untuk dekat dengan Dia.

Tapi sejak masuk pusat asasi, hidup indah sakan. Guru dan rakan majoriti sama fikrah dan sangat memahami. Kami bergurau senda setiap hari. Jika ada sedikit konflik, kami masih dapat tangani dan mencari solusi. Diri mula rasa selesa untuk bersantai, sambil jiwa semakin membara, mahu bermujahadah dalam menuntut ilmu.

Sebenarnya, apabila sudah bersantai, jiwa makin hanyut dalam diam. Aku diuji dengan kesenangan.

Tiba-tiba sahaja hati terasa rindu, ingin dekat dengan Dia. Kita mula tercari-cari perkara yang perlu ditangisi. Tapi tidak berjaya.

Sampai satu tahap… hati tidak tenang. Di dalam jiwa ada rasa satu kekosongan yang perlu segera diisi. Tiada orang yang dapat menipu pada diri sendiri. Jiwa tidak tenang, tandanya kita semakin jauh dari rahmatNya.

‘Alahai, bila mahu datang konflik dalam hidup ini?’

Aku mahu berkongsi pada kalian, ketika merasai saat ini, aku mula panik. Aku terus berdoa agar Allah beri aku sedikit ujian. Untuk aku ambil hikmah dan pengajaran. Aku benar-benar rasa perlu diajar. Sombong dan ego perlu dilenturkan.

Alhamdulillah. Allah beri aku satu ujian. Aku mahu berkongsi juga pada kalian. Ujian ini berbentuk kecuaian. Aku terbuat silap pada perkara yang telah aku tahu ia memang satu kesalahan. Sebaik sahaja aku lakukan, aku terus berfikir dengan nada penyesalan. Kemudian, tidak lama kemudian, aku terasa juga ingin melakukan perkara yang salah lagi, dan memang aku telah melakukannya dengan selamba sahaja.

Entah bagaimana hati aku telah ditutup seketika sehingga menjadi keliru untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Sampai satu masa aku telah ditegur dengan nada sinis tapi alhamdulillah tidak dimalukan.

Terketuk juga pintu hati akhirnya. Aku bersyukur dan gembira. Allah beri aku satu ujian kecil sebegini sebagai peringatan.

Benar, iman itu naik dan turun.

Kadang-kadang kita terbuat silap pada perkara yang kita memang dah tahu itu silap,
Fikir punya fikir kenapa la kita buat silap itu, rasa macam hendak hantuk kepala.
Tetapi fikir punya fikir panjang sikit,
Allah rupanya hendak mengajar kita sesuatu yang amat bermakna. –Hilal Asyraf

Status Facebook beliau menyebabkan aku ingin menulis tentang ini. Maka, inilah monolog hatiku yang inginku kongsikan.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa di antara kita. Kekadang, kita tidak pernah terfikir pun untuk menyakiti orang, tetapi kita telah menyakitkan. Kita terbuat suatu kesilapan bodoh. Terasa macam mahu lempang-lempang saja muka kita sehingga membuatkan kita termenung lama memikirkannya.

Hati. Milik Dia. Taufiq dan hidayah, milik-Nya. Air mata keinsafan, milik Dia juga. Jadi, selalu berdoa, “Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana ‘ala dinik wa to’atik”.

Konflik dalam kehidupan…

Begitu juga mungkin perasaan Ka’ab yang telah dipulau oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat selama 50 hari. Beliau yang sebenarnya soleh dan banyak berjihad dalam semua peperangan tiba-tiba tersilap membuat keputusan dengan tidak menyahut seruan jihad dalam perang Tabuk. Sekali terlalai, habis satu kesilapan besar telah dilakukannya. Mungkin, di situ ada hikmahnya.

Kita perlu sentiasa berwaspada dan istiqomah, agar kita tidak mudah jatuh dan hanyut dalam kelalaian. Nauzubillah.

Apabila rujuk hadith di atas, hati terubat sedikit.

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

5 thoughts on “Langkah 029 : Tersilap Langkah

  1. good entry azah^^~~
    ujian mmg blh buat kta lg dekat dgn DIA.. cuma kita mahu @ tak mahu. ramai yg terima ujian tp mengalah separuh jln..dn rugi sbb sbnarnye itulah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangnya, dn mereka tak nampak itu~^^

    indeed jgn takut berkawan dgn yg tidak sefikrah. mrk pun salah cara utk ke lorong ujian itu~~

  2. Betul tu kak suri rumah ^^,)v

    Teringat satu doa yang sering dibaca oleh Ustaz Hasanuddin, “Ya Allah, janganlah Engkau timpakan ke atas kami ujian yang tak dapat kami tanggung. Dan apabila engkau menguji kami, jadikanlah kami umat yang paling bersabar. Dan juga apabila Engkau beri nikmat ke atas kami, jadikanlah kami umat yang paling bersyukur”

  3. heh..kak suri eh^^
    statemnt ana tibe2 nampak mcm berat sblh~~

    sbnarnye nak ckp~~azah, dlm apapun keadaan, kite akan SENTIASA diuji~~jgnlaa sampai berdoa “bila nak dtg konflik”~~ sbnarnye mmg Allah dah bg konflik~~

    ujian dlm kesenangan spttnye lg hebat.. sbb sukar nak lihat hitam putihnya~~nah!! itu ujian utk azah sbb klu azah dh ade dlm kelompok yg nyata maksiatnyaa..mgkn mcm kacang je azah blh tepis~~^^

    istiqamahlah setiap waktu~~
    pergh~~~sorilaa merepek merapu di sini panjang2~~.^_____^.

  4. Ha! Baru masuk topik! Itu yang Azah cuba sampaikan… Kita tak boleh anggap ujian datang bila ada masalah sahaja. Kita kena ingat, Allah sentiasa menguji. Sebab itu perlu berwaspada sentiasa. TAQWA🙂 Juga kesimpulan tersirat di sebalik entri ini ialah jangan bersantai dan rasa selesa bila berada dalam bi’ah solehah.

    Nice comment, sister. Love you ^^,)v

  5. betul2.. sebab Allah kata kita diciptakan untuk beribadat kepadaNya.. tapi, memang beruntung orang yang berasa sentiasa resah gelisah dalam diri sebab itu menunjukkan dia masih lagi ‘concern’ dengan kedudukan dia di ‘mata’ Allah..kalau nak hidup kita penuh ibadat, kita kena ikut sunnah rasullullah.. (belilah buku syamail muhammad edaran telaga biru)..

    Nurazah : Insya-Allah dik… Syukran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s