Langkah 030 : Cantiknya Dirimu 4

Bismillah. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Video daripada MatLuthfi90 sangat menarik sekali. Beliau tampil menjelaskan tentang isu cantik melalui lakonan yang serba lelucon. Saya harap para pembaca dapat menonton video ini untuk mendapatkan gambaran bahawa kayu ukur bagi ‘cantik’ bukanlah semuanya subjektif.

Bila kita muhasabah kembali, kenapa ada hidung mancung tu kita kata cantik? Kenapa kurus tu cantik dan gemuk tu hodoh? Kenapa mata bulat lebih cantik sedangkan mata sepet tu kita katakan tak laku? Erm, semua ini penilaian manusia yang sebenarnya terkongkong dek pengaruh media dan tanggapan orang ramai yang borea. Kita tak boleh berpemikiran begini.

Sebab itu Mawi ada nyanyi Siapa Kata Gadis Melayu Tak Menawan.

Saya rasa terpanggil untuk membincangkan isu ini kerana saya tahu, sebilangan besar wanita pernah mengalami masalah ini;

takut andai diri kita HODOH.

. . .

Jangan gelak.

Mungkin ada yang sering melakukan aktiviti ini. Sedang lihat cermin, belek-belek muka lalu diri sendiri terus bertanya, sama ada sudah punya cukup cantik atau tidak.

Kalau jenis yang bersolek, bila tidak puas, mulalah bersolek-solek sampai rasa puas. Ketika bersolek, syaitan di tepi mengaburkan mata sambil menghasut. Akhirnya, jadilah solekan wajahnya seperti seorang pengantin padahal dia hanya ingin ke kelas.

Atau kalau jenis yang suka bertanya pula, bila tidak puas, mereka akan asyik bertanya kepada kawan-kawan mereka sama ada diri mereka cantik atau tidak. Sehingga naik bosan dengar soalan sama setiap hari. Hehe. Teringat pula kisah ahli sihir dalam cerita Puteri Salju atau Snow White yang asyik bertanya kepada cermin saktinya, “Siapakah wanita yang paling cantik di dunia ini?”

Yang dirisaukan wanita bukan setakat ngeri pada jerawat dan mata yang lebam, akan tetapi, sampai ke seluruh anggota badannya. Kurus atau gemuk dan kulit putih atau gelap menjadi persoalan utama. Itulah lumrah seorang wanita. Tapi sayang, andai seorang wanita itu masih belum sedar, kecantikan sebenar wanita itu datang dari dalam, terletak pada kemuliaan peribadinya.

Bukanlah hendak marah. Tetapi saya begitu simpati apabila lihat keadaan sesetengah golongan wanita sudah hilang keyakinan diri, malu, rasa takkan kawin dan terlalu merendah diri kerana mereka tidak cantik, tidak putih, kulit tak halus, tak gebu dan sebagainya. Astaghfirullah. Semua itu nikmat Allah. Kita harus bersyukur.

Ha. Mahu tahu apa hubungan antara wanita dengan cermin? Silalah baca pandangan rakan Mesir saya, Dr. Anisah Shamilah semasa kami bersembang melalui Yahoo Messenger lepas Subuh tadi.

Itukan lumrah wanita, sukakan kecantikan. Kalau diikutkan dalam bahasa arab, mir’ah (cermin) juga hampir sama dengan mar’ah (perempuan). Maka tidak mustahillah kawan baik wanita adalah cermin… Cumanya, alangkah rugi jika hanya jasad yang bakal kedut dan reput ini diambil berat dan diberi “layanan VVVVIP” sedangkan hati dan ruh di dalamnya dibiarkan hodoh tanpa solekan-solekan iman dan amal? Bukankah ruh itu yang menghidupkan seseorang? Apalah gunanya jasad tanpa ruh? Bagaikan ratu cantik yang telah mati. Secantik mana pun dia, dia tetap telah mati. Maka sebelum yang luar diperelokkan, cubalah solek-solek yang dalam… Bukankah lebih manis begitu?

Jadi hari ini, tidak mahu asyik terlintas pada persoalan yang sama. Lihat cermin dan baca…

“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah juga akhlakku.”

Cantik ke tak, gemuk ke kurus, hitam ke putih … kita letak tepi dulu. Ucap “alhamdulillah”, Allah telah ciptakan aku dengan sebaik-baik kejadian. Pesan rakan sebilikku, “Kejadian Allah, semuanya cantik”. Wallahua’lam.

– – – – – – –

Kamu wanita? Aku tahu, kamu sedang senyum. Dah. Dah. Cukup🙂

4 thoughts on “Langkah 030 : Cantiknya Dirimu 4

  1. salam.. teringat kata2 ustaz pahrol ‘kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat’..

  2. salam fatirah!🙂
    lama tak singgah kat cni…
    tapi kan, kagum la dengan kamu…
    entry2 kamu semuanya berguna dan bermanfaat…
    walaupun usia masih muda…🙂

    komen entry:
    memang pun, wanita dengan cantik tu macam isi dengan kuku… hehe… mesti nak dengar orang puji yang kite nie la paling cantik, tip top semua…
    hanya iman dan taqwa jadi perisai menangkis semua nie…

  3. Binalah keyakinan diri. Ramai wanita tidak yakin pada diri kerana MALU akan kehodohan pada paras rupa. Sebab itu boleh sampai ada kes perlukan suntikan botox, anorexia, takut untuk berkahwin, malah sanggup untuk mendedahkan aurat kerana takut lelaki tidak pandang dirinya.

    Akhowat dan para wanita sekalian, kita apa yang Allah ciptakan. Sempurna. Kita hiasan dunia yang cantik. Bersyukurlah.

    p/s: Jemput baca entri Cantiknya Dirimu versi 1, 2 dan 3 pula ^^

    Jazakumullah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s