Langkah 032 : Hidup Bosan, Bosan Hidup

Dia baring atas katil, pusing sana sini, tendang-tendang dinding dan berkata, “Haaaaah! Puas dah hidup”.

Lantaran itu, aku pun bertanya, “Aik? Nak minta mati sekarang kah?”.

“Haish. Mana ada!”, dia marah.

Kami gelak.

BOSAN. Ada tiga sebab bosan yang saya tahu. Satu, bosan sebab tidak tahu nak buat apa. Kedua, bosan disebabkan muak, terlalu stereotaip dan tiada perubahan. Ketiga, sebab malas.

Haila… Yang ketiga itu saya tak tahu nak buat apa. Itu masalah sikap.

KOMITMEN BERTIMBUN

Seorang suri rumah sepenuh masa terpaksa berhadapan dengan aktiviti harian yang sangat membosankan. Lepas cuci baju, kena sidai kain. Kemudian memasak, memberus lantai di belakang rumah, kemas ruang tamu, cuci jamban dan macam-macam lagi.

Begitu jugalah nasib mereka yang sudah bekerja mahupun sedang belajar. Demi menggapai cita-cita dalam kehidupan, mereka terpaksa memberi komitmen terhadap kerjaya masing-masing. Pelajar pula perlu menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan, membuat latihan dan membaca buku-buku untuk berhadapan dengan peperiksaan demi peperiksaan.

Yang sudah bergelar ibu atau bapa, mereka terikat dengan masalah kewangan, pembelajaran anak-anak, dan pelbagai perkara lagi yang perlu difikirkan.

Kehidupan kita berputar pada daerah yang sama, sehingga kadangkala, kita cepat naik bosan dan cepat mengeluh.

KITARAN HIDUP ‘BODOH’

Seperti kitaran hidup seekor rama-rama kah hidup kita ini?

Atau seperti robot?

Mana-mana boleh jadi perumpamaan, andai diri kita tak fikir-fikir, tak zikir-zikir dan tidak sedia-sedia untuk kehidupan selepas dunia.

Bezanya manusia dengan rama-rama, robot atau makhluk lain ialah manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi. Biasanya, tiada istilah ‘rehat’ untuk mereka kerana mereka ini bagaikan musafir di dunia yang sementara… Adakah kita?

Bila kita rasa kita sudah selesa, kita sudah capai apa yang kita inginkan dalam hidup kita, maka, kita rasa sudah tiada matlamat lain dan tujuan lain dalam hidup. Kesannya, kita jadi cepat bosan. Sebab kita tidak meletakkan matlamat untuk destinasi yang seterusnya iaitu akhirat!

Menariknya, apa yang saya tulis ini ada persamaan dengan entri terbaru dua pupu saya saudara Hilal Asyraf, Perkongsian : Cita-cita.

LA TAHZAN

Boleh jadi, penyakit bosan datang sebab hati yang kering kontang. Maka, perlu disuapkan hati ini dengan ubatnya.

Melankolik, bersedih.

Biasalah tu. Tapi kalau dibiasa-biasakan, itu bahaya. Tarik nafas dalam-dalam. Pergilah mendaki, cari satu tapak, untuk menjerit sekuat hati. Angkat kedua-dua tangan dan senyum lebar. Rasakan angin tiup dan membelai. Kan best?

Imaginasi.

Bukan apa, tak baik kita bermoody-moody, berjemu-jemu. Kita kena ceria. Jadi, ceriakanlah harimu walaupun hari yang kamu lalui itu agak berpetir di sana-sini. Kita, apa yang kita fikirkan.

\(^_^)/

FITRAH MANUSIA MENCARI KELAINAN

“Sebut-sebut tentang soal hati, berbalik semula kepada soal iman. Sebut-sebut tentang isu bosan, jiwa tidak tenang, nasihatnya ialah, kembali kepada Al-Quran. Memang pun, kalau rasa emosi tidak stabil, fikir-fikirkanlah, hari ini dah sentuh Al-Quran ke belum? Berapa muka surat kita dah baca? Sudah renung-renungkan tafsirnya?”, jawabku.

Dia yang mendengar, angguk sebentar tanda faham. Tapi kemudian, angkat kening sebelah.

Dia kata, dia sudah BOSAN. Asyik-asyik Al-Quran dan hal-hal agama saja. Nasihat yang sama. Haish.

“Tiada penawar lainkah?”, dia tanya.

‘Betul juga. Kan Islam ajar, nak cemerlang perlu cemerlang secara horizontal dan vertical? Haha. Aku rasa aku tahu apa masalah dia…’

“Ada.”

Aku pun bercerita.

Fikiran kita tu, yang perlu diubah.

Dunia ini warna-warni, tiada apa yang perlu dibosankan.

Sebenarnya mata kita itu, suka pandang benda-benda dalam bilik sahaja. Cuba luaskan mata, buka tingkap dan lihat langit! Bosan lihat langit? Buka internet, lihat gambar-gambar yang menyenangkan. Air terjun, bukit-bukau, gunung berapi et cetera, et cetera.

Almaklumlah, ajaran Feng Shui ada menerangkan tentang aliran tenaga yang sesuai untuk diaplikasikan dalam ruang belajar. Antaranya ialah meja studi hendaklah dihadapkan ke arah tingkap agar kita mudah melihat langit dan suasana yang luas berbanding menghadap dinding yang boleh menyebabkan fikiran kita buntu. Atau kaedah lain ialah menggantungkan gambar di dinding. Gambar ini mestilah kelihatan seakan-akan kita melihat sesuatu yang jauh.

Dia berdehem. Aku diam.

“Kenapa?”, aku bertanya.

“Kamu keluar tajuk!”, marahnya.

“OH, OK!”, saya sengih.

“Senang cerita, kalau dapat masalah BOSAN, sebenarnya, bukan masalah persekitaran sangat. Kita yang tak reti nak mengisi kekosongan. Lantaran itu, kita rasa kesunyian. Kita RASA hidup tiada makna.”, saya cuba kembali ke pangkal topik.

“Pergilah cari kawan.”

PENEMAN HIDUPKU

“HAHA!”, dia gelak.

“Nak cari kawan tu macam …. teman sehidup semati kah?”, dia meneka.

Tepuk dahi.

“Apalah kamu ni!”, aku turut tertawa.

“Kamu pergi cari arnab ke, lipas ke…. kucing ke, pergi le kawan dengan depa.”, perliku.

“Kalau saya, saya cari buku atau blog sebagai teman. Kalau saya rasa agak kebosanan, saya cepat-cepat garap buku dan baca blog. Nanti saya teruja, perasaan bosan akan hilang. Atau pun, saya boleh buat apa-apa hobi saya untuk hilangkan rasa ‘buh-san’ saya tu. Contohnya, main game, tengok movie dan usik kamu!”, aku bergurau.

Ya, betul. Usik kawan, timbulkan persoalan dan perbincangan akan membuatkan kita berfikir secara kritikal untuk mencari jawapan :) 

“Ada orang yang lebih hebat dan bijak dua tiga kali ganda dari saya, dia sentiasa cari Tuhan sebagai teman hidupnya. Dia sedih, marah atau apa sahaja perasaannya, dia akan pergi solat atau baca Al-Quran dengan nyaring sekali. Saya, saya nak jadi hebat macam dia, tapi saya belum lagi sampai ke tahap itu.”, aku menambah.

RUTIN YANG PERLU DIPELBAGAIKAN

“Macam sekarang, kamu bosan, aku teman. Kita bincang satu isu, kita fikir sama-sama. Fikir luar kotak. Jangan asyik fikir perkara yang dah selalu kita fikir.”

Antara gambar yang lain daripada yang lain!

 “Lihat ya. Lihat.”, aku mengajaknya berfikir.

Kita belajar, belajar perkara yang sama. Mana tak bosan?

Kita baca, baca genre sama. Mana tak bosan?

Kita berkawan, berkepit dengan orang yang sama. Mana tak bosan?

Cari cabaran dan tempuhilah banyak jalan. Pelbagaikan. Layan fitrah manusia yang NEOFILIA itu. Kan kita, manusia, suka benda baru?

Buat aktiviti baru. Ikut program-program yang boleh memberi banyak manfaat. Lukis gambar baru. Kaji ilmu baru. Baca banyak buku. Berani cuba-cuba, kembara sana-sini, kena marah situ-sini. Nanti, baru kita gembira sebab kita belajar banyak benda.

Kita yang sedang mewarna hidup kita. Lukis dan warnalah yang cantik-cantik, sesuai dengan citarasa kita!

“Tapi ingat juga, kita ada agama. Apa-apa kita buat nanti kena hisab. Buat yang berfaedah ya…”, nasihatku tamat di situ dengan sekuntum senyuman.

Tiba-tiba ada pengumuman.

“Anda berasa bosan dengan kerja-kerja yang bertimbun? Anda mahu dengar ceramah? Sila sertai ceramah …….”

“Hah. Itu pun peluangnya!”, jeritku.

KESIMPULAN

Bosan? Reformasilah. Ubah dan ubah. Sentiasa memperbaharui. Sampai rasa puas. Kata Islam, berhijrahlah. Nampak sempit? Luaskan duniamu! Tiada kerja? Carilah kerja. Banyak kerja? Cari hiburan yang tidak melanggar syariat.

Orang yang berusia macam kita ni, memang sedang mencari identiti diri. Nak ubah sesuatu menjadi baru? Ubahlah…

Asalkan kita mendaki pada perkara yang betul, dengan alatan yang betul. Itu sahaja.

Menulis untuk diri dan rakan-rakan. Wallahua’lam.

6 thoughts on “Langkah 032 : Hidup Bosan, Bosan Hidup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s