Langkah 034 : Belajar dari Bayi

Bismillah.

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa bayi kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya(dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Al-Haj : 5)

Maaf, pakaian ibunya agak tidak menutup aurat.

Bila nampak bayi, terasa mahu dukung dan belai, kan?

Lihat saja bayi, kita jadi teruja dan asyik memuji kecomelannya, kemontelannya dan kejernihan wajahnya saja lah, kan?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Kegiatan anak pada masa kecilnya akan menambahkan akalnya pada waktu dia besar.” (Riwayat Tirmizi)

Saya ketawa melihat gelagat sepupu saya yang mengajar subjek Sains kepada anak saudaranya yang baru beberapa bulan lahir. Tapi memang benarlah, kalau dikaji, ada ibu yang sudah mula mengajar anak mereka yang baru berusia 2 bulan mengeja dan membaca.

Malah, adik Sayyid Muhammad Hussein yang berjaya menghafal seluruh Al-Quran pada usia 5 tahun telah dilatih menghafal sejak usianya 2 tahun.

Ada apa pada bayi?

CEPAT BELAJAR

Berkali-kali saya cuba mengajar dia cara untuk mengapungkan diri di dalam air. Tapi praktis ini memakan masa yang amat lama. Kerana dia takut pada air.

Tidak seperti bayi. Mereka mampu membuka mata dan menahan nafas di dalam air. Semua bayi mampu melakukannya. Sekiranya bayi diselamkan di dalam air, secara semulajadinya bayi itu akan menahan nafas dan cuba menyeimbangkan badannya. Hebat bukan?

Selain itu, bayi juga mampu belajar dengan cepat untuk mengapungkan diri. Latihan selama beberapa jam sudah memadai untuk bayi berusia 5 bulan untuk belajar mengapungkan dirinya. Mereka, cepat belajar.

Berbanding dengan manusia apabila mereka berusia 5 tahun ke atas, mereka cepat panik apabila kakinya tidak mencecah lantai semasa pertama kali menyelam. Keadaan panik menyebabkan mereka tidak dapat fokus untuk menyeimbangkan diri. Kesannya, mereka akan cepat lemas dan takut untuk belajar berenang.

Rupa-rupanya, bila kita lebih besar, kita lebih takut. Dulu, kita tak pernah-pernah nak geli dengan lipas walaupun ia melintas di atas kaki kita. Kerana mentaliti, sekarang, kita lompat atas kerusi, mencari penyapu lidi untuk pukul lipas itu sampai mati!

FITRAHNYA

Kebetulan setiap tahun, ada sahaja sepupu saya yang melahirkan anak. Apabila raya nanti, rumah saya biasanya jadi ‘kampung’ kerana Tok Mek tinggal bersama saya sejak Umi dan Abah bernikah. Saya dapat mengenali beratus-ratus orang saudara-mara saya dengan lebih dekat. Keluarga kami memang besar memandangkan Umi saya anak bongsu daripada 11 orang adik-beradik dan Abah mempunyai 7 orang adik-beradik.

Setiap kali raya, kepenatan kami melayan tetamu dari pagi hingga lewat malam sering terubat apabila rumah dipenuhi anak-anak kecil yang comel-comel. Boleh pilih nak dukung yang mana.

Tapi dukung dan layan mesra macam mana pun, akan ada satu masa, bayi ini menangis inginkan ibunya. Kami geram. Tak lama mana kami bermain dengan bayi, mesti mereka menangis mahukan ibunya.

Hal ini membuatkan saya berfikir sejenak.

Bayi, mereka dilahirkan oleh ibu. Bila sakit, mereka akan menangis pada ibu. Bila susah, mereka mahu mengadu pada ibu. Apa-apa, mahukan ibu. Bila sudah jadi kanak-kanak, membesar kepada remaja, kemudian dewasa, adakalanya mereka akan teringin juga untuk meminta bantuan daripada ibu.

Sebab ibu yang melahirkan, ibu yang menjaga.

Begitu jugalah fitrahnya manusia dengan Tuhan. Kita daripada-Nya, kita dijaga dan disayangi-Nya. Maka, kita akan tenang bila kembali kepada-Nya…

Ingat tauhid Rububiah? Pensyarah saya ada kata,  rabbatul bait (suri rumah) berasal daripada perkataan yang sama iaitu rabba. Ibu, sifatnya melahirkan dan menjaga, manakala Allah s.w.t. ialah Maha Pencipta, Maha Melindungi dan sebagainya.

KESUCIANNYA

Gambar ihsan daripada bapa kepada Ikram Fakhri bin Wan Abdullah Mujahid bin Hasanuddin

“Umi, kenapa baby nampak bersih, wangi dan comel?”, kata anak kecil.

“Sebab dia tak ada dosa…”, jawab si ibu.

Sesuci kain putih. Sewajarnya kita berasa cemburu dengan mereka, kerana kainnya masih putih bersih tidak seperti kita.

Ini dapat dilihat jelas dalam maksud sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanyalah yang menentukan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…”

ADA LAGI?

Sila kongsi. Dah lama tak ada adik baru.

One thought on “Langkah 034 : Belajar dari Bayi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s