Langkah 037 : Tapak 1

Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam Bukhari memulai dengan sebuah hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Ali Wa Baroka Wa Sallam,

“Sesungguhnya, amal ibadah itu bergantung pada niat”

“Nah. Siap pun bangku ni!”, aku meletakkan kerusi yang baru lepas disyelek di hadapan mereka.

“Ada apa dengan bangku, kak?”, tanya salah seorang daripada adik-adik debat yang kehairanan. Mereka tertawa.

“Heh. Bangku memang tidak memberi apa-apa faedah dan sumbangan untuk mengasah bakat berdebat kalian pun…”, aku mendengus lalu turut tertawa bersama mereka.

“Ops. Salah. Kalian lihat betul-betul”.

Bangku kaki tiga.

“Kalian berempat sila fikir-fikirkan analogi di sebalik kaki bangku tiga ini dan jadikan ia sebagai satu motivasi pecutan dalam pendakian kalian.”

“Akak nak antum bentangkan selepas ini. Bermula dari … sekarang!”

TAPAK 1 :  KENAPA?

Rasullah tidak pernah pergi berperang untuk mendapatkan kemenangan, nama baik dan pengaruh. Tetapi baginda dan para sahabat sentiasa pergi berperang untuk memperjuangkan akidah Islamiah.

Ada agenda dan objektif yang tersendiri dalam setiap aturan yang telah Allah tetapkan. Sejarah membuktikan betapa setiap kisah-kisah peperangan itu ada hikmah dan pengajarannya. Kita sendiri tahu bahawa sebenarnya di dalam Islam, peperangan bukanlah jalan terawal dalam mencari solusi antara kita dan musuh.

Begitu juga dengan kita. Kita tidak boleh menganggap setiap pertandingan yang kita sertai hanyalah untuk mendapatkan kemenangan semata.

Salah tu!

Contoh mudah, aktiviti sukan sekolah. Perlawanan demi perlawanan diadakan bukan tujuannya untuk mencari siapakah yang paling hebat atau siapakah yang paling lemah, akan tetapi tujuan asal kita bersukan ialah kerana Allah dan kerana kita tahu, Allah amat menggalakkan kita menjaga kesihatan tubuh badan.

Contoh lain, peperiksaan. Belajar untuk apa? Hebat dalam peperiksaan atau hebat dalam kehidupan?

Nampak? Andai kita sentiasa mengejar sesuatu untuk mendapatkan manfaat jangka pendek, maka pendeklah manfaat yang kita dapat. Andai kita mengejar sesuatu untuk mendapatkan manfaat dalam jangka masa yang panjang, tidak ternilai betapa berharganya faedah yang kita dapat.

Jadi, persoalan pertama untuk adik-adik pelapis debat, mengapa anda mahu masuk dalam pertandingan debat? Mengapa anda bersusah payah pulang ke rumah lewat petang semata-mata untuk mencari bahan rujukan dan melatih gaya percakapan anda? Adakah kerana ingin mencari pengaruh, berlagak hebat atau mencari kemenangan semata?

Sila cari jawapan dan perbetulkan niat masing-masing sebelum terus melangkah dalam pendakian kemahiran berdebat dengan niat yang sentiasa diperbaharui. Biiznillah.

[Bersambung…]

9 thoughts on “Langkah 037 : Tapak 1

  1. Heh, satu penerangan yang menarik tentang persaingan. Kita bersaing bukan untuk tahu siapa yang hebat. Pemenang bukan kerana ‘talent’, bukan kerana usaha dia ‘power’ atau nasib dia baik. Pemenang adalah tentang satu persaingan yang telah memecahkan benchmark “aku belum mampu” kepada “aku mampu”, dan kesudahannya adalah kita sebenarnya telah berjaya melaksanakan misi itu dengan baik.

    Yang tak berjaya?

    Bukan bermakna usahanya gagal, caranya silap, dsb. Cuma satu sahaja, “belum sampai masanya” dan solusinya “cuba lagi”

  2. menarik!

    ‘sesungguhnya amal ibadat itu bergantung pada niat’

    kerusi itu untuk dijadikan motivasi pecutan dalam berdebat. maybe kerusi itu dibuat utk melepaskan lelah manusia duduk di situ, mengurangkan ‘lengah’ berdiri or anything,pendek kata untuk membantu manusia. jadi, berdebat pula untuk menyampaikan ilmu. Menyebarkan ilmu untuk membantu manusia dalam menghadapi kehidupan. Dan, berdebat juga untuk menegakkan kebenaran.

    So, kerusi dan debat membantu manusia. Hehee..

    Just my simple opinion.

  3. Erm, teringat iklan susu Dugro. Ke iklan susu apa tah.

    ” Ada yang tidak lengkap tanpa 3 ”
    (3 batang kaki kerusi) Hehe.

    Adik saya terlibat dalam debat. Mak saya pun sama. Serta sepupu saya yang skrg mengajar di Hira’ (Bekas debater UIA).

    Saya antara org yg tidak minat debat.🙂🙂

  4. debate adalah sangat bagus . kerana di situ, memberi peluang kepada audien menerima pembentangan idea dgn sempurna dan bebas

    debate menjadi sangat tidak bagus . apabila ia dipertandingkan

    . . .

    saya angkat tangan awal2 dan terus bersetuju dgn sumbangan kemahiran dari amalan debate . tapi, bukan yg itu yg saya maksudkan

    Keju ! rupanya..saya tersilap ruangan .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s