Langkah 038 : Tapak 2, 3 dan 4

[Sambungan cerita lalu …]

“Kak, kenapa tiga? Nombor tiga ni Illuminati!! Kalau macam tu…”, salah seorang dari mereka cuba mengetengahkan idea.

HAHA! Semua gelak.

“Paranoid”, balas rakannya.

“Tahu takpa. Paranoid betul. Ketupat yang berpetak-petak tu pun ada orang nak kaitkan dengan Illuminati”, sengih rakannya yang lagi seorang.

“Betul. Geram ja ana dengar ada orang tulis tentang huruf ‘U’ dan ‘I’ dari nama Upin dan Ipin tu sebenarnya USA dan Israel”, sampuk lagi seorang.

OK. OK. Kita sambung…

“Ya, ya. Ada orang kata, bentuk segi tiga dari segi teori matematiknya, memang kukuh. Sebab itu ada bangunan seperti piramid. Boleh pakai idea ini”, jawabku.

“Tapi … tolong kaitkan dengan topik ye. Kaitkan dengan peranan setiap pendebat. Sikit lagi tu. Dapat jawapan, ada hadiah!”, kata-kata disambung.

TAPAK 2 : SASARAN DAN TARGET SETERUSNYA

Langkah satu satu (^^,)v

Mungkin benar tahun-tahun sebelum ini kita dikenali dalam kalangan sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah integrasi, malah sekolah-sekolah harian biasa kerana kita sering berjaya ke peringkat double octo final, octo final, separuh akhir dan suku akhir.

Malah, tahun lepas pendebat kategori Bahasa Inggeris SMI Al-Amin Gombak berjaya mendapatkan tangga pertama dalam kualiti perdebatan keseluruhannya.

Tapi generasi dulu mungkin hanya meninggalkan kisah yang dulu. Generasi anda, kini, anda jangan paksa diri anda untuk jadi hebat macam orang dulu.

Maksud saya, bukan anda tidak dibenarkan berangan dan meletakkan harapan mendapat tempat terbaik seperti para pendebat lama. Tetapi, sebagai seorang pelapis debat, berlatih bersungguh-sungguh, buatlah yang terbaik, capailah yang termampu dan jangan terlalu kalut dan asyik beria-ria untuk menang. Walhal yang sepatutnya kita tekankan adalah usaha dan kualiti perdebatan kita.

Hehe. Teringat saya pada slogan rakan sepasukan, “Kalah itu pasti, menang itu bonus!”. Sebab kami tahu, kami pada waktu itu memang tidak cukup latihan dan saya pula bidan terjun sahaja. Tapi akhirnya, dengan kesungguhan dan pertolongan Allah s.w.t, alhamdulillah dapatlah juga kami kalahkan sekolah MRSM dengan marjin 12.

Persoalannya, kalau dengan latihan yang kurang dan pembacaan yang main-main, kita ni sudah cukup hebat ke untuk mengalahkan para pendebat seperti MEREKA? Itu kuasa Tuhan. Sebab itu jangan asyik berangan untuk mendapatkan sekian-sekian tempat, kelak, harapan kita nanti bakal diakhiri dengan penyesalan sahaja.

Ingat, kita berdebat bukan mencari kemenangan semata.

Dan, kita tidak boleh tersasar dalam meletakkan target! Targetlah yang rendah dan capailah itu dahulu. Lepas berjaya, baru target lebih tinggi.

Kemudian, berlatih dan berusaha secukupnya untuk mendapatkan peningkatan dalam setiap usaha kita.

“Bukanlah atas sebab fokus untuk memenangi perlawanan ini. Tetapi ia adalah fokus kepada usaha yang telah dilatih”, pesan seorang sifu.

TAPAK 3 : KONSISTEN DAN SETIA

Manusia berdisiplin dalam solat dan konsisten dalam ibadah, mereka berjaya! (^^,)v

Sebagaimana kalian menjiwai makanan enak dan mahal yang jarang-jarang sekali dapat dimakan, macam itulah apa yang kalian perlu buat ketika berdebat. Timbulkan minat dan cinta dalam bidang ini. Saya yakin, anda akan lebih bersemangat untuk memberi komitmen dalam latihan-latihan yang anda bakal lalui.

Eh, silap. Bukan menjiwai makanan enak yang jarang-jarang dapat dimakan… Salah tu. Kita kena anggap debat ni macam makan nasi sahaja. Minat dan cinta perlu konsisten. Bukan ‘gila’ debat satu masa, melahap-lahap, dan kemudiannya, ‘menyampah’ debat.

Ops, itu semangat tak bertempat.

Pastikan dalam perjalanan, kena ada kesetiaan dan konsisten. Jangan risau kalau lambat berjaya dalam debat. Sebab kita mula dari 0. Tiada bayi yang lahir-lahir hebat cakap.

Yang penting, terus mara jangan berputus asa. Sebab orang yang berputus asa takkan berjaya. Dan bukan orang yang berjaya namanya kalau berputus asa.

TAPAK 4 : LANGKAH BERMULA

Macam mana nak menulis kalau tidak pernah membaca? Macam mana nak berdebat kalau tidak tahu apa-apa? (^^,)v

Debat bukan setakat hanya perlu berfikir secara kritikal dan bercakap semata-mata. Anda perlu tahu apa yang anda perlu ada.

Yang perlu ada pada seorang pendebat ala-parlimen ialah pengetahuannya.

Pandai membangkang sahaja tidak mencukupi andai mulut hanya pandai bercakap di atas angin sahaja. Sebagai seorang pendebat, membaca akhbar bukan lagi hobi tetapi perkara yang wajib anda lakukan setiap hari.

Kepada yang pernah menyaksikan Debat Diraja, mungkin ada yang kenal dengan Abang Mohd Daud Mat Din yang kini, sudah menjadi pelatih debat Bahasa Melayu UIAM.

Beliau merupakan pendebat UIAM yang paling banyak menjadi Johan dalam pertandingan debat peringkat universiti. Beliau bukan hebat berkata-kata sahaja, tetapi setiap isu itu beliau telah kaji dan hafal fakta dengan baik sekali!

Rahsianya pada rajin membaca.

Pembacaan mesti luas. Dalam aspek agama, sosial, ekonomi, politik, pendidikan, hiburan dan merangkumi pelbagai genre bacaan. Tetapi kebiasaannya bagi seorang pendebat, membaca fakta, forum, artikel dan risalah atau akhbar akan lebih membantu anda berbanding dengan bahan bacaan seperti novel dan cerpen berunsur kesusasteraan.

Kerja pendebat ala-parlimen ni macam wakil rakyat kot? Eh, anggaplah diri macam politikus atau peguam. Kena studi kes, kena tahu sejarah, isu dalam dan luar negara dan kena bijak membuat keputusan bersama.

Kemahiran pandai main ayat dan bercakap tu memang senjata seorang pendebat. Tetapi malangnya, itu kemahiran kedua yang perlu dicanai. Yang paling penting, pengetahuan! Baru ada kualiti dan dihormati.

Ops, saya bukan macam itu punya orang. Saya pendebat ketiga. Tahu bangkang dan bangkang. Degil itu sifat saya. Suka cari kesalahan itu hobi saya. Bawa kertas kosong masuk dewan tu pun cara saya! OK. OK. Jangan tiru. Saya bukan pendebat yang hebat, tapi saya mahu ajar macam mana nak jadi macam kawan-kawan saya yang banyak pengalaman dan hebat berdebat tu. HOBI mereka MEMBACA!

Jadi, langkah pertama untuk cuti sekolah ini, ialah MEMBACA. Jangan tunggu dua minggu sebelum berjuang baru nak ‘ponteng’ kelas dan kumpulkan fail-fail debat ya!

Ops. Maaf. Tapi, itulah hakikatnya. Kerja konsisten, bukan ‘last minute’ lebih berkualiti!

Wallahua’lam.

7 thoughts on “Langkah 038 : Tapak 2, 3 dan 4

  1. Pingback: kiriman blog yang paling banyak dibaca pada 30/12/2010. « neutral

  2. Salam. saya jarang masuk debat, jadi tak banyak pengalaman. Penting juga berdebat di zaman persekolahan, sebagai latihan…

    Saja nak kongsi ni, mungkin keluar topik.. =)

    Imam As-syafi’i pernah berkata ” Aku tidak berbicara kepada seorang pun kecuali aku sangat suka jika ia mendapatkan taufik, berkata benar, dan diberi pertolongan serta mendapatkan perhatian dan pemeliharaan dari Allah”…

  3. Debater rupanya.. Bagus.. Pertandingan debat adalah salah satu perkara yang baik untuk mengetengahkan dua idea daripada posisi yang berlawanan. Daripada itu, sebagai pemerhati, dapatlah kita menilai yang mana lebih baik. Dan bagi saya setiap posisi ada kelebihan dan kekurangan tersendiri -penyokong, pembangkang dan penonton…

    Penyokong tanpa pembangkang punca ego. Pembangkang yang membangkangkan apa sahaja adalah politik :b.. Penonton yang melihat satu pihak sahaja adalah fanatik.

    Dalam kehidupan seharian, kita perlu menjadi ketiga-tiga posisi untuk menilai permasalahan sekitar supaya dapatlah kita bersikap adil…

  4. @ Sayyaf Azam, Syukran. Boleh kaji tokoh Islam, Imam Hanafi, pendebat kebenaran~

    @ Haziq Asyraf, syukran. Mahal pesanan itu. Betul, dalam menilai sesebuah isu, kita kena lihat sesuatu dalam posisi yang pelbagai…

  5. Maaf ukhti. Sekadar teguran, harap diterima Allah.

    Gambar yg paling atas itu mungkin lebih baik diremove.
    Ada ternampak aurat di lengan. Kasihan pada ukhti dalam gambar itu, tanpa sedar auratnya terdedah. Saya juga seorang ukhti, lantas saya harap kalau ada gambar2 saya yg terdedah auratnya, ada yg menegur.

    Harap tiada yg tersinggung =)

    Teruskan menulis ya ukhti, biiznillah membuka hati-hati yang masih terhijab.

    Ukhtifillah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s