Langkah 039 : ~ M A L U ~

Mungkin bila berada di daerah ini, kita makin kurang rasa malu.
Mungkin bila berada di daerah ini, kita makin lama makin tidak malu.
Mungkin bila berada di daerah ini, kita sudah tidak kenal erti malu.

Mungkin juga,
bila sudah sedar di daerah ini,
kita boleh bersinergi menyemai semula sifat malu itu.

Kerana tanpa adanya malu,
kita mudah sangat keliru.
Baik buruk, cantik hodoh, semuanya satu.

Katakanlah pula,
Di tengah pentas daerah ini, malu sudah lama pergi,
Jangan haraplah nanti, erti malu bakal mewangi
di hujung pentas mahupun di sebalik tabirnya.
Kerana najis sudah enak dan lazat.
Dan Tuhan sudah lama mati.

Nauzubillahi min zalik!

Alangkah baiknya,
Jika di saat ini juga,
Sebelum tibanya saat pamit,
Sempatlah terdetiknya malu dalam diri,
Di daerah ini,
Sebelum malu,
Di daerah sana…

Nurazah, 4 Jan 2011, 8:54PM ~

One thought on “Langkah 039 : ~ M A L U ~

  1. subahanallah.
    mendalam maksud kata malu itu.
    tanam pupuk rasa malu.
    biar nampak tersipu
    kerja dakwah terus maju
    rentak daie terus berlagu
    najah ya izzah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s