Langkah 041 : Penggunaan Facebook

Bismillah. Assalamualaikum. Muhasabah diri.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (Al-Fatihah : 6)

Di Facebook, kita semua sebenarnya sentiasa diperhatikan oleh orang ramai. Setiap perkara yang dikomen, di’like’, di’tag’, semuanya melambangkan peribadi dan akhlak kita.

Andai kata seseorang itu jenis ‘perah santan’ (perasan), maka banyaklah promosi tentang dirinya yang diperjuangkan melalui Facebook. Maklumat-maklumat peribadi yang tak sepatutnya disiarkan dapat disebarkan dengan sekelip mata apabila pengguna berkongsi di ruangan “what’s on your mind?”.

Emosi harian yang sentiasa ‘fluctuate’ atau naik turun itu jelas terpampang di khalayak ramai. Padahal seorang muslim itu perlu banyak bersabar dan Allah tidak suka dengan orang yang suka mengadu domba.

Jangan terkejut, kerana Facebooklah, seorang gadis ayu dan pendiam di dalam kelas boleh jadi seorang yang pembising di alam maya. Secara tidak langsung, sifat ‘haiya’ atau malu dalam diri semakin pudar. Itulah nilai yang paling berharga dalam diri setiap individu yang semakin pupus. Hilangnya nilai malu dalam diri ibarat sebuah rumah yang tidak berdinding. Semua perkara terdedah.

Hal ini menunjukkan bahawa jika penggunaan Facebook tidak dikawal oleh pengguna sendiri, ia boleh mencemarkan akhlak pengguna Facebook sebagai seorang muslim.

Bagi orang-orang yang mahu popular, mahu dirinya dipuji, mahu dirinya dilabel sebagai seorang yang lawak atau hebat atau sebagainya, Facebook merupakan medium terbaik untuk mereka mempromosikan diri. Mungkin pada awalnya, mereka ini dapat meningkatkan keyakinan diri. Akan tetapi, matlamat mereka itu sangatlah menyimpang dari apa yang sepatutnya kita perjuangkan.

Astaghfirullah dan nauzubillah. Semoga iman kita sentiasa dipelihara.

Hakikatnya seorang muslim itu perjuangannya sentiasa ingin mencapai ‘mardhatillah’ atau redha Allah.

Seorang muslim itu akan menggunakan Facebook sebagai medium untuk kebaikan lebih daripada keburukan. Seorang muslim juga akan sentiasa berjihad melawan nafsu daripada membaca, meng’like’, meng’stalk’ para ajnabi, menyebarkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat atau lagha, mengomen status secara tiada kawalan, atau apa-apa perkara yang boleh menambah kepada dosa.

Andai jari kita terasa ‘gatal’ untuk mengomen sesuatu, saya ada satu cara untuk dikongsikan.

Fikir dahulu. Sebelum buat apa-apa, fikir terlebih dahulu berapa ramai ‘friends’ kita, berapa ramai yang aktif ber-Facebook, berapa ramai ‘stalker’ yang dapat membaca dan memerhati setiap tingkah laku kita. Kalau terlalu tak tahan juga, tulislah apa yang mahu ditulis, tapi sila padam sebelum anda klik “Share” atau “Comment”.

Ternyata, Facebook ini boleh diibaratkan sebagai sebuah gelanggang besar yang dipenuhi oleh orang ramai dan setiap orang di situ memiliki sebuah ‘microphone’ sendiri yang ‘speaker’nya boleh menyalurkan setiap suara ke arah setiap penjuru gelanggang. Tiada satu penjuru pun terkecuali. Jika anda bayangkan ruangan “what’s on your mind?” sebagai alat untuk membuat pengumuman, anda akan rasa lebih bersalah jika anda mengumumkan “saya otw to KLCC!” kepada 500 lebih rakyat di gelanggang anda. Ngeri bukan?

Sayangnya, tak ramai yang cuba bermuhasabah tentang cara mereka mewarnakan akhlak mereka di Facebook.

Semoga dengan setiap waktu yang diluangkan di laman Facebook ini mampu menambah iman lebih daripada dosa.

Sekian. Untuk diri sebelum yang lain.

4 thoughts on “Langkah 041 : Penggunaan Facebook

  1. hang ni baguih la. kasi tembak-tembak tepat kena.

    ya, kasi saya sedar sikit. buka mata lagi sikit.
    shukran ingatkan.

  2. Salam alaik.

    terima kasih atas peringatan ni! sgt bermakna dan terkesan di sanubari. Terima kasih atas peringatan ni sekali lagi (=

    may Allah bless ^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s