Langkah 042 : Kisah Selipar

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap – tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (An-Naml : 88)

“Kak, saya minat dengan seorang lelaki ni. Saya lihat, dia sangat teratur.”

“Erk. Maksudnya?”

“Saya pernah lihat dia lipat seluar nak ambil wudhu’ pun cantik ja. Pakaian selalu kemas. Belajar pun  rajin… Cikgu sangat sayang dia. Di sekolah pun jadi pemimpin atasan. Mak dia selalu cerita anak dia ni suka tolong mak, pandai jaga adik, tak kisah kena basuh berak adik ke… Hari-hari buatkan susu untuk adik. Adik-adik nakal, dia pandai tegur… Senang cerita, dia amat jaga kesempurnaan dalam setiap perkara.”

“Erk. Haha.. Erm. Erm. Ok. Erm, mungkin anti boleh cuba jadi macam dia untuk dapatkan suami macam dia”.

Heh, siapa tak suka dengan kebaikan?

Masya-Allah!

Tergamam saya melihat sesuatu yang sungguh ajaib.

Heh, bukan apa.

Selipar yang kebiasaannya bersepah, bertindih-tindih dan tercampak sana sini tiba-tiba malam itu, kelihatan tersusun dengan rapinya. Yang buat saya terharu ialah bukan ada ‘seseorang’ yang menyusun. Tetapi semua orang yang hadir di dalam majlis itu telah menyusun kasut dan selipar masing-masing dengan rapi. Alhamdulillah.

Alkisahnya begini …

Seorang ukhti telah mengetengahkan sebuah analogi yang sungguh terkesan dalam hidup saya. Katanya, setiap perkara yang kita lakukan tak kira kecil atau besar akan dipantau oleh Allah s.w.t. Sebab itu semua umat Islam perlu buat yang terbaik dalam setiap amalannya.

Itu biasa. Kita tahu, tapi terkadang kita lalai dan lupa juga.

Sebagai seorang muslim pula, kita buat banyak benda, mesti buat yang terbaik untuk dicontohi oleh orang lain. Maksudnya, tunjukkan qudwah sebagai seorang muslim.

10 muwassofat itu mesti ada dalam prinsip diri.

Tapi, macam biasalah, kita kekadang juga lalai. Sebab kita tahu, ramai orang Islam yang lain pun tidak berapa tegas dalam setiap tindakan mereka.

“Tak mengapa, tak mengapa” itu dah biasalah. Kita kan suka ambil mudah dalam semua perkara… Erk!

Baik, cuba ini pula. Cuba bayangkan yang ini pula ya.

Cuba bayangkan kalau hari ini, anda tinggal bersama seorang non-muslim. Beliau lihat, anda masuk rumah, selipar bersepah tidak tersusun. Lipat kain telekung anda bergulung-gulung. Lepas makan, malas basuh pinggan. Bilik tidur tak dikemas.

Jadi, dia pun kutuk anda. Yang bahayanya, bukan anda saja yang kena. Agama anda turut serta dikutuk sebab agamalah yang didik manusia, bukan?

Sayang sekali, pernah terpampang di dada akhbar, kisah seorang pelancong yang datang dari Jepun, telah menyusun kasut-kasut ‘orang Melayu’ ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Jadi, sila bayangkan anda ini bukan sekadar dinilai oleh Allah, tetapi andalah qudwah untuk sesiapa sahaja. Muslim, non-muslim, makhluk yang boleh dilihat, tidak boleh dilihat, tidak kira pangkat dan usia. Bila-bila masa, di mana sahaja. Baru disiplin diri tu ada. Semangat untuk itqan fil ‘amal (sempurna dalam beramal) pun tinggi!

Ustaz Hasrizal di UIA Gombak baru-baru ini.

Menarik sekali, ada persoalan khas yang ditimbulkan pula dalam ceramah Ustaz Hasrizal mengenai “Dean’s List OR Deen’s List?”. Apakah patut seorang yang mengejar ukhrawi itu akan terbengkalai duniawinya?

Tentulah tidak.

Malangnya, ramai yang salah faham sehingga menjadi fitnah kepada sebuah jalan dakwah yang suci. Sepatutnya, seorang mukmin dan pendakwah itu perlu menjaga semua tanggungjawabnya iaitu sentiasa berjihad dalam semua aspek, semua pekerjaan, semua perkara. Jadi belajar bersungguh-sungguh itu juga merupakan suatu kewajipan. Kerana kita mahu teladani Nabi Muhammad SAW yang sempurna dalam setiap perkara.

Akhir kata, mengambil nasihat daripada kakak dan abang yang pernah menguruskan program suatu ketika dahulu, “kalau berta’aruf nanti, jangan lupa perkenalkan diri sebagai seorang Muslim. Sama-sama belajar membina izzah dalam diri.”

Wallahua’lam.

p/s : Tulisan ini pertamanya, untuk diri. Kedua, untuk diri, ketiga untuk diri, dan keempat merujuk kepada yang pertama, kedua dan ketiga cuma dicatit di sini untuk dikongsi bersama. Oh, Azah tolonglah berdisiplin dan jaga kebersihan, kekemasan dan kesempurnaan! Sekian.

5 thoughts on “Langkah 042 : Kisah Selipar

  1. 🙂 jazakillah for the tazkirah ukhti!

    pernah akak dengar sorang akak cakap lebih kurang camni,
    “camne nak susun negara, kalau kasut sendiri pon tak boleh nak susun?”

    huhu~
    seronokkan kalau betul2 dapat ihsan dalam hidup ni,
    setiap perbuatan akan cuba buat sehabis baik sebab kita speperti melihat Allah dan mempamerkan seluruh kehidupan kita kepada DIA.

  2. nice one. tq

    padanlah nenek kite selalu kemas je kan azah.

    dulu kecik2..
    azaaah! susun kasut kat luar tu.

    sekarang giliran sepupu-sepupu kecik pulak susun kasut..

    moga latihan disiplin ketika kecil dulu kekal sampai ke besar.

    i like the last sentence.

    again.. komen ni pun peringatan untuk diri sendiri juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s