Langkah 043 : Tragedi

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.” (Al-Maidah : 2)

Masa tingkatan 1 dulu-dulu, kami pelajar asrama keluar bersama-sama, lepak di sebuah gerai makan. Semua orang pandang pelik sebab kami keluar jalan-jalan pakai tudung sekolah yang sangat labuh, yang sesetengah mereka mengejek, “macam hantu pocong” atau “macam pakai telekung”.

Kami pula, terbeliak mata melihat sekumpulan remaja perempuan yang berpakaian sungguh ketat seperti tidak cukup kain sampai nampak pusat, sampai nampak belakang..

Alangkah kami dan mereka ini amat berlainan dari segi pemakaian.

Pada waktu itu, sedang sibuk minum air dan berborak-borak, kami terpandang-pandanglah sekumpulan remaja tu. Mereka berborak macam gaya lelaki berborak. Ketawa kuat-kuat dan sungguh memalukan wanita lah. Jadi kami pun mengumpat dan mengatalah tentang mereka.

Setelah itu, kami pun inginlah beransur pulang semula ke asrama… Dalam perjalanan meninggalkan restoran itu, salah seorang daripada kami telah sengaja menjatuhkan seketul ais ke dalam seluar jeans di bahagian belakang salah seorang daripada sekumpulan remaja seksi tu. Kononnya ingin menyedarkannya.

Hal ini menyebabkan kami semua tergelak beramai-ramai dan lari sekuat hati.

Astaghfirullah!

Tolonglah! Saya sungguh marah bila dengar cerita sebegini.

Sekarang, siapa pula yang telah memalukan kaum muslimah?

Para pembaca sekalian, maaf andai saya mendedahkan kisah benar yang mengaibkan ini. Tapi melalui kisah sebegini, nampak sekali betapa teruknya akhlak kita yang mudah mengata orang dan anggap diri lebih baik. Macam tu ke nabi ajar? Sempurna sangatkah kita?

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

Pengajaran ayat:

Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.

1. Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’ dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub (superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya. Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.

2. Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk empersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk, ‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam suasana hidup zaman sekarang. Tidak mustahil kalau ianya berjaya dibuang dalam kehidupan sehari-hari maka tidak banyaklah benda yang hendak dicakap atau dituliskan.

Beberapa buah hadis Rasulullah (SAW) sebagai pesanan:

Dilaporkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

Dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (SAW) “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

Pengajaran ayat:

Dalam ayat ke-12 ini Allah (SWT) menetapkan satu lagi larangan dalam konsep pembinaan persaudaraan dalam Islam. Dua larangan awal dalam ayat ke-11 adalah berbentuk zahir berbeza dengan sifat prasangka dan mengintip-intip dalam ayat ke-12 yang bersifat tersembunyi.

3. Ayat dimulakan dengan larangan Allah (SWT) terhadap sifat bersangka-sangka (dengan persangkaan buruk – su’ul dzan). Persaudaraan yang kukuh mustahil dapat dibentuk kalau wujudnya sikap bersangka-sangka buruk terhadap satu sama lain. Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.

Seorang Islam yang beriman seharusnya tidak menzahirkan sebarang anngapan buruk terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis dari Rasulullah (SAW) yang dilapurkan oleh Abu Hurairah “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dilaporkan, berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)

Ayat ke-12 ini diakhiri dengan larangan mengumpat (ghibah, berbicara buruk) yang lahir dari perasaan syak-wasangka. Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama yang meruntuhkan persaudaraan (ukhwah) sesama Islam. Rasulullah (SAW) pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah (SAW) menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”.

Sumber: : http://braderhud00.blogspot.com/2009/03/ringkasan-tafsir-surah-al-hujurat-ayat.html

TEGUR VS NASIHAT

Pernah ada satu halaqah besar-besaran telah diadakan di sebuah surau. Ketika itu, kami diberi masa untuk masing-masing meluahkan mutiara kata buat sahabat-sahabat yang hadir dalam majlis.

Saya telah mengutarakan isu semasa tentang revolusi yang berlaku di Tunisia dan Mesir ketika itu. Jadi perbincangan pun mula hangat. Jauh merantau dari ulasan demi ulasan, tiba-tiba tersekatlah kami dalam isu masalah umat yang hangat. Iaitu leka dengan maksiat.

Seorang ukhti telah berkongsi dengan kami tentang kepentingan berdakwah. Saya pula menambah dengan prinsip 3S iaitu SENYUM, SALAM dan SAPA. Saya tahu, prinsip ini cukup popular, tapi tak ramai boleh aplikasikan prinsip ini bila berjumpa dengan orang yang lain fikrah daripada kita.

Bagi saya, ia adalah bonus untuk melicinkan jalan dakwah iaitu dengan lebih mendekatkan daie’ dengan mad’u serta dapat mempercepatkan penerimaan nasihat yang disampaikan kerana akhlak kita yang cantik.

Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :”Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tiba-tiba, seorang ukhti mencelah, katanya, “Kita perlu tegur semua orang yang buat maksiat selagi kita mampu! Walaupun orang akan benci kita, kita kena tegur juga. Cuba bayangkan kalau semua orang yang buat maksiat, pegang-pegang tangan, dating-dating dan tidak menjaga ikhtilat itu kita tegur. Hasilnya, pasti takkan berlaku zina di dunia ni”.

Saya tersenyum.

Maaf. Saya tak dapat terima pandangannya.

Mana mungkin andaikata saya dari sekolah yang tiada aliran agama, tiba-tiba ditegur depan-depan tentang masalah ikhtilat dapat menerimanya. Saya pasti marah. Kalau saya tidak marah pun, pasti saya akan bermasam muka, rasa tidak setuju, malah dalam hati, ada rasa mahu memberontak.

Itu masalah pertama, kerana saya tidak faham.

Masalah kedua, siapa suka kalau ditegur? Paling kurang pun, reaksi kita ialah malu.

Bila malu, mungkin dalam hati boleh ada dendam. Paling tidak, perasaan tidak suka atau benci mula timbul.

Ha, caranya, kalau mahu membetulkan orang, lebih baik jikalau kita sendiri pernah mengenali orang itu. Kita rapat dengannya, kita kenal sikapnya.

Kemudian, semestinyalah kita perlu berHIKMAH!

Sebolehnya, jangan ada adegan menyinggung perasaan orang lain. Cuba sampaikan mesej sehingga ia tidak nampak pun seperti sebuah ‘teguran’ tetapi sebuah mutiara kata dan ‘nasihat’ yang datang dari hati ke hati.

Kenapa kena buat begini? Kenapa perlu mengelak diri daripada selamba menegur orang sana sini? Atau kutuk depan-depan?

Sebab … ikhwah, akhowat, kita perlu membina dan menjaga ukhuwwah.

ANALOGI ABAH : SUIS LAMPU

Analogi menarik lagi selepas garfu, iaitu analogi suis lampu.

Kata abah, kalau mahu datangkan cahaya dalam hati, membuka pintu hati seseorang untuk menerima Islam, untuk membantu seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah swt, jangan kerapkan menegur-negur orang atau memandang yang buruk itu lebih-lebih. Istighfar dan ucap ‘nauzubillah’ setiap kali melihat kemungkaran.

Senang sahaja analoginya tetapi ada sedikit diselitkan konsep fizik.

Baik.

Di dalam sebuah bilik yang gelap, anda mahu hadirkan cahaya. Jadi anda telah menekan suis lampu untuk menjadikan bilik itu cerah.

Dalam konsep fizik, tanpa adanya cahaya, bilik akan jadi gelap gelita. Tapi kalau bilik itu berbalam dan kelam, sebenarnya bukan gelap yang wujud. Tetapi kerana sedikitnya kuantiti pencahayaan yang disalurkan ke dalam bilik tersebut.

Jadi, sebenarnya, kalau kita menekan suis lampu, adakah kita perlukan dua butang? Iaitu butang pertama untuk membuang kegelapan dan butang kedua untuk menghadirkan cahaya?

Tidak. Kita hanya perlukan cahaya untuk membuang segala kegelapan.

Begitulah bila nikmat hidayah itu hadir ke dalam diri individu. Bila hati sudah bertaut pada cinta Ilahi, segala bagai maksiat akan cuba ditinggalkan. Sebab itu, pastikan kalau mahu ajak orang kepada Islam, tolong ajar bab aqidah dahulu, bukan syariah.

“Azah, awak tahu tak? Kalau awak benci, kutuk-kutuk orang yang tak pakai tudung, tak solat, tak ikut syariat, bukannya dia yang dapat dosa. Awak yang berdosa. Awak yang Allah marah. Awak yang masuk neraka”, kata abah.

Astaghfirullah.

Mengulangi kata-kata ini berbanyak-banyak kali, saya lebih suka kalau dalam usrah itu ada disertai oleh orang yang tidak bertudung, tidak pernah tahu solat. Asalkan mereka dengar tentang kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat, pasti akan mengalir air mata keinsafan. Wallahua’lam.

8 thoughts on “Langkah 043 : Tragedi

  1. Salam perjuangan azah,

    hmm, setuju.
    Tapi, bagaiamana nak bawa seseorang dari tahapan ilmu, ke tahapan amal?

    selepas kita hujani dia dengan seerah nabi dan aspek aqidah, apa anology/ayat terbaik untuk bawa dia melaksanakan ilmunya?

    Izyana
    Uniten

  2. Salam,

    MashaAllah, when I had you in my class I would never thought this quiet sweet girl could be so objective and vocal in her opinions!

    Teruskan menulis, banyak idea2 segar dari kamu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s