Langkah Mendaki GUNUNG

Oleh Brandon Hoover, Flickr.

Gunung

Kau adalah makhluk Allah yang cantik
Kau memasak bumi
Menstabil putaran siang dan malam
Tanpamu dunia kian goncang
Bencana gempa pasti melanda dengan serakah
Kerna tangan manusia memotong dan membelahmu
Mereka rakus dan buas tanpa rasa cinta pada alam
Tanpa rasa berdosa pada pencipta

Gunung
Tinggi dipandang nun menggapai awan
Namun kau tunduk dan sujud taat
Serendah-rendahnya pada pencipta
Zikir dan munajatmu mengalahkan manusia alpa
Diammu sentiasa bermuhasabah
Teguhmu sentiasa merasa hina
Runtuhmu dengan rasa redha
Bukan seperti manusia
Bongkak dengan pangkat dan harta
Takabbur dan berdusta semata
Mereka lupa pada pencipta
Rasa diri sebagai raja
Bertuhan syaitan, beraja nafsu

Gunung
Di hari penghujung dunia
Ketika qiamat menjelma
Kau akan musnah hancur dan bertebaran
Bagai habuk-habuk berterbangan
Namun kau tiada dosa, malam amal semata
Namun kami manusia, kononnya mulia dari gunung
Tapi hina dan nista di ambang akhirat
Kecuali hamba-hamba yang sentiasa bersyukur
Kecuali hamba-hamba yang berfikir
Kecuali hamba-hamba yang soleh
Pasti menjadi tetamu syurga Allah

Gunung
Kau adalah lambang dan bukti
Kuasa Ilahi
Tiada manusia mampu menciptamu
Walau firaun cuba dengan piramidnya
Tiada mesin canggih mampu mendirikanmu
Walau dengan menara tertinggi di dunia
Tiada iblis, syaitan dan jin mampu memikulmu
Walau memiliki kerajaan sesat di Segi Tiga Bermuda

Gunung
Berdirimu menginsafkan diri ini
Sekecil hamba yang hina di sisi Ilahi

Ustaz Idris Saleh

P/s : Seinfiniti penghargaan buat Ustaz Idris Saleh. Anak didikmu tidak akan melupakan saat-saat mendaki gunung-gunung di tanah tumpah darah.

Advencer : Gunung Hijau (2006), Gunung Angsi (2008), Gunung Nuang (2011 insya-Allah)

2 thoughts on “Langkah Mendaki GUNUNG

    • Oh, dulu sangat benci subjek bahasa.

      Dulu sangat menyampah cakap di khalayak ramai.

      Tapi perasaan BENCI tu sebab tak RETI.

      Jadi ana telah BERANIkan diri masuk Kelab Pidato dan Penulisan Kreatif. Asah asah sampai jadi macam saya yang tak seberapa ni…🙂

      Akhirnya, saya MINAT.

      Terima kasih atas GURU-GURU yang membimbing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s