Langkah 044 : Islam Yang Pandai Berkongsi

“Sesungguhnya, putusnya tali Islam itu sedikit demi sedikit apabila tumbuh dalam Islam, orang yang tidak kenal jahiliyah” -Saidina Umar Al-Khatab

Uweek! Uwweek!


Anak kecil menangis dengan kuat.

Bukan air mata anak kecil itu yang menitis, tetapi anda pula yang mengalirkan air mata kerana terlalu gembira mendengar suara anak anda yang  baru selamat dilahirkan. Anda pergi mendukungnya, lalu melaungkan azan dan iqamat.  Semenjak dari saat itu, anda bertekad untuk memberikannya didikan agama yang cukup sempurna.

Nah, hari ini dia sudah besar. Besar dalam suasana biah solehah. Setiap hari dia tidak tinggalkan Al-Quran. Setiap hari dia didedahkan dengan akhlak-akhlak mulia.

Setelah dia besar panjang dan berjaya dalam SPMnya, anda mula memberikan kebebasan untuk dia memilih. Ditakdirkan, pada masa itu, dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia bersetuju, anda pun merestui. Sebaris pesanan yang ditinggalkan, “jangan tinggal solat, nak”. Lalu dia terbang tinggi.

Selepas dua tiga tahun dia di sana, anda lihat, ada sesuatu pula yang tidak kena pada anak anda.

Dia sudah berubah! Jauh berubah.

KEPENTINGAN MENGENALI HITAM

Tak boleh disangkal lagi hari  ini, ramai ibu bapa inginkan didikan agama yang sempurna untuk anak-anak. Kalau boleh, tadika islam, sekolah rendah islam, sekolah menengah islam dan seterusnya semua bercirikan islam. Malah ada yang sanggup menghantar anak-anak ke maahad tahfiz dan sekolah-sekolah pondok untuk mengelakkan mereka daripada bergaul dengan aliran zaman serba jahiliyyah.

Sohih, perkara yang baik.

Tetapi di pengakhirannya nanti, andai prinsipnya berubah 360 darjah, jangan salahkan jahiliah.

Mungkin, ada sedikit ramuan yang tertinggal.

Bayangkan ya, hari-hari anak anda diajar warna putih sahaja, sehingga dia jarang nampak yang hitam atau langsung tidak mengenali warna hitam! Itu yang bahaya. Sebab di atas kertas putih, dakwat hitam akan lebih menonjol.

Benarlah sangkaan anda, analogi yang cuba saya bawakan ini ialah warna putih ibarat perkara yang baik-baik, manakala yang warna hitam itu buruk-buruk.

Suatu kesilapan yang besar apabila anda bertekad untuk mengurungnya dalam satu kandang orang-orang yang baik sahaja, di mana tarbiyah islamiah berjalan dengan lancar di situ. Niat anda itu baik, tapi malangnya, apabila dia tidak bersedia untuk menerima sesuatu yang ‘janggal’ dalam hidupnya, dia akan terkejut besar apabila bergaul dengan orang ramai suatu hari nanti.

Hasilnya, hanya segelintir sahaja yang berjaya mengawal ketidakstabilan emosi mereka. Manakala yang lain, impaknya agak sukar untuk dijangkakan.

Sebab itu, jangan hairanlah kalau dulu ada anak-anak remaja yang jadi naqibah usrah di sekolah menengah, tapi apabila sampai di Australia, mereka ‘terpakai’ bikini. Mereka ini tergolong dalam kalangan orang-orang yang gugur di jalan dakwah, malah boleh jadi pembangkang pula.

Atau, ada pula satu kes yang berlaku, seorang hafizah mahu bunuh diri kerana tidak sanggup melihat suaminya bermuamalah dengan wanita lain dalam kerja. Kerana tidak biasa atau terlalu syadid, lantas tidak dapat menerima hal itu. Juga ada kes seorang hafizah mahu terjun dari tingkat 9 di hostel saya kerana tidak tahan lihat kejahilan rakan-rakannya zaman kini.

Oh, sudah. Bahayakan?

SOLUSI

Susah untuk saya jelaskan di sini secara terperinci bagaimana untuk mendedahkan kepada anak-anak tentang jahiliah. Kerana ia bergantung kepada peringkat umur dan tahap kefahaman mereka tentang Islam. Sebenarnya, bukan ibu bapa sahaja yang bertanggungjawab atas hal ini, malah guru-guru juga patut melaksanakannya.

Antara contoh ringkas yang saya boleh berikan ialah elakkan anak anda daripada menjadi statik di suatu lembah. Maksudnya? Jangan biarkan dia ikut arus. Prinsip perlu ada. Fikir kena jauh.

Hal ini boleh diterapkan dengan memupuk budaya membaca dan mengkaji. Elakkan mereka daripada menjadi seorang exam-oriented atau kaki buku teks dan hanya sibuk membelek hadith dan Al-Quran sahaja. Luaskan pandangan.

Cuba dedahkan mereka dengan isu-isu semasa yang dilandai masyarakat hari ini. Ajar mereka membaca surat khabar dan menganalisa sesuatu kes. Kenalkan mereka terhadap budaya-budaya jahiliah yang patut dijauhi. Ajak mereka bergaul dengan kawan-kawan yang baik dari sekolah-sekolah biasa (tidak beraliran agama) malah yang berbangsa lain dan tidak seakidah. Ajak mereka berbincang dan berfikir. Berkawan secara sihat.

Budaya ini yang perlu dipupuk. Bukan di universiti, tetapi di sekolah lagi.

Adalah sesuatu perkara yang agak terlewat jika anak kita mengenali ‘warna hitam’ daripada kawan-kawannya sebelum kita memperkenalkannya dengan ‘warna hitam’. Adalah sesuatu yang amat berisiko tinggi apabila ibu bapa langsung tidak mahu ambil tahu tentang Akademi Fantasia, game, laman web lucah dan sebagainya sedangkan anak-anak lebih pro.

Cuba fikir sejenak.

Bukankah jika anda ingin menjadi seorang Muslim yang benar-benar kenal dengan agama anda, adalah lebih baik jika anda mengkaji agama-agama lain juga di samping mencari kekuatan dalam pegangan agama anda? Cari titik-titik salah faham yang sering dipermainkan oleh orang-orang yang tidak suka dengan agama Islam. Hal ini dapat menambahkan thaqafah anda dalam menjadi seorang muslim yang kuat imannya.

Itulah yang cuba saya maksudkan.

Bukan salah sebenarnya jika kita belajar budaya orang, belajar perangai orang, belajar daripada kesalahan orang.

Bukankah antibiotik yang mengandungi sedikit kuman itu sebenarnya menjadi suatu bonus untuk kita kuatkan tahap imunisasi kita?

Jangan terlalu takut untuk keluar dari kepompong ini. Jadilah rama-rama yang indah di mata orang lain.

Pergilah duduk sebentar bersembang dengan kakak jual pisang goreng atau cuba berkawan dengan orang-orang asing. Kenali mereka. Semoga dengan ini kita dapat menjadi seorang muslim yang seimbang, tahu perangai manusia, tahu macam-macam budaya.

Bukan setakat tahu tentang agama sendiri, ikhwah akhowat, tetapi tahu juga tentang hakikat dunia serta cabaran-cabarannya.

4 thoughts on “Langkah 044 : Islam Yang Pandai Berkongsi

  1. best!!
    mcm Umar bin khatab dalam ungkapanya:
    ” إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية “.

    “Sesungguhnya putusnya tali Islam itu sedikit demi sedikit apabila tumbuh dalam Islam orang yang tidak kenal jahiliyah”.

  2. erm, mksd dari ungakapn Saidina Umar itu ialah :

    jika seorang muslim itu hidup dalam keislaman tetapi tidak mengenal jahiliyah, maka, tali/pengangan nya sedikit2 akan putus ke?

    (sori, lambat faham plak)

    azah, ni xd re edit dari yg ori aritu heh?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s