Langkah 046 : Tapak 6

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4

Bangku kaki tiga mempunyai sudut condong yang sama untuk menjadi sebuah kerusi yang stabil. Apabila satu kaki tercabut atau pakunya longgar, maka sengetlah ia. Apabila dua kaki bangku itu longgar maka semakin bergoyanglah ia menampung beban yang ada. 

Pentingnya untuk kita sama-sama memikul beban yang ada. Sama-sama. 

Bagai dalam aktiviti duduk atas peha kawan dalam satu bulatan. Sama-sama duduk, sama-sama menanggung beban. Andai kita saling bekerjasama, bertuahlah kita. Dapat duduk dengan lebih selesa dan lebih lama.

Begitulah hakikatnya, dalam sebuah pasukan, kita harus saling tidak mementingkan diri, segera memberi semangat kepada mereka yang rasa hampir putus asa atau hampir kalah dalam pertempuran.

Nah, hari ini, kalian bersama, dalam pasukan-pasukan yang dihantar, bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Debat Musleh 2011. Hanya sedikit pesanan yang ingin ditinggalkan, walaupun entah sempat dibaca ataupun tidak, kenali potensi setiap ahli dan cuba tidak menekankan kekurangan yang ada pada seseorang, tetapi potensi yang ada.

Kak Azah yakin kalian sudah mengenali antara satu sama lain. Semoga dengan gaya dan kelebihan tersendiri, kita mampu pergi lebih jauh seiring dengan doa. Allahussomad.

Selamat maju jaya! 

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s