Ramadhan Fasa 1

Bismiilah wassalamualaikum.

Alhamdulillah tiba-tiba diberi sedikit semangat untuk menulis pada malam ini.

Tilawah

PERKONGSIAN

Hari ini iftar jamaie lagi. Hampir setiap hari ada jemputan untuk ke program berbuka puasa beramai-ramai. Walaupun tidak ada makanan FREE yang dihidangkan, tapi majlis ini telah mendatangkan suasana manisnya nikmat berukhuwwah dengan bacaan doa, zikir, berbuka bersama, suap menyuap, berkongsi tazkirah dan bergurau senda. Cukup untuk menjadikan majlis ini kelihatan luar biasa. Biiznillah menambah modal dengan berhimpun dan bersurai untuk redha Allah.

Alhamdulillah banyak pengisian dan ceramah agama bagi persiapan menghadapi Ramadhan. Menghadiri kelas talaqqi Ust Muhadir menjadikan hati rasa lebih tenang walaupun ‘assignment’, kelas tasmi’, mesyuarat dan jemputan-jemputan masih banyak seperti biasa.

Kali ini perlu mengehadkan waktu berprogram agar diri dapat tumpu kepada ibadah seperti yang dilakukan oleh Imam Al-Zuhri yang meninggalkan aktiviti pengajian Hadis beliau pada bulan Ramadhan untuk fokus kepada pembacaan Al-Quran.

MUTABAAH AMAL

Majlis persiapan menghadapi Ramadhan bersama keluarga dari Mekah

Berikut adalah borang yang diberi untuk diisikan sepanjang bulan Ramadhan. Sekadar perkongsian dan cadangan :

1. Doa bangun tidur

2. Solat tahajjud

3. Solat taubat

4. Solat hajat

5. Solat witir

6. Bersahur

7. Solat Subuh berjamaah

8. Mathurat pagi

9. Solat Dhuha

10. Solat Zuhur berjamaah

11. Solat Asar berjamaah

12. Mathurat petang

13. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka

14. Berbuka dengan kurma

15. Solat Maghrib berjamaah

16. Solat tarawih

17. Solat Isyak berjamaah

18. Tadarus Al-Quran (2 Juz)

19. Selawat 100x

20. Zikir 100x

21. Niat puasa sebelum tidur

22. Bacaan Al-Mulk

23. Doa tidur

24. Solat sunat rawatib (min 2x)

25.  Sedekah

26. Salam, senyum, sapa

27. Majlis ilmu

28. Baca buku ilmiah

BUAT DUIT INI MACAM

Sungguh, masyarakat kita amat terkenal dengan Bazaar Ramadhan setiap hari. Kalau boleh yang berniaga nak siap dari pukul 4 petang sampai 8 malam mengurus gerai.

Saya juga pernah berniaga di Bazaar Ramadhan kira-kira 3 tahun yang lalu. Penat berniaga dan tergoda dengan air sirap bandungnya lagi. Tapi alangkah terkejutnya kalau dilihat, gerai-gerai masih aktif di kala orang sibuk solat berjamaah di masjid-masjid. Itulah, perlu banyak husnu dzon dengan apa yang telah diperhatikan.

Hm, namun begitu, ada juga warung-warung yang ditutup sepanjang bulan Ramadhan tidak kira siang atau malam. Mereka mencari sumber pendapatan dengan cara lain agar masa mereka lebih fleksibel dan boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam pesta ibadah.

AYUH, KITA LUMBA MAKAN!

“Ewah, bunyi saja laungan azan, terus disumbatnya makanan sampai perut buncit boroi. Ish ish ish…”

Kami gelak.

“Bila tarawih nanti, termuntah segala isi dalam perut. Keluarlah cendol, nasi kerabu, air sirap bandung dan segala ‘alien’ dalam perut tu”, kata ustaz di sekolah dulu.

Geli hati kami membayangkan situasi itu.

Penduduk Madinah suatu ketika dahulu terkenal dengan orang tuanya yang sihat. Apabila ditanya bagaimana, kata mereka;

“نحن قوم لا ناءكل حتّى نجوع و اذا اكلنا لا نشبع”

Mereka mengamalkan tidak makan sehingga lapar dan jika makan tidak kenyang.

Susah nak amalkan di Malaysia ni… Nasi sesenduk belum cukup!

Tak dapat dinafikan, sebab itu kita banyak penyakit dan iman kita susah nak naik. Perut itulah punca banyak penyakit, perut yang kenyang jugalah yang menjadikan kita lalai.

Kalau puasa tujuannya untuk mengukur sejauh mana keikhlasan dan sejauh mana hawa nafsu dapat dikawal dikala syaitan dibelenggu, oleh itu, sewajarnya bulan Ramadhan dijadikan sebagai bulan untuk menggemukkan pahala dan menyihatkan badan.

Analogi menarik :

Orang yang berpuasa, kemudian berbuka dengan perlumbaan duduk-duduk-makan, sia-sia sajalah puasanya. Bak kata Ustaz Muhadir, “mereka itu SAFIH. Atau maknanya ‘b-O-d-o-h’.”

“Bagaikan orang yang sudah penat-penat membina istana, kemudian mengebom kotanya termasuklah istananya”, sambungnya.

Kami angguk.

KELUARGA

Alfatihah buat ayahanda tercinta

Ah, menitis air mata rindu. Kalau dulu di rumah, surau kami meriah dengan solat tarawih berimamkan abah, hadis yang dibaca Attief Hakimi, bacaan doa oleh Muhammad Fattah dan tazkirah bergilir oleh kami adik-beradik.

Insya-Allah kali ini kami cuba mencapai target masing-masing untuk khatam beberapa kali mengikut kemampuan dan khatam berjamaie dengan cara bertadarus sesama kami.

Mungkin kali ini Allah nak kami sering berjalan kaki ke rumah Allah mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. Juga Allah mahu kami berdikari dan konsisten dengan mutabaah amal walaupun ketua keluarga kami sudah dijemput Allah dahulu.

RAMADHAN KAREEEM

Sahabat nabi mula berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan 6 bulan sebelum dan berdoa agar amalan mereka diterima 6 bulan selepas.

Ya Allah, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan mesej kematian diterima. Lebih dekat dengan Ramadhan, lebih kerap pula mesejnya. Rakan-rakan saya juga turut hairan dengan berita ini.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan malam seribu bulan. Selamat beribadah.

Wallhua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s