Kaedah Penulisan Islami

Oleh Ustaz Mohamad Nizam Abd Kadir.

فی قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب الیم بما کانوا یکذبون

“Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambah mereka dengan penyakit, dan mereka akan menerima azab yang pedih, karena sebelum ini mereka selalu berbohong.” (Al-Baqarah : 10)

INTRO

Ustaz banyak menulis tentang tauhid aqidah dan fiqh.

Dalam menulis, kita perlu banyak bersabar jika buku kita tidak diterbitkan walaupun telah melalui banyak prosedur.

KAEDAH PENULISAN ISLAMI

Gambar hiasan

Penghujahan dengan nas Al-Quran perlu berdasarkan tafsiran ulama tafsir, bukannya dengan logik akal. Kerana banyak ustaz atau segelintir penulis memandai-mandai dalam menafsirkan ayat-ayat Allah mengikut kefahaman sendiri.

Riwayat Israiliyat dalam kitab-kitab tafsir bukanlah suatu hujah.

Hadis terbahagi kepada tiga kategori; sahih hasan dan daif.

Sahih dan hasan; menggunakan ungkapan “Nabi Muhammad SAW bersabda”

Daif; menggunakan ungkapan “Diriwayatkan satu sabda”

Rujukan kepada kitab hadis; 1. Sahih Al-Bukhari 2. Sunan Al-Tirmidhi

Pendapat ulama mestilah dirujuk dalam kitab muktabar; dalam mazhab Syafie – kitab asal iaitu Muktabar Mazhab Syafie.

Dalam apa-apa jenis penulisan, pastikan ayat Al-Quran dituliskan nombor surah dan ayat sebagai rujukan.

Pastikan juga hadith ditulis bersama sumbernya kerana banyak hadith yang ditulis tidak ada sumber rujukan atau tersilap tulis sumber rujukan. Kemungkinan boleh berlaku hadith rekaan atau kekeliruan dengan kata-kata sahabat nabi, tabi’ tabi’in dan sebagainya.

Dalam membaca buku-buku agama, kalau boleh berguru atau merujuk kepada guru jika tidak faham kerana takut-takut syaitan akan menjadi gurunya. Jangan pula takut membaca buku agama kerana ia hanya akan menyempitkan hikmah ilmu itu.

(Akan diedit)

3 thoughts on “Kaedah Penulisan Islami

  1. Syukran atas perkongsian.. Nak buat cerita yang wataknya ibarat ‘hadith berjalan’ tapi entah.. rasanya elok terjemahkan kitab2 arab daripada buat novel..lebih byk manfaatnya…dilema skrg ni..

  2. Menterjemah kitab-kitab arab adalah kerja yang sangat bagus! Kita kurang penterjemah. Boleh jadi para penulis lain akan jadikan buku yang Azam terjemahkan tu sebagai rujukan. Insya Allah apa salahnya kita bertukar haluan dalam penulisan? Mungkin hari ini jadi ulama esok lusa pula jadi ulama yang mengarang puisi dan novel. Bittaufiq wan najah…

    • Ameen. InsyaAllah. Ya, tiada salahnya, yg penting menulis.. kerana penulisan boleh jadi saham akhirat yang menguntungkan. Jika seorang penulis itu mati, karya dan penulisannya kekal hidup.. Moga diberi kekuatan untuk teguh istiqamah dalam penulisan.. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s