Pantang

Bismillah.
A014
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahfi : 14)
Rabbish rahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli.
Lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.
Pantang.
Dalam menghadapi sebarang serangan musuh, pantang kita fikir takut mati. Meskipun ia pernah sekali sekala menerjah masuk ke dalam mimpi ngeri, tapi kalau tidak dikawal, bakal menjadi realiti.
Pantang.
Kalau melintas titi sambil berpaut pada angin, jangan angankan sangat tentang gayat dan jatuh. Kelak kamu akan kecut perut lalu rebah.
Pantang.
Bila naik ke mimbar dan berucap di khalayak jelata, sekalian mata mula memandangmu. Tatkala itu janganlah dipandang mereka dengan bayang-bayang monolog negatif. Atau suaramu bakal terputus-putus, peluh menitis dan hatimu sudah cabut lari.
Ya, jangan katakan saya RASA saya tidak mampu setelah saya MEMILIH untuk bertindak.
Tariq Ibn Ziyad telah membakar kapal-kapal tenteranya selepas berlabuh di Andalus. Sungguh tiada disediakan seinci ruang pun untuk bermimpi sedih, kesal dan gagal. Jika mati syahid, pasti mendapat kemenangan di sana!
Tapi sebelum membuat keputusan, perlulah diteropong lompong yang ada, gaung yang dalam, perangkap yang membunuh dan lautan api yang merentungkan. Atau kamu akan menyesal di tengah jalan.
Sentiasa membuat keputusan bersama Dia.
Yakin dan percaya.
Allahussomad!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s