Langkah 047 : Mihniy <3

“Sesiapa mengimpikan kehidupan dunia, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mengimpikan kehidupan akhirat, maka dia perlu berilmu. Jika kita mengimpikan kedua-duanya, maka kedua-duanya perlukan ilmu pengetahuan.”- Saidina Ali r.a.h

Kain bermeter-meter itu dibentangkan, dilipat mengikut ukuran, lalu dipotong oleh saya.

“Nah, lepas ni kita jahit tepi pula”, kata Makcik Dah, jiran saya.

“Tu mesinnya”

Saya teragak-agak nak mulakan sesi menjahit tepi. Almaklumlah, mana pernah nampak mesin ni.

“Cik Dah buat demo lah dulu, nanti Azah tiru”, pantas saya mencari solusi.

Saya perhatikan cara Makcik Dah. Macam mudah. Sangat laju. Saya pun apa lagi, seronok meniru.

BELAJAR DENGAN MENIRU

Kita semua pernah meniru kan?

Ya, bohonglah kalau kita tak pernah meniru.

Kita berdiri sebab nampak ibu bapa kita berdiri. Kita cuba jalan macam mereka. Menulis gaya mereka. Meniru fesyen tulisan kawan-kawan. Menekap masa melukis. Melihat orang lain sebagai contoh untuk mencari identiti diri kita.

Betul kan?

Makan tangan kanan seperti apa yang Rasulullah ajarkan, langkah kaki kiri bila masuk ke tandas, baca doa sebelum dan selepas tidur, semua aktiviti harian kita ini kita belajar dari orang lain.

ADA ORANG LAMBAT SEBAB TAKUT

“Eh, kamu ni biar betul? Akak belajar jahit tepi ni 2 minggu tau. Kain licin macam ni sangat susah kot nak jahit tepi”, puji kak Akma anak makcik Dah.

“Lah yeke?”, saya tersengih.

Saya ke rumah mereka dalam pukul 3 petang dan pulang sebelum maghrib. Banyak saya belajar hari tu. Baju saya tinggal jahit pesak untuk cantum dengan lengan sebelum dicantum pada badan.

Bila balik rumah, baru saya teringat. Dulu-dulu selepas SPM, pernahlah saya berguru dengan seorang tukang jahit ni. Kelas dekat 5 kali tapi masih belum siap jahit baju kurung. Segala ilmu pun sudah lupa. Hari ini saya jahit dalam masa 4 jam sahaja dah hampir siap.

Kenapa?

Praktikal. Kita ada mentor dan mentor kita orang yang hebat. Tanamkan perasaan kagum dan cemburu padanya. Nak jadi macam dia, lantas kita mula minat gila. Ingat semua step yang dia buat. Dan paling penting, BERANI GAGAL.

LATIHAN SENDIRI

Mungkin salah satu faktor besar saya cepat belajar ialah saya ego nak tunjukkan kesalahan saya pada Cik Dah. Hehe.

Contohnya, Cik Dah akan beri saya satu task dan tinggalkan saya dalam bilik khas untuk menjahit sebab dia ada kerja nak mandikan cucunya, nak masak dan sebagainya. Jadi sepanjang beberapa minit tu, saya akan jahit dengan bersungguh-sungguh kononnya saya dah pandai menjahit. Bila saya salah jahit, saya tetas cepat-cepat takut Cik Dah nampak dan jahit semula. Jahit banyak-banyak kali. Bila benang simpul, saya bedah mesin jahit tu dan betulkan sekoci. Padahal mesin jahit Singer yang lama tu macam ‘alien’ yang baru saya kenali.

Lama-lama bila buat latihan kerah sendiri, gagal banyak kali, kita jadi lebih mahir. Kan? Kan?

Alah, contohnya ada satu tanah kosong ni, penuh dengan lalang. Mula-mula kita serabut nak kena cantas untuk melintas. Dua minggu lagi bila kita lihat balik jalan yang kita bina tu naik balik lalangnya, kita cantas semula dan lintas. Dua minggu lagi, cantas semula dan lintas. Lama-lama, tempat tu akan jadi macam laluan yang lalang malas nak tumbuh. Lagi hari-hari kita jalan atas lorong yang kita bina tu, lagi susah lalang nak tumbuh, lagi mudah kita nak lalu. Begitulah latihan.

SABAR

Bila kita gagal buat sesuatu, kita rasa macam nak label benda tu susah kan?

Contohnya  waktu buat latihan Calculus. Bila tersangkut di tengah jalan, kita mula merengek rambut dah nak beruban. Bila penat-penat kita buat latihan, tak dapat jawapan, kita cepat sangat tutup buku dan sambung tidur kan? Bila dah siapkan tutorial, baca balik nota-nota dan tiba-tiba masuk dewan peperiksaan soalan dia macam ‘alien’, kita macam nak mengamuk kan?

Heh, sabar lah ya.

Hm, dalam apa jua cabaran, perlu bersabar kan.

Ya, pentingnya sabar tu. Contohnya kalau kita panjat gunung, kita tak sabar, kita berhenti dan malas nak sambung perjalanan, kita akan rasa mudah putus asa dan nak patah balik. Sebab tu, GO ON lah ya!

APA KAITAN?

Ok ok. Masuk balik topik asal, “mihniy”. Maksud “mihniy” ialah kemahiran.

Kaitannya pula?

Bila kita buat sesuatu, belajar suatu kemahiran, tidak kiralah programming ke… menunggang kuda ke, memanah ke, menjahit ke… menulis ke, silat gayung ke.. Karate Kid ke… hehe. Sebenarnya, banyak benda yang kita boleh  belajar di sebalik kemahiran-kemahiran tu.

Aik? Di sebalik ilmu ada ilmu?

Ya! Sebenarnya segala kemahiran yang kita pelajari sepanjang pengembaraan di bumi Allah ni, akan dapat mencorak dan melatih sifat diri kita.

Mari cari pengajaran dan ilmu di sebalik ilmu tu!

Macam quote dalam Karate Kid, “Everything is Kung Fu”.

Akhowat fillah.

Selamat bercuti! =)

PENUTUP

Mr. Han: Being still and doing nothing are two very different things.

~

Dre Parker: I thought you were just a maintenance man.
Mr. Han: You think only with your eyes, so you are easy to fool.

~

Dre Parker: How’d you do that out there? You, like, didn’t even punch them. They beat each other up.
Mr. Han: When fighting angry, blind men, best to just stay out of the way.

Wassalam.

One thought on “Langkah 047 : Mihniy <3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s