Langkah 048 : Aku Diuji (Tapak 1)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur lillah. Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad SAW.

Para pembaca sekalian, perasan tak?

Kekadang, bila kita diuji dengan pekara yang berat dan pada waktu itu orang lain rasa ujian kita terlalu berat, tetapi alhamdulillah, kita rasa ujian itu masih ringan.

Ada masa pula sahabat-sahabat, kita diuji dengan perkara yang remeh temeh aja, dan orang sekitar kita langsung tidak beri perhatian kepada masalah yang kita hadapi. Tapi tatkala itu kita merasakan bahawa ujian dan masalah kita itu sangat berat, terlalu menekan dan kita keseorangan.

Allahu Allah, Allahussomad.

Pembaca sekalian, teruskan membaca kisah di bawah ini. Semoga kita mendapat ibrah darinya.

KISAH HUSNA DAN FATHY

Husna lari dan terus memeluk Fathy. Lama, tidak ada satu patah kata pun yang terpancul dari mulut mereka. Haya bunyi esakan dan tangisan.

Kemudian, pelukan erat mereka dilepaskan.

“Innalillah Fathy. Innalillahi wa inna ilaihi roji3un”, bisik Husna.

Air mata dikesat.

“Anti tak layak menangis depan ana, Fathy. Menangislah depan Allah”, sambungnya lagi.

“Simpan tangisan sebenar itu hanya untuk Allah, Fathy. Solat malam Fathy. Ana sentiasa mendoakan anti agar anti tidak putus asa dari rahmat Allah…”

Masya-Allah!

Seronok andai kita ada rakan begini. Yang bukan cuba menyelak tepi kain kita, yang bukan memaksa kita meluahkan perasaan, yang tidak cuba mencuri masa kita untuk mendengar keluhan dan membuatkan pahala bersabar kita semakin berkurangan.

Bukan ertinya mereka tidak endah tentang hal kita. Mereka bertanya khabar dan kemudian hanya banyak membantu secara praktikal dan menyiram kata-kata penuh hikmah, mengelakkan kita dari terlalu bergantung kepada manusia dan membimbing kita untuk terus meraih cintaNya.

Allahuakbar. Kadang-kadang, kita tak terfikir pun cara terbaik untuk memberi nasihat kepada orang yang mendapat ujian.

Mungkin saya sendiri juga tidak reti nak menasihat orang kerana saya sendiri bukan orang yang hebat. Semoga kita diberi ilham untuk menyusun kata, memberi apa yang terbaik buat orang di sekeliling kita. Hanya orang yang memiliki boleh memberi, bermaksud, hanya orang yang ada iman, yang dekat dengan Allah akan dapat memberi untaian hikmah yang cantik sebegini.

Marilah sama-sama kita muhasabah dan membuat persediaan mental agar, kita sentiasa menjadi orang yang bersabar, orang yang bersyukur, orang yang tidak putus asa dari rahmat Allah. Sebagai penutup, mari renungkan firman Allah dalam surah Al-Ma’arij,

Firman Allah SWT, dalam Surah Al-Ma’arij, ayat ke- 19-21.

“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.”

“Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,”

“Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir”

Sedikit huraian ayat ini daripada ringkasan tafsir oleh Prof Dr Wahbah Zuhaili:

Sememangnya manusia itu diciptakan bersifat SUKA BERKELUH KESAH bila ia mendapat sesuatu yang ia sendiri TIDAK SUKAI, dan bila ia mendapat sesuatu yang ia SUKAI pula yang berupa kebaikan, ia menolak untuk memberi (RAKUS). Jika ia ditimpa kemiskinan, sakit, atau bencana lain, dia TIDAK BERSABAR dan TIDAK MENCARI PAHALA melaluinya di sisi Allah SWT. Sedangkan, bila dia mendapat kecukupan, berupa KEMAKMURAN dan KELUASAN REZEKI atau berupa ladang tanaman dan yang semakna dengannya, dia sangat KIKIR.

3 sifat ini: RAKUS, KELUH KESAH dan KIKIR atau KEDEKUT adalah sememangnya tabiat manusia.

Huraian Imam Ibnu Kathir tentang ayat 19-21 , surah ke 70 ini:-

Dari ayat-ayat ini, Allah SWT menceritakan tentang manusia dan akhlak tercela yang diciptakan kepadanya. Jika manusia ini ditimpa sesuatu hal yang menyusahkan mereka, maka ia akan gusar dan mengeluh. Hatinya jadi hancur kerana rasa takut luar biasa yang menyeramkan dan kerana putus asa dari mendapatkan kebaikan. Bila ia mendapat nikmat dari Allah SWT pula, dia sangat berkira untuk beri kepada orang lain, dan menolak daripada memberikan hak Allah dari nikmat yang diperolehnya itu.

P/s : Bolehlah lihat sambungan ayat 22 hingga akhir Surah Al-Ma’arij (cadangan) untuk mencari siapakah mereka yang akan berjaya dalam menghadapi ujian dan nikmat yang Allah timpakan kepada kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s