Langkah 049 : Aku Diuji (Tapak 2)

Bismillah.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ahlul bait.

Seringkali kita dengar nasihat dari ustaz, dari lirik nasyid, dari ceramah-ceramah, dari tazkirah, dari artikel, dari kata-kata hikmah dan sebagainya, seringkali kan kita dengar bahawa jika ujian melanda, perlulah kita bersabar dan elakkan daripada berputus asa dari rahmat Allah.

Hm, tapi ada pula satu kes, orang langsung tak makan saman. Ha. Itu lah bahayanya bila kita sering diuji dan rasa macam dah ‘kebal’ sangat.

KISAH MENARIK

Gambar Hiasan

Dulu Ustaz Hafiz suka suruh kami tafsir kisah lucu Juha dalam kelas Bahasa Arabnya. Jadi, adalah sebuah kisah si Juha ni yang ingin saya kongsikan.

Di sebuah perkampungan Arab dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri bahagia sekali. Suatu hari, isteri Juha telah meninggal dunia. Pada hari itu semua orang menasihati agar Juha bersabar dengan mehnah yang melanda. Juha kelihatan tenang dan redha.

Tapi tiba-tiba pada suatu hari yang lain pula, unta si Juha telah mati. Juha menangis tak henti-henti. Semua orang kehairanan.

“Hai Juha, aku lihat kamu ni macam sayang unta dari isteri”, sindir jirannya.

“Ah, engkau apa tahu”, jawab Juha dengan sinis lalu sambung menangis.

Melihatkan Juha asyik menangis, seorang demi seorang penduduk kampung menjenguk keadaan Juha dan rasa serba salah.

“Hai Juha, ceritakan kepada kami apa yang terlalu menyedihkan sangat sehingga kamu menangis teruk kerana kematian unta dan langsung kelihatan tenang pada hari kematian isterimu”, tanya jirannya.

“Hmm….”

“Kalau engkau nak tahu, pada hari isteriku meninggal dunia, semua orang pujuk aku supaya bersabar dan redha. Tapi bila unta aku mati, aku berasa amat sedih tapi tiada orang yang menasihati aku supaya bersabar”, jawabnya.

Heh. Entah apa-apalah pakcik Juha…

Dari kisah ini, mungkin kita boleh faham yang Juha itu seorang manusia seperti kita, diciptakan bersama perasaan. Yang ada waktu, kita rasa kita kuat dan ada waktu kita rasa amat lemah.

BERASA AMAN

Hikmahnya mehnah atau ujian ini ialah rasa kebergantungan kita dengan Allah itu akan semakin kuat. Lagi diuji, kita akan dapat rasai jiwa kita semakin tabah dan dalam masa yang sama, kita akan sentiasa beringat dan merasakan bahawa kerdilnya diri kita jika nak dibandingkan dengan kuasa Allah s.w.t

Tapi kan, ada orang, yang tak mustahilnya kita juga (nauzubillah), kekadangnya lupa. Kita berasa TERLALU AMAN dengan ujian-ujian yang Allah beri. Alah bisa, tegal biasa. Sesungguhnya, itulah perkara yang perlu sangat dielakkan. Contohnya sekecil ujian tak jumpa tempat parking kereta pun, sekecil itu juga sepatutnya kita beristighfar dan berdoa.

Buruklah jika kita berasa aman dengan ujian. Kerana sombongnya sikap kita, kerana kerasnya hati kita untuk menangis dan mendambakan pertolonganNya.

REDHA

Gambar Hiasan

Suka untuk dikongsikan juga dengan pembaca.

Pada waktu abah sedang nazak, saya di sisi peluk abah dan ucapkan kalimah syahadah. Saya telah memilih untuk tidak menangis walaupun peritnya perpisahan dengan orang yang sangat saya sanjungi. Alhamdulillah, dengan tenang, saya masih kuat menguruskan jenazah abah. Pagi itu saya tolong mandikan jenazah, bersama bapa-bapa saudara menguruskan laporan polis, isu pembedahan siasat, mencadangkan tanah perkuburan sebagai lokasi pengebumian, bersama-sama solat jenazah, membaca surah AlMulk 3 kali bersama keluarga di kubur, sehinggalah tahlil pada malam itu.

Mesti pelik kan? Alhamdulillah, syukur Allah campakkan perasaan tenang dan redha menghadapi ujian ini. Bukan berasa aman, tetapi redha yang mana bila kita fikir panjang dan merenung lebih jauh, pasti akan nampak sinar di hujung destinasi. Itulah HIKMAH.

Semoga bila kita diuji, lebih mendekatkan hati kita dengan Allah, bukan menjauhkan lagi. Wallahua’lam.

One thought on “Langkah 049 : Aku Diuji (Tapak 2)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s