Langkah 051 : Titik Tolak

Bismillah.

Ruhul Jadid, Semangat Baru

“Berda’wah itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. Biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. Kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.

Mustahil itu ! Mustahil !

Tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk-pucuk segar itu.

Jadi, para mad`u (pengikut da’wah) kita harus di-ri’ayah (dirawat), ditumbuhkan, diarahkan, dinasehati sampai dia benar-benar matang. Dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi, dibangun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali bepergian dengannya. Agar kita memahami betul watak kader da’wah kita sebenarnya……” – Allahyarham KH. KH. Rahmat Abdullah

Kem-kem motivasi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi tak semudah itu untuk meng’hijrah’kan orang. Terutama ahli keluarga sendiri. Pelik bukan? Kebanyakan orang mudah untuk menasihati dan membimbing rakan dan masyarakat, akan tetapi, untuk menasihati dan membimbing keluarga, hanya sedikit yang mampu.

Sedangkan Allah berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [At-Tahrim : 6]

Malah, RasulNya juga telah menyebarkan dakwah Islamiah kepada keluarganya terlebih dahulu.

Mari muhasabah bersama.

Kering tanpa tarbiah

Selepas menghadiri ceramah atau kursus, semangat kita makin berkobar-kobar. Tapi ia hanyalah seperti hujan lebat semalam dan tentu esoknya tanah kembali menjadi kering. Jika ingin membuahkan sebuah transformasi yang bersifat konsisten, kehendak individu itu untuk berubah perlulah menjadi akarnya. Kerana Allah sendiri pernah berfirman,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..” [Surah Ar-Ra’d : 11]

Bahkan hadith 40 yang disusun Imam Nawawi telah di’kepala’kan dengan hadith tentang niat.

Cuba fikirkan.

Ada orang boleh tidak ‘sentuh’ nasi 2 tahun semata-mata kerana hendak kuruskan badan.

Ada pula orang telah keluarkan berpuluh ribu ringgit untuk kurus, tapi hasilnya tidak seberapa.

Kerana dengan kehendak yang sipi dan semangat yang bagaikan hujan semalam, esok tanah menjadi kering, kita takkan boleh berganjak.

Pembaca sekalian,

Untuk mewujudkan suasana berubah, sudah tentu perlu ada perkara yang perlu diubah. Fikirkan perubahan BESAR, mulakan dengan perubahan kecil.

Rakan, persekitaran, amalan dan banyak lagi perlu diubah untuk berubah.

Mungkin, dengan hanya renungan hadith dan bertadarus Al-Quran sekejap bersama keluarga selepas solat Maghrib berjamaah dapat menjadi titik tolak untuk lebih mengeratkan hubungan dan memulakan ‘bulatan gembira’ dalam rumah tangga.

Ianya ibarat melekukkan batu dengan titisan-titisan air yang kecil. Tak perlu keluar duit beratus-ratus untuk ‘membasuh’ dan ‘menggilap’ akhlak anak-anak.

Pembaca sekalian,

Adalah perlu jua disuburkan kehendak ini dengan disiplin untuk menjadi ‘hipokrit’. Orang kata ianya ‘hipokrit’. Tapi kita perlu jangankan. Filem Mihrab Cinta memaparkan kisah seorang pencuri yang berlakon menjadi ustaz. Akhirnya, kehidupan pencuri tadi berakhir dengan kerjaya sebagai seorang ustaz yang disanjung ramai.

Jika menuju ke arah fitrah, tak perlu takut dilabel sebagai ‘hipokrit’. Teruskanlah menjadi baik!

Jika selama 21 hari anda berlakon menjadi lemah lembut, hari ke 22 tentu anda akan kekok dengan keganasan!

Jadi, jangan segan silu untuk memakai tudung labuh pada 1 Januari hanya kerana anda tidak pernah bertudung pada 31 Disember dan tarikh-tarikh sebelumnya.

Pembaca sekalian,

Menginginkan sebuah perubahan dalam hidup ia tidaklah semudah kita mengupdate antivirus. Kononnya dengan update antivirus itu kita mampu melawan seluruh virus yang telah bersarang teruk dalam komputer. Tetapi, kita perlu mengformatnya, yang mana kita mungkin akan kehilangan banyak software dan dokumen-dokumen yang penting.

Sebab itu, cara untuk kita bergerak menuju sebuah perubahan itu adalah dengan mengorbankan banyak perkara yang kita biasakan. Kadang-kadang ia adalah bersangkut dengan perkara yang amat kita sayangi, tetapi itulah dia harga sebuah perubahan.

Pembaca sekalian,

Adakalanya perubahan itu tidak langsung kita ingini. Tetapi perlu kita harungi. Ianya sukar, tapi perlu jua ditempuhi.

Contohnya, selepas 16 Mei 2011 jam 4.15 pagi. Saya perlu persiapkan diri untuk menjadi ‘pelajar’ kepada perubahan. Apa yang perlu saya buat ialah MEMAHAMI perubahan yang berlaku, perlu redha abah telah meninggal dunia, dan perlu sedar akan tanggungjawab saya sebagai kakak sulung kepada 4 orang anak yatim. Jika saya tidak memahami situasi, tentunya saya akan enggan menerima perubahan. Sedangkan saya perlu berubah!

Saya perlu bersabar dan cuba belajar memahami dan mengadaptasi diri dengan momentum perubahan yang berlaku.

Ianya nampak sukar, tapi jika kita tidak cuba untuk belajar memahami perubahan, kita tidak akan mampu berubah!

Juga samalah jika kita dipaksa berubah, tapi tidak mengerti mengapa perlu berubah, maka perubahan yang kita lakukan itu takkan berpanjangan. Malah menyeksa diri sendiri.

Pembaca sekalian,

“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman.” [Al-An’am : Ayat 125]

Saya begitu lemah sekali.

Ada orang kata, saya cuba membina ‘hidup baru’ dan mencari titik tolak perubahan drastik dengan berkahwin dalam masa terdekat.

Saya berkata, perubahan tidak akan datang terjawab andai kita menunggu ‘SIAPA’ dan ‘BILA’. Kitalah hakikatnya jawapan bagi SIAPA dan BILA itu. Kitalah perubahan yang kita cari.

Saya tidak boleh menunggu untuk berubah. Kerana tak mustahil esok saya tidak dapat bernafas lagi.

Dan dia, takkan mampu mengubah saya jika saya enggan berubah kerana belum mendapat hidayah dan rahmat Allah swt.

‎”Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. [Surah An-Nahl : Ayat 93]

Wallahua’lam.

Fathirah Solehah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s