Dare to DREAM!

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu.” (Al-Mukminun : 60)

Bismillah. Elsalam. Kawan saya tengah promosikan “Dare to Dream”. Kisah inspiratif dia menyebabkan saya nak berkongsi sesuatu dalam kesibukan ni.

“WAH! AZAH dah KAWIN!!! Sejak bila awak fikir pasal kawin nih? Kitorang tak pernah dengar pun gosip awak? Tibe bertunang senyap-senyap.”

“Hehe”, saya tersengih.

“Dah lama.”

“Aik? Dah lama bertunang? Pilihan famili?”

“Err, tak lah. Baru kenal nama suami bulan Oktober 2011, ada orang kenalkan. Bertunang 20.11.2011, nikah 21.1.12. Rezeki Allah nak bagi.. Tapi saya memang dah lama BERAZAM untuk berkahwin pada umur 20 tahun sejak saya berumur .. sejak saya baru baligh, umur 14 tahun”

Jatuh rahang. BERANINYA!!

Kan?

Kita ni takut benor nak bermimpi. Apa salahnya mimpi benda yang luar kebiasaan?

~

ACM ICPC sesuatu yang mungkin amat mustahil. Pertandingan C++ Programming peringkat Antarabangsa. Badai, cari nahas. Soalan banyak gila dan gila-gila dalam masa yang amat singkat gila. Ah, selamba saja kita daftar. Kita bukannya tahu apa-apa sangat pun. Sekadar C Programming dapat A, tak menjanjikan hebat dalam C++.

Otak lembap betul. Soalan pun tak faham, baca beribu kali, baru faham. Buat buat, dapat banyak ERROR. Kita takde pengalaman langsung. Semua budak 3rd year ke atas. Kita seorang first year, first sem. Ah, apa kisah.

Kita teruskan perjalanan! Mula-mula, kita sorang Melayu. Semua Pakistan, Arab dan bangsa-bangsa lain. Kita buat muka tak malu bergaul dengan budak postgraduate.  Benda kecik pun kita banyak tak tahu! LOL. Ah, apa kisah. Kita memang ‘bodoh’, mula dari kosong. Kita pun AJAKlah lagi ramai kawan JOIN kerja gila ni. Akhirnya, kita rasa PUAS dapat menggilakan lagi ramai orang. JOM! JOM!

Sakit juga fikir solutions tu. Tapi kita tetap bermimpikan sesuatu di hujung perjalanan ini. Biarlah anak kita tahu mama dia KEEP ON training Programming masa mengandung sampai dalam pantang nanti, mama dia tetap berusaha.

Btw, kita sangat tak kisah kalau kita sangat PELIK. Kita tetap yakin dapat masuk competition tu okeh!

//Sori bebeh, kalau boleh ‘gila’ tu gantikan dengan ‘sangat’.

~

Kembali romantika.

Hm. Tak sia-sia meneruskan mimpi untuk dapatkan orang yang macam ni. Penuh ‘badai’ kot. Serius, sangat tak disangka-sangka, dia datang tepat pada masanya. Hensem akhlaknya, sungguh lemah-lembut orangnya, sabar dan tabah dalam ujian yang dihadapinya.  Bertanggungjawab dan rendah hati orangnya. Dia lecturer peribadi saya =)

Ya ALLAH! Sangat bersyukur jumpa orang yang macam ni.

Saya doakan dia berjaya dapat Ir dan dipermudahkan urusan untuk sambung phD. Saya yakin dia juga sentiasa bermimpi!

 

One thought on “Dare to DREAM!

  1. Salam alaik.

    Lama tak jejak kaki di sini.
    Tiba-tiba baca post yang dah kahwin?
    Allahu Allah.

    Barakallah! Mabruk!
    Moga tautan kasih, dua jiwa dua hati kekal hingga ke syurga.
    (=

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s