Langkah 052 : Study Studi Stido Tidur.. ZzZ

“dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat” (QS. 78:9)

Bismillah. Assalam.

Hm. Ya, jika ada anugerah pelajar tidur paling banyak dalam kelas sepanjang 4 tahun, rasanya,.. Puan Nurazah akan menang! Hehe.

Hm. Bila orang tolong tampar-tamparkan… Malas betul nak buka mata. Buka sebelah, tutup sebelah. Kemudian, kembali tertutup rapat keduanya sambil tersengguk. Bila dikejutkan lagi, diberinya hujah Surah An-Naba’ ayat 9. Kah kah.. Nakal.

Almaklum, saya ambil subjek tambahan Calculus 1 dan Discreet Maths serentak dalam tahun satu sem satu. Hari-hari saya kena berfikir logik dan hari-hari juga saya dengar suara lecturer yang sama. Dicampur dengan pembawaan mengandung di awal trimester, agak sangat penat dan mengantuk, tahu! Pada awal sem sampailah ke hujung sem, saya banyak tidur dalam kelas. Ya, sang-ngat  banyak. Orang nak kata, katalah. Saya dah kawin!😛 Menariknya alhamdulillah, ubat tidur ini sangat mujarab untuk sentiasa fokus di kala terjaga.

Tahukah anda? Seekor tikus telah dipaksa jangan tidur selama hampir 2 hari. Apabila tikus itu diuji untuk membuat pilihan makanan dan besenam, tikus itu sangatlah tidak fokus dan kehidupannya agak terumbang ambing.  Kemudian tikus itu telah diberi sedikit masa untuk tidur dan berehat. Ternyata, kemudiannya, ia mampu bertahan aktif dan fokus lebih lama. Otak, kalau dah penat, jangan dipaksa.

Begitu juga manusia, jika anda sedang mengantuk semasa memandu, please take a nap.

Penyakit Mengantuk

Adalah SALAH, tidur itu merehatkan semata.. Tidur yang berlebihan boleh mematikan sel-sel otak.

Mengantuk ini suatu ‘penyakit’ yang common bagi mereka yang tidak lancar perjalanan darah dan sering bermalas-malasan di depan TV atau komputer riba.

Darah yang tersumbat-sumbat ini juga boleh dikatakan satu strategi syaitan untuk memalaskan anak Adam dari beribadah secara bersungguh-sungguh. Ya, dalam salur darah kita ada banyak benda merayap.

Alternatif

Untuk mengelakkan mengantuk, ada banyak cara. Selain main tepuk-tepuk dan picit kawan sebelah, kita sebenarnya perlu melancarkan perjalanan darah dan sistem penghadaman.

Caranya :

1. Berbekam

2. Bersenam, berjalan laju dan berenang adalah senaman terbaik.

3. Urut. Refleksologi dan sebagainya.

4. Jangan makan berlebihan. Berhenti sebelum kenyang.

Dan banyak lagi.

Baik, untuk minggu kerah menghadapi final exam, mari kita sama-sama berpeluhkan badan bukan memerapkan badan di dalam bilik sahaja. MULAkan suatu perubahan. Ingat,

 Al-aql salim fil jism salim!~

Yang menulis sekali lalu,

Nurazah Fathirah binti Kamarulzaman.

Hamba yang berdosa.

One thought on “Langkah 052 : Study Studi Stido Tidur.. ZzZ

  1. bagus juga ada hobi buat blog… satu cara mencari ketenangan dan berkongsi sesuatu ngan org lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s