Azah’s Collection – Sewa Baju

Assalam.

Alhamdulillah, perutku sudah membesar akhirnya. 8 bulan. Tapi nampak macam baru 5 atau 6 bulan. Kata orang, almaklumlah mengandung anak pertama.. Lagi-lagi badan saya ni memang dah berisi, maka kurang nampaklah berbadan dua. Tapi masya Allah, tendangan ‘baby boy’ bukan main lasak. Setiap kali baca Al-Quran mesti nak lagi tendang-tendang.

Ehem. Suka nak berceritera di sini. Sampai hari ini, sudah 9 bulan saya selamat ber’taaruf’ dengan suami. Sungguh kacak lagi hensem akhlaknya. Syukur sangat dapat suami yang sangat banyak berkorban, profesional, penyabar dan romantik gitu. Ya Allah, saya terima lamarannya kerana kelemahan yang ada padanya, dia juga begitu, sangat redha dengan apa yang ada pada diri saya yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, kita kena belajar erti bersyukur. Jika ikut kata nafsu, sampai bila kita tak rasa tenang dan selesa dengan apa yang sudah kita perolehi.

Alamak. Terkeluar tajuk. Sebenarnya saya seorang yang sangat tidak suka membazir. Kalau boleh semua benda nak ‘recycle’. Begitu juga suami.

Saya yakin, anda semua pun ada keinginan untuk elakkan pembaziran, bukan?

Begini ceritanya. Setelah selamat saya diijabkabulkan dan berwalimah… Saya telah meninggalkan 4 helai baju yang sangat cantik hasil jahitan jiran depan dan saya sendiri. Kami beli kain, reka fesyen, jahit dan ‘touch up’ ikut suka hati. Alhamdulillah comel pula baju-baju tu.

Jadi, saya berhasrat untuk menyewakan baju-baju saya bersama aksesori dan hantaran-hantaran yang masih elok tak berdebu tu. Kebetulan memang tukang jahit cina ni kata, “Azah, you tahu tak, beruntung sangat you beli kain dan jiran you tolong jahitkan.. Kalau I mau sewa macam ini boleh jadi cecah RM1000 tau. You punya baju saja sudah banyak cantiiik. Itu gown putih kalau tempah jahit saja ada kosnya dalam RM2000.”

Pergh. Memang ‘grand’ la.

Saya pun tak sampai hati nak simpan dalam almari sahaja. Perkara pertama saya buat ialah beri pinjam kepada saudara terdekat. Tenyata ramai sangat orang puji baju gown putih yang dia pakai untuk akad nikah tu sangat cantik. Lepas sorang-sorang berebut nak pinjam. Baju silver yang saya jahit dekat 2 bulan terbongkok-bongkok tu pun ramai puji dan nak pinjam.

Lama-lama, saya terfikir nak buat bisnes sewa baju. Setakat ni dah mula ada satu dua permintaan. Harapnya, dapat la beri manfaat kepada kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga.

Saya jenis tak berkira sangat duit. Letak saja harga dan kalau nak tawar menawar, bolehlah terus hubungi saya 013-6044870🙂 Asalkan orangnya sangat disiplin dalam meminjam dan memulangkan barang sewa.

Kebetulan facebook sangat hebat sekarang ni. Maka saya gunakan facebook sebagai medium mengiklankan Azah’s Collection. Saya telah upload beberapa album gambar baju dan hantaran untuk disewa. Boleh klik ; http://www.facebook.com/mamajubah/photos_albums

Ini antara baju yang saya sewakan:

Sewa Jubah Silver Penuh Manik

Sewa jubah silver untuk hari perkahwinan anda!
Jahitan manik halus penuh dan berat.
Tema : Bebas
Set sewa :
1. Jubah silver
2. Tudung inner
3. Selendang biru
Sewa tidak lebih 3 hari.
Harga : HANYA RM300 !!

Sewa Songket Ungu untuk hari perkahwinan anda!


Tema : Songket tradisional
Set sewa :
1. Baju songket
2. Tudung inner
3. Shawl dark purple labuh
4. Shawl light purple
5. White roses bunga pengantin
6. Loket rantai
7. Crown
8. Sampin songket lelaki
Sewa tidak lebih 1 minggu.
Harga : HANYA RM500 !!

Sewa Hiasan Hantaran


Untuk 9 dulang
Tema : Hiasan bunga dan riben ungu
Set sewa :
1. 6 bakul
2. 1 tempat letak cincin
3. 1 tempat letak alquran dan sejadah
4. 1 tempat letak tepak sirih
//Tidak termasuk dulang dan kain lapik dulang
//Pinjaman tidak melebihi 1 minggu
Harga : RM189

Sewa White Roses Gown untuk hari perkahwinan anda!


Tema : Western
Set sewa :
1. White roses gown dan skirt
2. White roses bunga pengantin
3. Crown
4. Short white shawl bermanik
Sewa tidak lebih 1 minggu.
Harga : HANYA RM300 !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s